Ziarah

ATTENTION : You will need to click on the title of each article to read the full post, yang mana rasa macam tergantung..

Of wangsa walk and makcik cleaner KFC. em, tak jugak sebenarnya.

Thursday, May 30, 2013


***
"Ohhh My Goodness!! I forgot ...!! to list that dalam senarai benda2 penting yang berlaku..."
"I know."
"Ya Allahhh. macam mana boleh terlupa?! Penting kot!"
"Banyak sangat kot benda jadi masa tu, bertubi2 kita kena.."


Meh sini. Nak cerita. Untuk dikenang di masa akan datang. Penting buat diri ni je, sebenarnya. bukanlah penting masalah negara. pergi balai polis bukan kisah utamanya tp tulah.
Serius cakap, kalau nak cerita semua benda yang terjadi sem ni, seriously tak cukup.
Tapi Sem 2 ni memang banyak kenangan terpahat. Aish. Susah nk gambarkan.
Tapi sem ni jugaklah, jiwa sentimental banyak teruji.

 I hate deleting. I hate losing stuff. Perasaan bila fon rosak, kena format and tekan dkt conversation, dia keluar "You haven't had any conversation yet, tap to start a new one."
Sedih, tahu. Bagi seorang yang suka baca mesej2 lama sebelum tidur.

K. Nak cerita ni.
Alkisah, kitorang dah start project 2 masa tu. And our project was? Designing a bag. Dah macam fashion design pulak rasa. So we had to go out to HUNT and buy the materials for the bag. Maka hari itu, pinjam kelisa Yan, keluar dengan Aina n Aa, dengan akak-akak satu kereta lagi. Off we went to Jalan TAR.

The other car mcm rushing.. Aa pun dah mula rimas, kenot breath lama-lama dekat situ..so we decided to part our ways. Senang sikit, mungkin, tak perlu tunggu-tunggu, free sikit. Dah dapat material kain, tinggal nak beli those little stuff - zip, butang, magnet apa bagai. Ingat nak ke Melawati, kedai2 bunga, mungkin.
Alkisah dah dekat pukul 6, kitorang decide nak solat dulu dekat wangsawalk.
Parking depan kedai al-ikHsan, yup keluarkan duit lebih sikit sbb nk beli kasut sukan baru. Tapi ingat, balik nantilah beli.
I remember kitorang sempat bergurau, about my purse.

Trivia: Kalau terpaksa tukar dompet, I'll remain the content, plus new ones. Kad Kelab komputer darjah 2, gambar letak dalam first dompet kot masa darjah 5, resit itu ini, kad member a&w dapat masa darjah 1, rasanya kad sifir pun ada. plus kad membership artshops and kedai buku, basically, dompet saya tebal lah. tebal dengan benda2 macam tu.

"Ini, apa tebal2 ni? Punyalah banyak kad. Kad kredit? Hutang je semua ni, hutang!" -Aina
"Ai kan datin, yuuu"

K. takde apa yang menarik kat situ. Next. Masing-masing kelaparan. Takde kedai yang menarik di hati. Decide untuk makan kat KFC di seberang jalan. Masa tu, almost maghrib.
Sekali ramai orang, dah dekat pukul 745. Mungkin ada surau dekat2 sini. I left my purse on the table, and so does Aina, Aina gi beratur tunggu makanan, saya, keluar mencari surau terdekat. Pizza sebelah, katanya surau tu cuma untuk staff. Ok. Nak mencari time2 ni, tak sesuai.
Rushing waktu maghrib memang tak seronok. Baik terus gi surau wangsawalk, walaupun agak jauh tapi at least benda tu kita pasti ada.
Buat apa kejar benda yang tak certain? Silap2 kita yang rugi.

Oh, and Aa terjatuh and hurt her feet masa amek wuduk asarnya tadi. Jalan terjengket2, tapi bila nak lintas jalan tak yah cakap, bullet train pun tertinggal kat belakang. 

Makanan dah sampai. Ktorang mintak tolong sorang makcik cleaner, Indian lady, untuk tengok2 kan makanan ktorang, jangan angkat lagi. Ktorang nak keluar kejap.
"Lama tak?"
"Kitorang nak gi sembahyang kejap, auntie.."
"Oh, ok ok. Tapi kalau nugget habis ke, I tak janji.."

Ke wangsa walk.
Maghrib. Ramai.
Solat macam biasa, kembali ke KFC.
"I tunggu you, I tak cuci tempat lain, I cuci sini je.." oh thaaank you auntie. tsk.
bergelak ketawa cerita itu ini.
maka, bilanya nak sambung beli barang? Berjimba pulak.

Kembali ke kereta. Lupa singgah beli kasut. Sampai kat satu trafik light, aa cari fon. Tak jumpa. Tried calling.
"Aa, em, fon habis bateri ke?"
"Tak lah." terus mencari.
"Unavailable lah aa..."
"Caje, seriouslah.."
"Serious."

Call fon Aina jugak. Ada.

"Astaghfirullah hal azimmmm..." Aa dari belakang. Masa tu dekat traffic light.
"Purse."

