Ziarah

ATTENTION : You will need to click on the title of each article to read the full post, yang mana rasa macam tergantung..

Melayu Malaysia beragama Islam.

Monday, August 26, 2013

Assalamualaikum.

Semester lepas, kelas UNGS - Islamic Worldview dengan  Dr. Salah Machouche. Tak sure mana satu nama depan mana satu nama belakang sebenarnya. Tapi saya panggil Ustaz Machouce je. Sem sebelumnya, kelas QSBE - Quran, Sunnah and Built Environment dengan Dr. Spahic Omer.

I have to say, these two classes were my favourite classes besides History of Arts and History of Islamic Arts dengan Madam Harlina (recently dapat Assoc. Prof, tapi sebab dah terbiasa sepanjang sem 1, dan rasa lebih mesra guna Madam..).. kenapa? Sebab lecturer-lecturer yang disebutkan ni, lain daripada yang lain. The way they make us think, the way they put things into perspectives.

Banyak kalau nak cerita satu-satu tapi ringkasnya ada pensyarah macam ni, khususnya pensyarah yang bukan dari Malaysia atau yang hidupnya bukan revolves around Malaysia semata-mata, selalunya berjaya bawak kita, well at least, saya, untuk berfikir tentang sesuatu isu harian, luar dari adat dan kebiasaan.

Reminds me of Fatih Seferagic when asked beliau ada sebarang food routine tak nak make sure hafalan tak hilang? He smiled and said "You know, I've never encountered this kind of question, until I came here."

Hehes.
"I love food. In fact I just had some pizza hut before I came here (the convention). If you ask me, I would say no. What food you eat does not really matter, what matter is that you keep on reviewing your memorisation."

***
Tawazun. Balance.

Ustaz Machouce pernah tanya, sambil lukis simbol dacing di papan putih.
"So we've heard a lot of people saying we must keep Dunya and Akhirah balanced. Now tell me, you know in order to make it balanced, it should be 50 on this side, another 50 on that side. Correct?"

Seimbangkan dunia akhirat, kata orang. Tapi kalau seimbang maksudnya kena sama berat. Kalau percent, maka 50% dunia dan 50% akhirat.

Angguk.

"Now tell me, is the value of Akhirah equal to the value of this Dunya?"

Sama ke nilainya? Semua senyap.

"You claim that Akhirat is a whole lot greater in value vis-a-vis Dunya, but why would you put them equally? Why would you give the same amount of effort in doing worldly things as you would in Akhirat matters?"

Wo ho.

Kalau ikut pemahaman kita tentang keseimbangan, maka benarlah, bahagikan sama rata. Dalam kes ni, dua benda - Dunia dan Akhirat.

Ceritanya, kalau saya beribadah dengan membaca al-Quran, bertasbih, tahmid dan tahlil, solat tanpa henti selama 12 jam atas alasan semua ini ibadah untuk saham akhirah, maka malamnya saya perlu ke kelab-kelab malam untuk enjoy, bekerja depan komputer kalau tak nanti takde duit nak sara hidup.
Kata balance, kan?

One of us said, "We should work 50% for Dunia and 100% for Akhirah.."
Ustaz replied, "That would be 150%.. Let us not run from the fact that 50:50 is a balanced ratio.."

Satu kelas diam lagi, tak tahu nak cakap apa. Hah selama ni kemain canang seimbang dunia akhirat, maka apa pemahaman kita sebenarnya?

The answer is, to make sure the Dunia thing we're doing is something that we can invest in the Akhirat.
Got it? Contoh, macam kita kerja pejabat 9-5. Ini benda dunia. Kita mesti kerja, kalau tak kerja nanti mana nak dapat gaji , macam mana nak sara hidup, macam mana nak terus hidup kat dunia ni? Tapi kalau kerja kita tu patuh syarak, kita buat apa yang Allah suruh (tutup aurat for example) dan tinggalkan benda yang Allah larang (mengumpat, ekhem) .. kerja duniawi kita tu boleh bawak kita ingat kat Allah then there you have it, ratio kekal mathematically balanced, tapi priority tetap dapat pada saham akhirat akhirnya. The end. :D

Senang kata, fahamkan bahawa setiap inci kehidupan kita adalah ibadah. :)

***
Jujurnya, saya tak faham dengan rasional membenci penggunaan kata ganti diri Ana-Enta/Enti dalam perbualan seharian, ATAS justifikasi kita orang Melayu, ada di Malaysia, cakap Melayu sudahlah.

Like, seriously?

