Ziarah

ATTENTION : You will need to click on the title of each article to read the full post, yang mana rasa macam tergantung..

somboleh..

Saturday, July 31, 2010

salam alayk.

sungguh, saya antara org2 yg rugi.
rugi pengalaman, rugi ilmu praktikal.
huaaaaa~~~ T.T

den x sanggup nk somboleh seko seko. bukak baju buleh la, tu pon berjaya setelah bukaan ke4. huhu

kesian nya!! tgk dia tutup mata, pandang tepi, mcm da redho je kn sembelih. huaaaa~~~~
babai, birdie........

"caje, awak penakot, kte pon penakot. mcm mana ni?"
-aliaa

at least aliaa dpat gak buat! *dgn bantuan aiman*
oh btw, HAFI tak datang sbb dia mimpi kena makan dengan burung puyoh. ok x, bukan sbb tu. ada spe2 caye ke? :P

den ni nak pogang kucing pon xbrani ni~ huhu..

bila tarik leher dia nk sembelih, i can't make it. terbayang video yg ustz abdullah khairi tunjuk masa 2008 dlu kot. LAGI HARU!
huhu

ruginya..
bila da rasa btol2 nk buat, skali ustaz rosli perabih semua. agak relieved sbb xyah buat da, tp rasa rugi gila. "-.- manusia, xpernah bersyukur. huhu

aaaanyway,
jom stat dari mula.

awal2 tu, konon la kan bawak buku segala, igt kot nk dtg awal, skali dtg lambat, datang2 je semua org da bergerak ke padang. tempat budak laki irshad tetiba jadik sensitip. O_O
lupakan. lupakan.

ustaz pon bg la taklimat amende kan. pastu gerak g tengok lembu. igt kot TUNGGU lembu, ghupenye da sembelih. tau2 je sume da kn grak g surau 4 ceramah.

wahh~ ceramah mmg lawak gila kot.. ustaz rosli, cam biasa lah.
"i kill you i kill you" - paling x leh lupa. xD
pastu masa ustaz ckp pasal bakar belalang buat sate, ramai yg "ee.." ustaz ckp "apa ee.. ee. sedap pa.. ustaz azli pnah makan x, cuba tanya ustaz azli tgk..." ustaz azli geleng ... "modennya ustaz azli~ ustaz marzuqi?" ustaz marzuqi pon geleng... "xpa la~" style pasrah gila. hahah

it was his last day with us as PK HEM. that was sad. ustaz baru je lagi kat sini. alhamdulillah bawak byk perubahan..
:')

pastu grak g padang 4 demonstration..
ustaz demo ngan syamil dulu, pastu tgk yg ustazah najihah pulak buat..

aliaa dari pagi tadi exited nk menyembelih. tp pakai tudung putih. hahah

pastu lepas tengok adilla jadik bidan, artika bukak kulit, it's time to kill one. xD

xberjaya nk menyembelih sampai aiman datang to the rescue. huhu T.T

xpe la, at least berbakti lapah kulit bape eko kan. xD
syifaa n izzan were with us, amek gambo. "kak caje takot eeh!!" "=.= hahaha
pastu balik kelas jap b4 g surau.

tgk la ada ceramah. in arabic. ada subtitle. mula2 da agak da ni mesti ceramah sedih ni. xmo nangis xmo nangis. ku tewas jua.. huhu. pastu ustaz ckp makanan da siap, sume org g mana tah, dewan mkn ke kantin?
tp ada a few yg tgk video tu bagi abes. duk ngan pjah, aina n syaq with adilah. nelza pon.

tu je la kot.
salam alayk :)

p/s: lpas upload gamba baru perasan i have NO PICTURES of me n the burungs. haha



Friday, July 30, 2010

"caje, paksu ana in charge tiket Maher Zain."
-wafa zulkifli

Recap Usrah 30/7

Salam Alayk..
sihat? :))

recap on today's usrah.

i was thrilled to know yg nk bgi ceramah is Ustazah Niswati, my FIRST cikgu pendidikan islam kat irshad ni. n every thing she said dulu mmg melekat, alhamdulillah.



ya la, first time dpt tau kaki aurat tu dr ustazah la~ dulu2 zaman jahiliyyah penah la baca kat asuh. . . "aurat perempuan di luar, sama dengan di dalam solat..seluruh anggota, kecuali muka dan tapak tangan."
masa tu, pk.. "oh, kaki xpe kot kat luar~~kaki ni spesel kes." pale hotak je spesel kes, aurat tu aurat jugak. ahaahha.
ok back2.

bila ustazah ckp dlu yg kn pakai socks kat luar, i said "xke nnt pelik ustazah, tiba2 pakai socks, pakai sandle segaaala."
ustazah ckp.. "xsemestinya yg org tgk pelik tu, xbetul, xsemestinya yg org xnmpk pelik tu, betol.. apa2 pun, jgn tgk pandangan manusia, tgk pandangan allah."

cenggitu lah.

so ustazah pon sampaikan pasal 6 sifat sahabat. i remember Keon bagi usrah banin (duk blakang tirai) not to long ago, pasal 6 sifat sahabat nih.
so td macam recall jela.

