Ziarah

ATTENTION : You will need to click on the title of each article to read the full post, yang mana rasa macam tergantung..

Mortal, Rizak dan Rizqi.

Thursday, January 31, 2013

"'أَلَا إِنَّ نَصْرَ اللَّهِ قَرِيبٌ (Quran 2:214) .
This not only comforts us because it tells us that we're not alone. We're not the first and we're not the last to face hardship, but it also comforts us, it assures us that Allah's help is near.

You know what, there's something amazing about this life. And it's actually THIS truth, THIS REALITY of this life that causes us pain sometimes. But it is also the same reality that gives us comfort. And that is the REALITY THAT NOTHING LASTS.

Nothing lasts forever, not pleasure and not pain either."

"إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا (Quran 94:6).
We know this aayah since we're kids. So I don't know why but so manyof us translate and understand this aayah incorrectly. We usually, if I were to ask someone to translate this aayah for me, most of the time they will say, "AFTER hardships, comes ease" .. right? But that's incorrect. That's not what the aayah means nor is that the reality.

What it says is actually WITH hardship is ease, it is at the same time."

-Ustazah Yasmin Mogahed



Towards the end of the lecture, she mentioned about how we often see tests as examinations given by our lecturers, and this is where we're making a mistake.
In examination, the professor/lecturer are only there to invigilate, you can't ask for their help, that's called cheating.
But when Allah gives us test, we could raise our hands, bukan takat raise, even get down on our knees, and pray.
Allah gives us the storm for us to go back to Him.

And the reason why we feel burdened with the hardship we're going through is because we're trying to carry it ourselves. We are not asking for His help. Wargh. I love this kind of people, they know how to deliver the message clearly, and make you go "aaah.. you're right!" 

sidenote: kenot wait nak pegang buku Reclaim Your Heart. :D:D:D

Makanya, ingin dimaklumkan, result dah keluar semalam.
Mulalah orang berkabus-kabus. Eh.

Post status: "Alhamdulillah.."
Orang komen: "Dapat apa wey?"
Jawab: "Adalah.. malulah, ittew tak pandai mcm awak."

Ok abaikan, ni benda kecik je. Nak cakap pasal benda lain:

Aina, a very gelong friend of mine, eh, haha (mohon lawat blog beliau, bukan calang2 gelong ni.) eja result as RIZAK.

Dan berdasarkan pemerhatian saya, tiga huruf asal perkataan rekaan tersebut ialah R,Z,K maka dapatlah kita kaitkan dengan perkataan REZEKI. ok abaikan.

Apa jua yang diperoleh, semuanya rezeki.
Tinggi ke, rendah ke.
DL ke, tak DL ke..
Lulus ke, gagal ke..
Dah tertulis, dah jadi. Itulah rezeki kita.

Allah tuhan kita, adil.
Percaya kan?

Ini pesanan untuk diri sendiri terutamanya, kalau benar kita beriman dengan Allah itu adil, apa alasan kita untuk bermalas-malasan? Kita duduk goyang kaki, expect nak dapat result elok, takke macam mencabar, macam main2 dengan keadilan? er.. paham kot? :D

Tapi even kita dah usaha habis habisan, tetap tak dapat apa yang kita harapkan, hakikat Allah tu adil tetap tak berubah. Put it this way: adil, meletakkan sesuatu pada tempatnya.

Mungkin kita dapat result teruk sekarang, so that kita boleh usaha lagi lagi dan lagi untuk yang akan datang.
Mungkin jugak kalau kita dapat result tinggi sekarang, kita jadi riak, so rezeki itu ditunda, sampai satu masa kita mungkin dah makin dewasa, makin matang, hati dah terdidik untuk istighfar bila riak datang. ha.. got me? :D

Mungkin rezeki kita bila result elok sekarang, jadi booster untuk terus perform.
Mungkin jugak ujian awal untuk ajar kita lawan istidraj. Tempis riak, ujub, takabbur.

Embedded image permalink
hani's tweet

Senang cakap, semuanya terpulang pada kita nak tengok macam mana sesuatu perkara yang berlaku dalam hidup kita.
Will it push me down?
Will it help me rise?
Motivasi diri ni penting, indeed. Always have support, always.