"Kenapa?"
"Pun takde."
"Whose?"
"Caje dengan Ena lah..tadi kan masa hampa dua tinggai barang atas meja KFC, amek semua letak dalam beg."

"Wohh. so 3-3 hilang? plus henfon? Ada apa lagi dalam beg tu?"
"Mock-up beg *before final design, ktorang kena hasilkan mock up design*.. ntah macam mana dia boleh amek dalam beg penuh macam tu. 3 sekali."

Aina masih tenang.
"So sekarang nak buat apa?" Nak sambung cari barang, sorang pun takde duit sekarang. Not a single cent!
Berhenti depan kedai akuarium, nak cari pipe untuk design Aa, still, takleh buat apa.
"Rileks. Sekarang, kita patah balik? Try cari balik dekat surau tu.. Ada, ada lah. Tak ada, bukan rezeki nak buat macam mana.."

Almost 9.30... tempat tu dah nak tutup kan.
Pusing carik parking luar. Tiba-tiba penuh pulak, takde tempat. 3-4 kali jugaklah pusing. Nak parking kat dalam, takde duit. Korek punya korek, cuma ada 30sen.
Pandang 30sen. "Em. Nak optimis pun tak mampu, tak realistik."

"Aina ada kad bank dengan Aina."
"Ok, kalau macam tu, kita masuk dulu. Lepastu Aina cucuk duit. Parking ni bayar masa nak keluar kan?"
"Ok, jom."

Parked. Ke surau. Tak berjumpa. Sah, takde dah.
Hah, Aina datang membawa berita. "Kad tu bukan kad yang keluarkan duit." Ah sudaah. We're stuck. Macam mana nk keluar then?
"Kol sesape mintak tolong datang?"
Called kak hawa. Tak berangkat.
Mesti diorang pun penat lepas material hunting. Serba salah nak susahkan orang.

Ingat nak solat je isya dulu. Tapi lagi lama, lagi banyak kena bayar. Had to get out, ASAP.

Korek lagi, dapatlah syiling seposen seposen RM1.
beratur nak bayar.
bayar, dia buat tanda 'peace'..."RM2."
"Hah?"
Tunjuk notice.
"Hari minggu : RM2"
Ah sudah.

Masuk kereta, sesi mengorek lagi. Alhamdulillah, cukuplah RM2.

Keluar, kak hawa call. Kak hawa terkejut and suruh kitorang cepat2 buat police report. Maka ke police station yang terdekatlah kami menuju. Taman Melawati. Almost 11.30. Sebenarnya just nak report hilang IC dan lesen. Tu je yang penting sekarang ni.
Tu je.

Tapi dia suruh tulis semua benda yang ada dalam purse tu. bajet rugi banyak mana. aiseh. macam-macam.
pastu lepas dah print salah eja lah apa lah.
dia suruh tunggu apa semua, leceh. Mmang tak berapa gemar benda2 berprosedur ni.

Last2 dia cakap boleh balik dulu, Isnin nanti baru pergi sahkan laporan polis kat mana2 balai polis. Pulanglah kami menuju ke UIA. Sampai2 simpang nak masuk gate je, polis wangsa maju call.
mintak datang sana. huk aloh.
patah balik, ke wangsa maju. Dia tgk balik report n baiki yang mana silap n all that. lama jugaklah.
Tunjuk gambar suspek.
"Makcik ni, pakai je tudung. berjubah pulak tu."
"Orang sekarang, tudung tu topeng je.. bukan boleh percaya.."

Senyum je yang mampu. Malas nak cakap apa-apa.
Malas nak bertekak. Oh,
Hari tu tak pakai jubah. Hm.

Kecurian kecurian, projek tetap kena sambung. Nak buat IC apa semua, nak kena tunggu sahkan rport, nak sahkan report kena tunggu Isnin.
Esoknya, keluar lagi sambung beli barang. Berbekalkan duit pinjam abang, kakak n sepupu masing-masing.
Lusanya mintak kebenaran madam untuk keluar ke putrajaya buat IC. nak buat dekat tempat lain, would take a week or months, susah.

keluar lagi. Itu baru keluar nak pergi buat IC. 
Keluar lagi untuk amek IC yang dah siap, n pergi buat lesen.

Sepanjang keluar merata ni, kalau buat beg dah siap dah. Tapi sebab menghormati Aina, tak nak lah buat beg. Since Aina je yang boleh drive. Takkan kita nak buat beg kawan tu sakit-sakit badan memandu berjam-jam lamanya? 

Bayangkan, dalam minggu submission, minggu yang kritikal, 3 hari ktorang habiskan dengan setelkan benda ni. 
Tapi tu bukan point dia.
Nak cerita, semua orang risau. "Korang OK tak?" "Serious OK?" "Ya Allah... kalau aku jadi diorang.." "Amboi siap boleh gelak lagi.. but keep it up." this and that.
tapi alhamdulillah, kawan2, famili, bukan jenis cepat melenting.
Tenang belaka.
Though Aa kept saying sorry. haha.