1. kalimah toyyibah : la ila ha illallah
Nabi Musa pernah mintak kat Allah, amalan yg sebesar-besar amalan, Allah ckp "lailahaillallah" sampai 3 kali, ckup utk bg isyarat betapa hebatnya kalimah ni kalau dijadikan amalan..

tgk macam senang je kan. "la ila ha illallah" .. semua org boleh sebut kan, antara nak ngan tak nak je... tp ustazah ckp, "mampu ke lidah kita sebut kalimah ni saaat malaikat maut nk dtg cabut nyawa?" ... maksudnya, amalan kita kena seiring dengan kalimah tu.

mengaku Allah itu Tuhan yang Esa, tapi Allah suh tutup aurat tak mau. Allah ckp tutup aurat, kita tutup sekerat~nauzubillah..

n ustazah jugak ada selit, mcm biasalah, kluaran Irshad, keluar nnt, jadilah dai'e. jadilah org, jgn jadi orang-orang. kalau jadi orang2, org lain wat silap kita duk tercegat je, xberani nk mencegah. allah akbar~~

2. Solat yang khusyu'
Sahabat solat mmg khusyu', dari mula niat sampai beri salam.
ustazah ckp, bawakla apa yg kita bawak utk solat tu, keluar dari solat jugak. ok macam xpaham kot ayat ni. maksudnya, kalau dlm solat kita boleh tutup aurat sempurna, npe x tutup kat luar? kalo kat solat kita boleh disiplin, npe x berdisiplin kat luar? mcm tu la..

ya, mmg susah nk khusyu'.. dlm solat la kita jumpa kunci locker, dlm solat la kita jumpe kunci basikal etc.. ada je bayangan syaitan nk kacau..~

3. Ilmu dan zikr.
Allah akan mengangkat martabat, darjat org yg berilmu. sbb apa? syaitan mmg takut dgn org yg berilmu dan menyebarkan ilmu~~
pastu ilmu ni, cebur2kan la diri dalam fardhu kifayah. carik bidang apa yg org islam kurang, rebutlah~ biarkan islam bertebar di muka bumi. .

Zikr. Zikrullah dan zikr (igt) kat nabi.
Zikrullah, zikir kat Allah, at least 100 sehari~ apa lah susah sgt. T.T ya, susa btol nk berzikir. astaghfirullah. gelak je banyk . . huhuuh

then igt kat nabi, thru solawat n mengikut sunnnah. ustazah gtau what are the sunnah, the little things we may see, tp syafaat besar insyaAllah..
antaranya, sunnah potong kuku. :))


Islam mmg ajar segala benda, complete, alhamdulillah.

then 4. Ikram muslimin
memuliakan org2 islam..
kalau someone ajar kita, walau satu ayat, he or she is a teacher and kita kn memuliakan dia~

ustazah cite Saiyidatina Aiyshah r.anha panh dapt 2 bungkung 100 000 dirham, bagi kat faqir miskin, x tinggal sikit pon utk family, mmg share dgn org lain, sikit pon x rasa bangga. sikit pon x rasa nk beli unta baru, buat umah besar etc.. anggap diri sama je ngan the other muslims..

5. ikhlas niat..
semua benda kita buat mesti ikhlas. antara sedeqah sebijik kurma tp ikhlas, dgn sedeqah 1 juta tapi gila punya x ikhlas, xde makna~
Allah akn up-kan rezeqi kita kalo kita sedeqah kat org. matematik sedeqah ni lain, lagi kita bagi, lagi banyak untung.

n bila ckp "rezeki" , jgn bayang dlm bentuk wang je.. rezeqi tu maybe dari segi kesihatan mental fizikal, ketenangan hati, etc. macam2. rahmat allah luas. :)

6. Mujahadah.
berjihad di jalan ALLAh.. as students, our jihad is to study kan. . .
tp dlm bermujahadah, kita mesti istiqomah. Allah n Rasulullah mmg suka gila benda2 baik yg kita buat, walaupun sikit, tp konsisten, istiqomah...

xbyk nota catit, tasha dtg btau nk jumpe adik2 f1 after usrah.. jeng jeng jeng..

oh n ustazah pon ada mention pasal hafal surah sajdah, or mana2 surah, akan menjadi teman kita di alam barzarkh... sebab apa? sbb ayat2 yg kita hafal tu kan KALAM ALLAH, kedudukan dia lebih tinggi daripada MALAIKAT, so, insyaAllah Malaikat xdpt buat pa pe kat kita, IF KALAM ALLAH MENJADI TEMAN KITA KAT SANA NNT.

so smpi situ je la.. ustazah pon mintak diri. tutup majlis, but "f1...tunggu.."



asal panggey adik2 f1?