Dan sikit sekali orang yang bersyukur.
Kita terlalu pandang apa yang kita boleh dapat dengan result yang lebih baik, kita selalu lupa nak muhasabah apa akan jadi kalau Allah bagi something worse..? Dan yang utama, kita selalu terlupa hakikat setiap benda yang dah jadi, sedang jadi, bakal jadi, dalam konteks ni, result exam yang tertulis tu memang itu yang terbaik untuk kita, dari the Best of Planners. 2:216. yakin yakin.

Bersyukurlah selagi berkesempatan. Tiada yang kekal.

Alhamdulillah 'alaa kulli hal.
Tahniah semuanya :)

Oh.

Banyak faktor yang sumbang kepada final result kita kan?
Faktor tu tak semestinya faktor yang rigid macam ada study table ke, selalu bertanya dalam kelas segala bagai tu.
Hablu. Relationship.
Hablu minAllah, hablu minannas.
Hubungan kita dengan Allah, hubungan kita dengan manusia.
Manusia.
eh takde kaitan.

Selalu ke kita rasa tak puas hati dengan lecturer?
Kita rajin puji ke... keji lecturer?
Masa nak masuk kelas rasa tak sabar nak start ke tak sabar nak habis?
Kawan mintak tolong, kita tolong habis2, sedaya upaya kita atau halai balai dengan mindset 'alah dia ni nmpk mcm xpaham je, terangkan sikit2 bagi dia paham takat ni sudahlah..'

*headshot headshot headshot infinity*

Ahh.. and yes, I don't really like it when people go "Alah, result ni dunia je.. dunia je semua ni." "Malaikat tak tanya pun nanti dalam kubur dapat 4flat tak?"

Kenapa menjatuhkan semangat diri sendiri? and orang lain..
Mana kita letak nilai 'to excel is one of the criteria of a Muslim'?
Excel bukanlah semestinya dalam bentuk gred, pointer, itu bukan kerja kita.
kerja kita, usaha.
natijah, leave it to Allah.

peh terasa mcm tergarang. hahah
i think im losing words to explain stuff.
harap masih boleh difahami. tsk.

My Wish

Monday, January 28, 2013


Loving this.


Friday, January 25, 2013

I can't stop smiling .


So what did I do?

Friday, January 18, 2013

Assalamualaikum.
I don't usually do this. 

Project 1 - Painting.
Theme: Water gives, water takes
Title: Granted
Ar-Rum 41

This, A1-sized. Orang lain beli canvas but since sedar diri tak reti nk melukis, I wouldn't want to spend my money on the canvas, I just bought an illustration board. ahahaha. kedekut tak kedekut...


Project 2 - Wood carving
Theme: Nature
Title : The Flow
Concept: Habluminallah, habluminannas
 I forgot the dimension.

This is actually for GC Exercise, computer graphic. 
But alang-alang cerita pasal project 3, letak sini lah.

Project 3 - Concept Box
Title: Journey Through Deceptions 
Concept: Mirage 

40cm x 40cm x 40cm



Final project : Partner dengan Aaminah Faiz, she did all the hard work , paku2 semua. :D:D Aa tough!

Project 4: Sunshade prototype
Title: Guided
Concept: Origami

Minimum size : 1.2m x 1.0m x 1.0m


Know what, there's one thing I like about these stuffs I'm doing. 
Being in IIUM, you know, International ISLAMIC University Malaysia, the lecturers keep saying that we need to be different than those in other art schools.
Ada banyak objektif kalau bukak project brief. Tapi there's one crucial thing: Students are to present the ideas and are to demonstrate the essense of Islamic values and principles in applied arts and design. 

So we needed to have at least one Quranic verse or Hadith, related to our projects, each and every one of us, for each and every project. 

We needed to prepare a report, project summary, title, explaining the concept and all that, which means, we had to do some reading. So yeah, I learnt a lot for the first semester. 

Eh jap. these, were what I did for my design subject only. 

We had GC, Graphic Communication and Presentation, setiap hari Selasa. 
Semua orang rasa mcm nak gi perang je masuk kelas ni. ahahha. 
Preparing ourselves for the real world, bak kata Brother Ariff.