Nak buat macam mana.. benda, nak jadi.
Aina cakap, "mungkin ada yang tak berkat. Allah nak cuci."
kan. who knows?
Dah bukan rezeki kita. Rezeki besar orang yang amek malam tu. 
Mak said so too.

Orang sekeliling kuat, kita pun kenalah kuat.

Oh well. 
Beli dompet baru. Kosong. 
Print gambar mak n abah, untuk letak dalam tu.
I got my new IC, free. muka sangat bahagia -.-
new licence. 
tinggal nak renew membership card kedai2 art n buku ... 
yang lain, tinggal kenangan.

On the very next weekend, kisah Janda Baik pulak. "Ya Allah kenapa banyak sangat musibah korang kena minggu ni?" Mirajo.
Kisah yang lebih menarik. Kisah accident dekat traffic light, Kancil langgar Starex. Dua-dua bawak makhluk2 Community Project.
Kisah kereta sewa.
Kisah accident kali kedua, kereta sewa dengan kereta orang luar, hari yang sama, tempat yang tak jauh mana antara dua kejadian ni, kentut pun boleh bau agaknya. ok over.
pastu rentetan dua accident ni, yang buat kisah Janda Baik tersemat di jiwa. fuh.
Kisah medical check up, kisah 'ugutan' brother yang ktorang langgar, kisah kitorang cuba nak selesaikan underground tapi, kisah misunderstanding yang later wujudnya kisah turun naik ofis jumpa dean, head of department, deputy deans.. kisah hati.
kisah, community project.

Tapi betul lah, subjek community project, subjek ni lah yang buat kita lebih rapat. Lebih kenal. 
Sebab kita lalui macam2, sama2, luar waktu silibus.
Alhamdulillah, on my part sendiri, i got to know my studio mates, especially my group mates better. 
I learnt how to work with, em, different people. :)

Minggu exam. I lost my phone. 
Sama ada orang amek, or, kecuaian sendiri. mungkin jatuh dalam sungai. sebab last perasan, masa bagi makan ikan. kot. 
Selalu diuji right after cakap something.

Cakap "I will keep my stuff, no matter what. Teballah tapi setiap satu kad ni ada makna, tau tak." bam orang amek. Pastu pernah cakap "Sebenarnya prefer jalan. I love walking. Tapi kak hawa selalu ajak balik dengan kereta.. tak reti nak tolak.." and bam, kereta berlanggar n masuk workshop, bila terasa lelah n perlukan kereta.
baru je semalamnya terfikir, balik nanti nak baiki fon lama n fon yg tengah guna tu nak simpan dalam drawer, so that i can read the messages bila2 rasa nk baca. pastu selalu ckp "henpon marhaen" apa bagai. 
bam hilang.
Usrah underground, my turn I talked about menjadi mukmin yang bahagia, and bam macam2 ujian datang.

Oh, and sem yang banyak kenangan ni lah, I didnt have my phone yg selalu guna utk amek gambar2 time benda2 penting berlaku. 

but hey I learnt, 
Kalau moment tu betul2 berharga, betul2 precious, we don't need a physical matter to remind us of it.
If it's that important and that sentimental, it's meant to be in the heart, no?

It's there and will always be, if I really care.


Tapi hakikatnya kita manusia, pelupa.

apa tah hala tuju post ni sebenarnya? oh lama tak membebel.

4 org bernyanyi riang.:

Keretapi said...

tengok tajuk wangsa walk terus terkejut. tempat bermain saya tu, hahaha.

kesian akak. dahlah jenis sentimental, kalau boleh sume tok nenek benda nak simpan nak buat kenangan. saya faham. tetiba semua hilang. saya tak dapat bayangkan. tapi akak kuat :)

banyak sungguh drama. hidup degree kot. kehidupan sebenar.


"Kalau moment tu betul2 berharga, betul2 precious, we don't need a physical matter to remind us of it.
If it's that important and that sentimental, it's meant to be in the heart, no?

It's there and will always be, if I really care."

:)


p/s: suka term usrah underground. usrah camne tu? yang takyah kasi nama segala eh? sesama kengkawan, takde paksaan. saya suka yg tu. tp taktau term dia apa. heheh.

Syaza Suraini said...

hah, silap2 nnt berjumpalah ! :D

haaaah, kalau boleh tu, semua benda nk simpan.. tapi terpaksa akur, tsk, takde benda yang kekal.
"tapi akak kuat." :')

dramaaa.. padahal baru dua sem! baru first year! more to come.

ho yeah, usrah sendiri2.. sesama kawan2. mmg underground.. huhu.
usrah free hair. haha. kumpul kat bilik before maghrib, dinner or buka puasa sesama, solat, then slot tazkirah smpi dlm pukul 9... aaand pillow talk sampai tengah malam, pernah smpi sleepover. haha.
tapi takdelah on weekly basis, dlm 2-3minggu sekali.. susah nk cari masa yg semua org free.. selalunya lepas submission, dapatlah kitorg kumpul2 kejap..

Keretapi said...

oooh cool gila. usrah free hair hahaha. bestnya. all the best kak ^^

Syaza Suraini said...

awkward gak lah at first. haha. :D

you too, amalina. you too :)

 
Design by Pocket