Thursday, July 29, 2010

salam alayk.
sedihnya..

fail usrah hilang.......................

last week tertinggal kat padang........................

sekali ngan buku nota..........................................

akram btau dia nmpk on saturday, atas busut anai2. *ha?*

then g carik... tade .............................................


huhuhuhu... abes kenangan dlm tu~~~
n my notes .....
:(

missing :
BLACK USRAH FILE.
INSIDE : BHAN USRAH : AURAT, BIODATA ADIK2, LAPORAN USRAH EVERY WEEK, PHOTOS, ARTICLES.

HSBC WHITE-ORANGE NOTE BOOK.
INSIDE : MY NOTES : bio, chem, phy, arab, tazkirah, notes dr "bengkel badar" (even
though da scan yg ni)...

allah akbaaar~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Wednesday, July 28, 2010

Salam alayk.

Baru je semak jadual SPM tadi. (bnyk kali sgt tuka.)

kalo diikutkan, everyone in my stream, will have 6 days "free" before arab n qs.
ok, details,

mcm biasalah, we'll start with BM, BI then Sej.

the next week tu yg ... "-.- ...
math, SYARIAH, addmath,phy. 4 hari berturut2, 3 sc subs, tetiba masuk syariah~ nk neutralkan kot. xD

then the other week, we'll be having chem on 6th of dec. "free" one day before bio, n then got "free" 6 days before arab and yes, another "free" one day before our last paper, PQS.

I BELIEVE THOSE "FREE" DAYS XKAN JADI FREE. cikgu2 msti buat cam bengkel ke hape kan. xD

well, all the best!
:)

baru je..

Sunday, July 25, 2010

Salam.

baru je semalam cite pasal keluaran sekolah agama yg ... er, camne nk ckp. xjadi cam apa yg diarapkan. ha.

tau2 je ari ni bertambah lagi sorang. ok,mmg tiap2 hari ada je kan mcm tu.. cuma xtau je.

speechless.

terngiang2.
"kamu, pelajar sekolah agama. orang pandang kamu sebagai DUTA. tolong lah adik2, ustaz nak mintak tolong, tolong lah rasa tanggungjawab kamu untuk bawa Islam di mata dunia. kamu DUTA AGAMA ISLAM." *lebih kurang lah*
-ustaz al-Rizuady

allahhu akhbar.

moga kita semua dijauhkan daripada tersasar landasan. moga mereka yg telah tersasar dpt kembali. amiiin.

Nayzak . deviantart .

Saturday, July 24, 2010






ya Allah bagos gle kot he uses his ability to spread islamic messages. ME?
HUHUHU.

anyway..

so i was about to share some biological facts with my brother Syabil..

but...

"Adik, kan kalau ada suami isteri ni kan, diorg dapat anak pompuaaaan je, tetiba suami dia marah, :KENAPA KAU X BOLEH BAGI AKU ANAK LELAKI HA??: ... salah sape senarnye? suami ke? isteri ke? ke dua2??"

"sua.. eh, jap2. xde sape."

"kenapa pulak?"

"ketentuan Allah."

ALHAMDULILLAAAAH. SEJUK PERUT IBU MENGANDUNG. hahahahahha.

xjadi nk citer apa yg blaja kat skola. wakakak xD

Usrah. Rehlah.

Friday, July 23, 2010


Salam Alayk!

I am not so sure whether the girls enjoyed it or not, but yeah it was waaay tiring. sakit tekak menjerit, even though pakai hailer. hahahaha. berat gaban itu hailer. wayar pon pendek. ok2, bersyukur masih mampu bersuara.

it started off very, very draggy, it was already 12.40 something and the girls are still not completely there yet.

pqah ckp when i said "cepat sikit yg lain tu, dah lambat dah ni" .. sounded like i was really mad. wakaka. ye ke? XD

atas permintaaan ustazah,
kena start dgn usrah kumpulan dulu.. so, i asked them to talk with each other bout what ustaz alRizuady said in his ceramah yesterday.

and i was not sure what time did we start the "game", but i know it was already late.

aliaa warned bout the screaming, the tarik2 tudung, and the tarik2 tangan that were in very high probability to happen, and mmg berlaku sgala perkara di atas. xD

and yeah, as usual we had to be very open, some did not seem to be very happy, some looked very excited and some, just plain lackadaisical.

the game started .. for how many times i didnt actually know. tp sbb ramai sgt, nk bg sikit je yg tinggal, it took time.

da abes main tu, nk kn bg ibrah, what we learned from the game. but da pukul 1.30 da kot? rasanya lah, n parents ramai yg da datang, n ramai yg da nk blah, tinggal la mereka2 yg masih setia. hahaha. xD

alhamdulillah i managed to reduce my speed, ya loh, sbb kn menjerit, penat kot nk "jerit" laju2. hahaha XD

the ibrah thing was kinda kelam kabut. talked a lil bit pasal produk sekolah agama yg jadi teruk,
why? bcuz they were left out, xde kawan nk bimbing, xde kawan nk tegur salah silap.