Then History of Art. uhuhuh. Daripada primitive or Mesopotamian, Ancient Egypt, Greek, Roman, Romanesque, Gothic, Renaissance, Baroque, Pre-modern and Modern arts segala.. I don't like history but, seronok pulak rasa subjek ni, despite the nude statues and paintings yang bersepah-sepah. hahah.

Then Appreciation of Asian Arts and Design... Thiiiiis......  .. cane nk ckp. cani lah, we learnt traditional Malay arts basically, and ada sikit2 Indian and Chinese arts. 
All those terms in Songket, TYPES OF BATIK, their techniques of production bagai... 

Those were the subjek wajib lah kira untuk first semester. 
I took Quran Sunnah and Built Environment as well as Study Circle II some more :)
Ada yang amek BM and UNGS or Islamic Worldview..

I know this is waaay too early nak cakap, but I'm glad I made this decision, alhamdulillah. 
Applied arts and design it is. 
Do pray I'll make it through these coming years. :) 

Segan sebenarnya nak tunjuk sebab cek punya tak lawa mana. 
Tambah lak lejenderi follow kita.. alamak. 
HAHA.

Split

Thursday, January 17, 2013

Tenang - tenanglah,
Walau hanya luaran.

Bunga dekat laman, apiq amek kot.

Avant-garde

Tuesday, January 15, 2013

“Mungkin dia lain
Yang lain berjalan, dia berlari
Mereka diam, dia bersuara
Mereka terus, dia membelok” 
2009

Ghuraba' bukan sembarangan, 
Kita, bakal berdiri di barisan paling hadapan.


Masyarakat kita semakin tenat. 
Bila dari kecik diajar untuk jadi burung kakak tua. 
Output sebijik input, jawapan mesti macam dalam buku. 
Mesti.

Oh goodness.

Of tasik kenyir, pokok, dan tukang kebun.

Monday, January 14, 2013

***
"Dan aku akan terus berdiri teguh, tetap pada akarnya. Mungkin goyah menggugurkan daun, tapi aku, Nawal Nafisah takkan pernah tumbang." Nawal memandang susuk di sebelahnya, "..kan?"

"Mesti! Aku percaya, sahabat aku ni kuat, cekal dan tabah!" Ain-ajmal melempar senyum.

"Sebab aku yakin kau ada, kau akan pastikan iman aku tumbuh subur, kau akan tolong aku hapuskan segala serangga perosak yang boleh rapuhkan aku dari dalam, kan?"

"InsyaAllah.. Tapi Nawal, soal iman bukan bawah kuasa aku.." Dicarik roti putih yang dia bawa dari rumah. Rezeki lebih buat ikan-ikan kelah Tasik Kenyir hari ini.

Tasik Kenyir

***

"Aku ingat kau akan selalu ada, aku lupa."Quran biru mudanya dikucup, air mata tidak tertahan lagi. "Moga aman kau di sana."



sekian cerapen (cerita amat pendek) untuk nawal dan aina. 
aherherher

Apa sebenarnya yang kita dah belajar?

Sunday, January 13, 2013


Assalamualaikum.

So yeah, I've finished my first final exam being a degree student. Bukanlah pencapaian mana pun, baru first sem first year. Tapi, benda yang sama berulang setiap kali nak exam. 

Kita mula belajar. Cikgu kata masuk bab ni, kita fokus kat bab ni. Cikgu tak kata apa-apa, kita abaikan terus. Semua orang macam, "Wey study, study.. nak exam.." "Ko dah study apa dah?" "Weyh.. aku banyak lagi tak baca ni..."
Yada yada.

Kemudian sampai masa, kita melangkah ke dewan peperiksaan, jawab sehabis mampu, keluar dewan, dan tunggu keputusan. Sambil tunggu result tu, ada tak kita belek2 balik nota2 yang kita pulun study? ye lah, haritu nak exam kan..sekarand dah habis. Ada?

Jarang.

Those who took Syariah masa sekolah, do you still remember all these? Do, we, still remember these? Ini baru dari satu bab, sebenarnya. Bab Muamalat.