sbb tu masa main tadi, boleh kata 80% were selfish *i was too masa first2 main dulu. hahaha*
semua org nk selamatkan diri. if we keep doing that, bila dah keluar sekolah agama, kalau kita tak de kawan yg nk dibimbing ato membimbing, problems will arise. how? bila akan ada individu yg tersasar jauh dr landasan asal.


that is why, never let ourselves away from friends who can guide us. sama2 guide, sama2 sayang. teman ke syurga. kawan yg sebetul2 kawan is the one yg akan marah gila2 bila kawan dia buat jahat. "yes, aku mengaku kau kawan baik aku, sbb tu aku marah kau, sbb aku xmo tengok kau masuk neraka" .. sounds familiar? i talked a lil bit bout this last week.
ke x igt da? hahah.

n, knapa pnting sangat jgn biarkan hati mati??
bg analogi ikan, ikan yg cergas brenang dalam air, even though air laut tu masin tahap gaban macam mana skalipun, isi dia x masin..
tp bila dia dah mati, org jemur, snng je kan badan dia nk serap garam, jadi ikan masin.

mcm tu la hati kita. kalau kita sntiasa hidupkan hati kita, sentiasa ada kawan yg tolong, or kita jadi "penghidup" hati kawan2 kita, segala garam2, o dlm erti kata lain, segala pengaruh negatif boleh pergi macam tu je. tp bila kita biarkan hati kita mati, snng je kita nk serap benda2 xelok. right?

bila wujudnya tautan kasih sesama sahabat, barulah kita mampu nk menegur, elakkan dia dr terus buat jahat.

so that's about it. not much. i need response, how was it? was it ok? or was it too draggy and too dull?
at least if i know one person from each form yg enjoyed today's usrah, couldnt be any happier, kalau lagi ramai, lg happy. :)

wassalam alayk, baik minallah, buruk minni. :)

p/s: i would recommend novel TERASING by Hilal Asyraf. sgt berkaitan dgn apa yg kita bljar kat usrah.


masa skrol kat newsfeed, this one made my day. at least someone felt benefited. :)

more photos will be uploaded soon, insyaAllah.

habis je usrah, spent time dgn ANIS, NAJLA, ALIAA, talked bout what is gonna happen nnt bila kita da kuar sekola,its either KITA TERPENGARUH, ATAU KITA MEMPENGARUH.
huhu.

and then ada klas BIO! xD inheritance was fun! :) sy chromosome X yg bertuah dr abah! :) abang2 n adik2 laki sy chromosome Y! xD

Thursday, July 22, 2010

salam alayk.

i was taken aback by a question asked by a junior not too long ago. her question is still ringing in my head tau x!

noo way she actually thought that way. '=.=
but it was my bad, she was just telling me her analysis on what she saw kan..

so,
shall lessen, reduce it now. was it too obvious? i hope not.
astaghfirullah. astaghfirullah. astaghfirullah.

anyway td ada ceramah isra' mi'raj by ustaz al-Rizuady. seperti biasa, ustaz sgt lwak, harapnya gelak kita gelak berilmu. :)
moga bermanfaat.

i'm so happy..:))

Tuesday, July 20, 2010

Salam!!
Alhamdulillah, i'm so happy to know one of my childhood best friends is starting to wear tudung! :))) terharu sgt~ haha xD

for u, u know who u are. xD

wearing this veil, this piece of cloth, and keeping it on your head can be a real challenge, that is why the reward is tremendous.
i 100% support ur decision! :) may Allah guide you all the way, and may He bless you!

i'm so happy i wanna tell the world. ahha xD

telah tiba.

salam..

ni link video, tribute to allahyarham bro shar ..

even though x bpe kenal n he was like, 4 years older, xpernah bercakap, xpernah satu batch (ofkos)
... tapi tgk video tu, sebak gle.

when will be our time eh? Allah akbar~

T-T

duk huu haa huuu haa dari dulu smpi skang. =.=
persoalannya, READY ?

igt x, my post MATINYA SEORANG BLOGGER?


apa akn jadi to this blog, to my facebook, to my fs, to my ms. . . bila penulisnya hanya tinggal jasad nun 6kaki dlm bumi~

sahabat, iman manusia ada turun naik.
hulurkan tangan jika aku terjatuh. jgn biarkan aku hanyut.

anyway, tuka topik jap.
ada 2 benda memalukan yg brlaku 2 hari berturut2.

ya Allah. malu gila. '=.=

and,
alhamdulillah the results i got today was ok..

arab, despite the MALTUF, other than that i think it was overall, ok. the Qs were ok, mengong kat i'rab..but i'm quite satisfied with the result.
chem, xdpt, tp tce btau.. 'syaza, xde peningkatan. macam tu jugak la, suka sangat nombor tu."
HAHAHHAH. xD ampon, tce xD
mm was horrible. teruk gila kot. i can do better if i read the Qs carefully. my worst mm result eva.
+m3 was, unexpected, but oh well, baru 3 topik je yg masuk 4 the test, and the topics are like TEENY BITS dr the whole real format pnya paper, so i guess it was not a big deal . . . those who always get high marks in +m3 are the real deal, they (ummu, lina, aliaa, dye, etc) really can do +m3, so UP2 bukan lah kayu ukur. =.= but still, alhamdulillah.
english p0n sama macam di atas. this one ummu yg gtau, tatau btol ke x.

4month, people. 4months.

add math, tough, perhaps.

Monday, July 19, 2010

Hey2. ni ada soalan add math dari Miss Ng. one of her studs ckp, this question is so tough, he bet no one can answer.. erm, korg mcm mn? mau cuba? xD khas utk F5. hahaha xD

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

So – I’m curious as to how many students especially the members of this website, can answer the question that he bet ” the other student sit for 1 year also can’t figure out” :)

Here’s the question:

The first student who puts in the correct answer in the comment form below will get a very very special prize!

He/she will be given free membership to my Online Tuition website for 1 month! Unlimited access to all the video tutorials and Worksheet. PS : – this question is taken from the Worksheet there.

However – you must be a Form 4 or Form 5 student. I require full details (full name & IC, school name, Hse address and contact details from the winner).

Once someone post up the correct answer, I will put up the video tutorial for everyone.

Enjoy! :)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Miss Ng ajar memang paham kot, even though x tuisyen berbayar dgn dia, just tgk some video tutorials on physics and add math. wafa tuisyen online, berbayar ngan Miss Ng, n dia sgt hepi. haha.

cmne? korg dpt bpe? i got 5.727 cm

~ tah btol ke idak.

*p/s: i know this post will not going to have response. ahahhaah.

Innalillah, wainna ilaihirajiun.

Sunday, July 18, 2010

Assalamualaikum..

Sorg senior kita, SPM 2006 da meninggal dunia~ koma smlm rasanya. xtau la cerita penuh. tp mmg jam kat newsfeed lah..

i can't recall which one, sharfudin kot namanya, cikgu Is tulis kat status cikgu...
sharfudin ibn hajat.

ya Allah..

mati itu dekat..

al-fatihah.

---update---
from kak salwa syazwani.
lps tgk gamba, baru dapat recall which one.

Recap Usrah 16/7

Assalamualaikum.
Hehs.
patotnye usrah ari tu ustazah murni bg, tp da abes kol 12.15, among dak2 f1 je. ustazah lak btau last minute kata usrah jadi, ye la sbb salunya minggu exam xde usrah.
so, buat shocking announcement suh sume budak pompuan masuk surau.
i was quite sad to know usrah tu usrah perdana lagi, i was hoping for usrah kumpulan.

so adilla n aliaa g amek bahan usrah from ustazah khuzzainah, sambil tunggu tu, membebel la sikkit...

bebel punya bebel, tetiba baru dpt tau ada miscommunication... so, spe nk balik dipersilakan balik la sbb da kol 1 lebih.

Disebabkan kelajuan 140km sejam masa bagi usrah hari tu, ramai yg tak bape paham kot. n ramai yg tersilap tafsir, maybe. xD pastu byk berterabur plak.
ampon , ampon.
so, let's recall.
first and foremost, i talked about SONGS, yg mengandungi unsur2 ... erm, cne nk ckp..
antaranya, ANTARAnya,
1. Lagu Realiti Dewi - "Kaulah Dewa yang aku PUJA" ...wadde..."-.- hape da.
n ada baca interview ari tu, Aaliyah ni ckp, dia dididik dgn ilmu agama, so dia tau batas2nya. kalo nyanyi xde niat pa pe xpe.. adeeh~ moga diberi hidayah ... n wafa pnah ckp.. "ate, kalau kita lapar, xyah makan eh, NIAT je, mesti kenyang. " ....

2. breakeven, the script. yg ni, ada bait2 dia tulis "i just prayed to a god that i don;t believe in"
translate sendiri lah. ;D clear gitu.

3. Lagu MahaKarya Cinta.
Kau Bagaikan Udara
Yang Membantu Aku Untuk Terus Hidup Di Atas Dunia
Tanpa Mu Ku Lemah
Pasti Aku Tak Berdaya
Kerna Kau Maha Karya Cinta …
Er, sampai macam tu skali "puja" si dia. adoi yai. .. . igt la, spe yg bantu kita utk tros hidup? jawapan dia sama utk yg berupaya matikan riwayat kita ..

4. lagu2 6ixth Sense. tapi yg ni exceptional. kalo diikutkan, to me, lagu2 diorang mcm berunsur ketuhanan, so i think it is okay as long as kita tak tujukan to a person...
OK, YANG NI LAIN CITE NGAN LAGU ALIYAH TADI. lagu Aliyah tu TERANG2 ckp "DEWA" "PUJA" segala bagai. "-.-

kesimpulan :
bukan nk suruh korg nyanyi lagu TWINKLE2 LITTLE STAR, BANGAU OH BANGAU ke ape tiap2 ari, but BE CAREFUL WITH WHAT WE LISTEN AND SING. okay? berhibur tiada salahnya :)

then. pasal WORDS.
1. F**K... sunggo x sedap bunyinya bila meniti dari mulut seorang muslim/ah.. mencarut. aliaa menyampukckp sikit, sbb dia mmg xsuka gila this word. and made a demo. haha :P
tolong la, jgn la mencarut. cool abes ke ckp perkataan tu? -.- biar la org kata kita kolot ke hape as long as kita jaga maruah diri sniri dan agama weyh.
islam ajar kita ADAB ISLAM KAN? mcm ni ke contoh adab yg kita nk tunjuk kat non-muslim?