Kira-kira balik, dari zaman kita tadika sampai sekarang, berapa banyak surah yang pernah kita hafal?
Berapa banyak formula matematik, matematik tambahan, fizik, kimia yang pernah ada dalam otak kita?
Berapa banyak teori fizik, ekonomi yang pernah kita faham?
Berapa banyak kaedah i'rab, balaghah yang kita pernah diajar?
Berapa banyak maksud terminologi dari buku-buku quran sunnah, syariah, biology, and all that, yang pernah kita bertungkus lumus menghafal untuk soalan berbentuk 'definition'?

Banyak, kan.
Sangat, banyak sebenarnya.

Dan daripada banyak-banyak tu, banyak mana sebenarnya yang kita masih ingat?


Apa punca kita lupa?
First thing first, check niat kita.

Susah kan, nak make sure niat kita sentiasa on track - Lillahitaala.
In the end, kita akan study sebab nak exam lah, sebab kalau tak score malu dengan crush, crash, hubby, wi-fi eh, dgn mak bapak, sebab kita pelajar tajaan nanti tajaan kena tarik balik and all that.
Bila dah keluar dewan, rasa tak berapa all out, barulah terkedek2 rasa "eh takpelah, dah usaha... tawakkal je la.." Baru nak kembali .

Bila kita dah went through apa yang kita risaukan, kita lega dan kita letak tepi.
"Oh buat apa nak tau ni, lepas ni mana belajar dah."
"Lepas ni tak de dah kan subjek ni?"
"Kena pass je kan?"
Maka terbanglah segala ilmu, no, info yang pernah kita tahu, terbang dibawa angin. wuu wuu. Ikutlah nak angin kut mana. eh. abaikan.

Dan, sebab kita tak amalkan.
Orang yang memang sepanjang tempoh pengajian dia perlukan dia untuk tahu formula2 tertentu, dia akan ingat.
Huffaz perlu amalkan surah yang dia hafaz, mungkin dalam solat, mungkin mengulang setiap kali lepas solat and all that.
Bila kita amalkan, baru kita ingat.
Orang yang pernah pergi haji atau umrah, will find bab haji sangat senang, tapi orang macam saya yang tak pernah, susah nak bayangkan flow dia, sebenarnya.

Bila masuk tertiary education. Kita dah masuk dalam bidang masing-masing. Kita memang dalam environment tu, insyaAllah melekat dalam jiwa.
Saya sendirilah, mengaku bila tengok bangunan, it's not the same anymore. "Eh, tu relief and recess." "Ionic order.." "Weh tangga ni tinggi sangat, tombol pintu ni rendah sangat, tak ergonomic.." .. atau painting, "colour ni symbolises this and that" ..

Jadi, bila ilmu tu tak termasuk dalam core course kita, kita abaikan.
Siapa je dalam bidang bahasa nak tahu apa Greek architectural order yang pengaruh Muzium Telekom? Eh.
Ataupun bila ilmu tu sekadar university-required courses. Asalkan lulus.

"Al Ilmu bila Amal, kasy Syajarin bila Thamar."


Jangan cakap buah untuk ummah, buah untuk diri sendiri pun tak masak-masak lagi.

Dush. Lagi headshot.

Jadi apa sebenarnya yang kita dah belajar?

Alim Mujahid kah kita?

*photos , er, gambar2 terawal dekat google. ceh. pemalas.

Secreto

Wednesday, January 9, 2013

Embedded image permalink
Entah apa yang Dia rahsiakan.
Ceh. nama pun rahsia.

Kita tak cari, tapi dia datang.

Baik, buruk.
Semua rencana-Nya.

Nak mengeluh buat apa atas benda yang dah jadi.
Bila seronok sangat, kadang-kadang kita terlupa.

Suka atau duka,
Setiap sesuatu itu ujian.

Orang Melayu kata,
"Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian."

Sedang kitab berbicara,
"Innama'al 'usri, yusra."

Semester pertama, tahun pertama has ended i tell you.
Thanks for the memories! :') Alhamdulillah. :D

Tengah on the way balik Penang. Penang. Penang~
Aa kata merindukan family itu berpahala, insyaAllah.

 
Design by Pocket