adilla tambah.. dgn bantuan tasha, pasal badan kita ni 70% air. kajian dulu tu, yg kalo kita cakap benda2 baik, molekul air berubah2 jadi sgt lawa, tp kalo ckp mencarut2 molekul air jadi huduh gila. so, bila kita ckp benda2 xelok, what happen to the molekul air dlm badan kita tuu?? pk2 yeh.

mmg la nk express our feelings, our emotions, tp jg mulut ok?
kalo da kempunan sgt nk guna that F word, guna la what the fish ke, what the frog ke..

papehal, kalo marah, the best thing to do is amek wudu. :)


Pastu ada ckp sikit pasal Quotations, yg ni sama kes ngan lagu. be careful, kalo da ada best friends, sayang gila kat dorg, sure, find beautiful quotations, tapi.. jgn la amek yg ni..
"Best friends are siblings that God FORGOT to give"
kita da bg satu sifat kelemahan yg ada pada manusia, kat Allah. ALLAH LANGSUNG TAK LAYAK DISAMAKAN SAMPAI MACAM TU SEKALI.

then pasal GAMBAR..
1. aurat .. gambar ni something yg still, something yg STATIC. slagi kita x delete, slagi tu la dia ada n selagi tu la org boleh tgk, termasuk lelaki and selagi tu la saham dosa kita naik.
mmg la, akk tau insyaAllah, none of us buh gamba xpakai tudung kan? kan? tp, antara aurat2 yg kita selalu terlepas pandang

- lengan. bila pakai baju besar2, longgar2, terselak kan, tambah2 masa nk buat peace la amende la kan. yg pakai baju da bercekak elok jgn pula SENGAJA menyelak yeh.
- kaki . KAKI. 4 letters said it all.
- LEHER - I FORGOT TO MENTION THIS. LEHER . LEHER. LEHER. !! jaga weyh! jgn bg ternampak belahan leher!

2. then time kita amek gamba dari atas, WHAT WILL HAPPEN?
akan nmpk la ... er. . . perbukitan .. kan. but x semua la, just, bila kita pakai baju ketat. TU LA SEBABNYE JGN PKAI BAJU KETAT.

3. bukan nak suruh kita buh gamba kartun je, atopon delete tros sume gamba, terpulanglah.
tp nk buh gamba, be careful lah jgn terlalu menggugat iman, mengancam, menggoda, etc. kita tgk mungkin xde apa, tu, kaum yg lagi sejenis lagi tu... allah'alam. :S sayang diri sniri, jgn murahkan utk semua org tgk aurat kita. :))
JUAL MAHAL.

OH, n cakap pasal forwarded mssage yg "MUSLIMAH, JGN UPLOAD GAMBA KAT FB, YAHUDI TGH KUMPULKAN GAMBAR2 KITA UTK DIBOGELKAN."

ok, so, yg ni. i kinda disagree, pk balik, buat apa dorg nk susah2 manipulate gambar muslimah yg tutup litup jadi bogel padahal dorg boleh je search kat tenet 4 those photos. KAN? tp still, mohon dijauhkan.
akk tau, everyone loves taking photos. ok, maybe not everyone. sekadar upload utk pengenalan diri..

then pasal AMAR MA'ARUF NAHI MUNGKAR

utk org yg ditegur;
tolong la jgn naik darah. org melayu ckp JGN JAGA TEPI KAIN ORG, org putih ckp MIND UR OWN BUSINESS, islam ckp AMAR MA'ARUF NAHI MUNGKAR.
so kita ada di mana? MENGAKU ISLAM? terimalah teguran org. jgn la cepat melenting.

finee. akk sniri p0n tercabar ego kalo org yg xdikenal tegur ann, tak pasal2 je ann. tp kita tgk la apa yg baik. jgn start a negative thing, be positive meh. semua org buat salah, everybody deserves a chance to change. adilla ckp BERTERIMA KASIHLAH kat org yg tegur kita, at least dia CARE FOR US.

teringat dialog dlm adamaya, "SEBAB AKU SAYANG KAULAH, AKU XNAK TENGOK KAU KENE HERET MASUK NERAKA SEBAB KAU CURANG NGAN SUAMI KAU" ok ayat blakang xpenting.

anyway, saidina ali pnah ckp aan, jgn tgk spe yg menegur, tgk apa yg ditegur.

utk org yg menegur,
jgn rasa diri baik sangat. cuz we will never know what's gonna happen esok lusa kan.
xde jaminan yg kalau hari ni kita bertudung, esok kita tak kan berbikini *NAUZUBILLAH*.
ok perbandingan yg terlalu ekstrem, at least, jgn la bila kuar skola, tudung mlayang.
tegurlah scara berhemah.. jgn biar org marah kat kita thus wujudkan jurang antara daie n mad'u.. mcm mana dakwah nk bergerak kalau ada jurang? silap2 jatuh parit je semua.

HA, PEMBETULAN QUOTE:

from prof tariq ramadhon
"I DON'T LIKE WHAT YOU ARE DOING, BUT I RESPECT WHO YOU ARE. BCUZ WHO YOU ARE TOMORROW, MAYBE BETTER THAN WHO I AM TODAY"
got it? kalau kita xsuka apa yg seseorang buat, benci PERBUATAN dia je, jgn benci DIA.


ha. rasanya tu je la kot. kan ?
i hope everything is clear.

salah silap tolong betulkan.

oh, lepas habis ckp tu, Adilla pulak sambung. n what i would like to stress is, tolong la jgn ponteng usrah. datang je la walopon xmo dengar, walopon korg sumbat telinga ngan segala jenis penyumbat, datang je la. nk tgk jasad pon jadi la. bawak la segala hw ke apa ke usrah, biar sakit mata ktorang, jgn bg sakit hati je..

wassalam alayk.

p/s: dun forget .. kad manila 4 the next next usrah, we'll have "FASHIONS IN ISLAM".and crayons, and markers, apa2 je la yg korg nk guna. :)

Saturday, July 17, 2010

PLKN SEMAK [No KP] SMS ke 15888

Friday, July 16, 2010


Assalamualaikum.

td baru je hantar sms kat plkn tu sbb nk check whether dpt TAHNIAH OR MAAF.

takut sgt nk tunggu reply dia.

preparing mentally..

shuga glaidah!!


RM 2.80 .. sila tukar titik perpuluhan ke mana2 bahagian .. kiri atau kanan. xD

KENAPA DIA COMEL SANGAT?!

heheh.

Thursday, July 15, 2010

Alamak, xboleh la nk troskan deactivate fb. macam2 nk kn buat.
extra button badges order .. susa nk contact.
add math class ngan Miss Ng.
gamba2 kawan2 sixtens ku yg makin bertambah every time ada event baru.
birthday kawan2 nk kn wish.
contact some friends yg susa nk contact thru phone.
gamba sedara mara.
dan yg paling penting.

check senarai plkn siri 8 / 2011.
EH, xde kaitan ngan fb. xD

eh. terlebih yg personal matter lak.
bwaahhaha. xD

Wednesday, July 14, 2010

aish. time2 exam la rasa nk blog lelebih. :P

assalamualaikum.
pe kabo ye anak-2.?

ANAK2.
JENIS TAMYIIZ ADA DUA.
PERTAMA MALHUZ.
KEDUA MALFUZ MAFTUF.

hahaha
..... abes la ustaz gelak.
ni sume gara2 kehadiran seko kucing yg merayau2 kat kelas. kehadiran beliau telah mengganggu konsentrasiku menjwb soalan. kot karang dia lompat atas meja je, gesel kat kaki ke. aaaaaaaaaaaaa~ nk tido pon x aman. *ceh salahkan kucing ..*

esok ada kuiz kimia. kena cover topic f4, f5. lps tu ada up2 kimia. chapter 2 3 sahaja. mana satu pilihan anda? hueh2. ya, math mode jua.

tadi fizik xsangka ada esei. "-.-

hehehe.

Tuesday, July 13, 2010


Salam alaykum.

c: HEHEE.

ok. bayangkan. more than 7months ago, bila org tanya pnah dgr lgu Maher Zain? nk kena terang dia baru lagi la amende la ann. pastu search lagu nk MUAT TURUN kat 4shared p0n xde, skang da blmbak. haha. fenomena kot. n then suddenly kat klas akram, dye tny pasal dia. heh. xD
his music touches many hearts, alhamdulillah..
oh da macam pengurus peribadi plak g promote.

ANYWAY.

td g jmpe tce nani kejap. alaah~~~~ takutt tgk tce, mcm xlarat gila, masa salam pon hand grip tce lemah sgt! huuu! muka pucat jgn ckp la~
Farewell, tce. May Allah bless u n family. =)

esok ada fizik n arab. n then ada math mod n chem. n then ada syariah n bio. HAH! bagos gile.
thank God kuiz kimia obj sume. ngahaa. xD

9a+

Monday, July 12, 2010

9A+
bru eligible 4 JPA scholarship.
ALLAHUAKBAR~

11a+.
Er, Can I?
yES, I cAN!!
xD

THEREFORE, this is a mark that i, Nur Syazadiyanah Suraini is
OFFICIALLY AN SPM SIT-ER.xD (baru nk sedar diri?)

maka, sy nk ucap siap2 Happy Birthday to
Faris
Wafa
Athirah
Liana Shuhada
n
Afiq
... RAMai lg snarnye. kak nurul, yani, celeb~ etc
....

Bye2 FB, bye2 Blogger.
I am going to study,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,



..............










.........






...








.
oh come on guys,
show some support, at least for one minute.
HAHAH.

tce nani.

Friday, July 9, 2010

mcm xde gamba lain. HAHAHA.

tce nani da kne pindah da.
we chatted ngan her hubby dlu masa their wedding day.
mmg tanya lah.. "abes, nnt tce nani kena ikut g melaka la??"
"ye la.."
"alaa.. ta payah laa~"
"kena jugak laa~"
haha

yep, everyone knows the day would come kan . :'(

right now all im thinking is, what have i done for her? result add math yg makin terok. huaargh. trok btol. syaza, u know u can!! huuu~
dlu tce tulis "excellent"... wah, bila lagi nk dpt tanda tu kat kertas add math?! mesti tce sedih .. huu~
ampon cee~

time passes!! it has been 5 months since the kenduri, and i could still feel the lenguh tangan cedok lauk heat, the gong xi fa cai mood, the AIR SIRAP~, hah, everything.. *speaking of this, jumpa gambar tce melompat time wedding tce kat flickr. muahaha. xD
and and and! OF COURSE, the first time tce masuk kelas mengajar, where every body thought this teacher was gonna be one of the practical teachers *tgk tahap kemuda-an. xD*, but no, she'll be permanent! *at least until this tuesday*

her laughter, her smile, her care for the students.

tce, may Allah bless you wherever you are, i pray all the best for ur delivery nnt *ngahaha. lama lagi kot, xpe2, tambah tolak tiap2 hari, abesla 9 BULAN. xD*

thanks 4 everything tce! will miss u always, lots of love. :)

tiba2 rasa sedih gila2, n felt like i am very much responsible in scoring my addmath paper, (it really IS my responsiblity).. oh, kalo camni sume cikgu BIO CHEM FIZ SEJ segala sume kn pindah gak ek? hehe. xD

anyway,

'tuk menjadi khalifah zaman dahulu
Perlulah dipenuhi syarat-syarat ini
Pertamanya lelaki, yang merdekaaa~~

Mestilah mereka beragama Islam
Dan tahu tentangnya, taat perintah Allah..
Melaksanakan hukumnya, adil dan akhlaknya baik...

ni lirik lagu nk apal syarat2 pemilihan khalifah. HAHAHAHAHA. igt lagi?
gne rentak im yours.lari sikit la a tone or two. good luck :)
hope it helps, at least.

n oh yeah, i almost got mad masa usrah tadi. gila bising. tensi tensi. HAHA.
CHOI. xD

souq al-arabiyy.

Wednesday, July 7, 2010

Salam.
Emm.

"macam terrorist.."
"ninja..."

etc. woah dlm ramai2 pakai purdah ari tuh, ramai yg mempermainkan (ok, maybe x sengaja) .. we must remember ada dlm kalangan kita yg betol2 pakai purdah. bygkan perasaan dia bila dengar semua tuh~ oh, teremosi. :P

ANYWAY,
souq arabiyy da lepas. every thing was finally done.
what i learnt from wearing the face veil is , sincerity. when i REALLY smiled, i mean, REALLY, REALLY smiled, people would response, but when i simply MADE like i was smiling, people didn't response. xD
it's true what they say, the face veil brings sincerity in communication, just like dealing with people through the telephone. :) yeay! berjaya pakai sampai balik umah. (bila lagi nk pakai, da ada peluang nih)...oh tapi saya belum cukup iltizam n istiqomah utk benar2 berpurdah.

sy xde gamba sniri sbb sibuk amik gamba org lain. huu~
jom kita mula bercerita ~ ya, sgt panjang.
tambahan :: ALONG PON DATANG. N N N, ramai xamek lagi button, SUME FORM 5. HAISH, NI KENA CAJ DELIVERY NIH. hahaha. xD

takot takot!

Friday, July 2, 2010

runny nose!! demam2! sakit tekak !! batok!!

ok, tujuan post ni bukan nk mengadu, XDE KEJE.

esok souq al arabiiyy!!! takoott~~ sbb ari ni x dtg, so i was worried, macam gila2 punya worried!!

macam2 soalan kutujukan kat adik2~ ahhahaha
yg tu da beli? yg ni da beli? gerai da setel? banner? menu? huuuu~~~~~

pastu yg project sixtens tu, huuuuu~ nk kne merakam itu ini. hopefully xterbersin o terbatuk masa record. HAHAHHA

then aiman suh design tag 4 production crew, ptg tadi baru smpat buat.

gabungan photoshop, paint n mic power point. hahaha

ya Allah, moga dipermudah.

to those yg da beli button badges, jgn lupa claim eh kat gerai NADI AT-TASWEER WAL AFLAM AL FUTUGHORAFIYYAH~ a.k.a kelab video n fotografi~

ngeee~~~

:)))


pastu smlm ada kenduri (thanks 2 pjah n family 4 coming, walopon asalnya ingat kenduri ALONG BERTUNANG. hahahaha)
 
Design by Pocket