I mean, I can understand kalau tak berapa gemar nak guna bahasa diri macam tu sebab rasa geli-geleman ke apa, just like I feel using I-You in a Malay conversation. Tapi just sebab tu - sebab kita ni orang Melayu dan kita sekarang ada dekat Malaysia maka penggunaan bahasa diri dalam Bahasa Arab cuma buat diri terasa Islamis? What's up with this?
Walaupun secara peribadi saya rasa janggal menggunakan bahasa diri I-You tapi takdelah sampai nak gi kat muka dia cakap "Guna Hamba-Tuan hamba lah saudara, kita kan Melayu." Ok exaggerating. I do have this problem, nak guna bahasa diri apa bila bercakap tapi let's put that aside dulu.

Grow up lah Malay Muslims living in Malaysia. Kita tak pernah habis masalah persepsi siapa lebih beriman dan siapa lebih banyak setannya, kan? Just by simply looking at how an individual brings themselves cepat cepat kita classify si polan ini kategori itu, si polan ini kategori ini, begitu dan begini.

Antara topik lain yang sangat popular dalam bab ni, is which tudung style signifies the wearer being in a holier position than the other?

Seolah-olah ada garis nombor.

Tudung labuh bulat berjahit tengah lebih baik daripada tudung labuh bidang 60 dipin terus atas bawah yang in turn lebih baik daripada yang dipin selempang, di akhirnya mungkin bidang tudung 45 atau shawl yang berusaha dililitkan bagi as labuh and as longgar as it can be.

"Oh dia ni tak istiqomah bertudung labuh bulat."
"Oh dulu dia pakai tudung bidang 60, sekarang tudung bidang 50 je.."
"Saya belum berani untuk pakai tudung labuh..."

Aiyayai.
As I constantly fikir pasal ni, then bamm I saw this post on Facebook. Thhhhank you sis Amena for the video and sis Aneesah for the review. Akhirnya. Kita tak pandai nak letak in words tu yang macam excited gila when someone else took everything right out of our mouths..!

Makes me wonder, dekat Malaysia je ke ada masalah persepsi macam ni, ke macam mana?

Masalah bahasa diri? Kiranya kalau guna Ana-Enta lebih tsiqohlah? Habis dah kalau dekat negara arab dan ustaznya bercakap bahasa Arab sepenuhnya, maka ana-antum lah jadinya. Dan kalau ustaz itu sheikh di negara barat dan berkomunikasi penuh dalam bahasa Inggeris maka I-You lah jadi bahasa dirinya.

Masalah style tudung? Sepertinya muslimah pakai shawl berlilit-lilit ini kurang tsiqohnya berbanding yang bertudung labuh bulat. Kalau negara lain yang memang hijabnya didefinisikan dengan shawl, maka seorang ustazah dengan ilmu agama yang terang-terang lebih mendalam pun kita akan nampak berhijab dengan pashmina. Kalau di negara itu hijabnya tudung Turki dan tiada style lain, maka tak dinafikan begitu jugalah gambaran figura yang beragama dekat kawasan tu. It's cultural.

Kisahnya this is what I think, dalam Al-Quran dan Hadith takde cerita macam mana nak jahit tudung instead, diberi panduan to fulfil a certain criteria. Tidak jarang, labuh melepasi dada, tidak menyerupai lelaki dan sebagainya. Panduan. Guide. Bukan macam answer scheme untuk soalan objektif. Sebab tu manusia diciptakan punya akal, untuk digunakan menimbang baik buruk, is it approved or is it not, and all that.

I see the problem. Kita banyak variasi, xde satu identiti yang signifikan macam tempat lain, barangkali. Let's not see this as a problem, though. Should be cherished but at the same time, tolong jangan sempitkan pemikiran.



Seolah-olah Islamophobic, 
walhal dikelilingi komuniti yang majoritinya Muslim.
Spesies nak manusia kalau satu rumpun itu biar sama saja patternnya, 
langsung tak boleh nak raikan perbezaan pun payah jugak.
Oh well.


Ah satu lagi tambahan alang-alang pasal tudung: Bila orang buat perbandingan orang yang bertudung dengan yang tak bertudung macam ayam yang ada bulu gebu dengan ayam togel. i was like, If I agree to this, am I actually saying that when I'm at home with my mahram and not wearing the hijab, I, also look like ayam togel? We are equally beautiful, physically. Cuma the hijabbed choose to whom dia nak bagi permission untuk tengok dia punya beauty. 

Yes, I understand tujuan that kind of post is to show how wearing the hijab protects the Muslimah, but
you know, when it comes to suruhan Allah, logical reasoning based on the surrounding may give some clues and enlightenment to some people, no doubt, but it alone is never adequate. Manusia, cara penerimaannya berbeza. Kenali mad'u.



Spreading dakwah is an art indeed. Sebagai dai'e (yang menyampaikan), tak guna syok sendiri dengan artpiece kita tapi orang tak faham mesej kita. But bila kita jadi mad'u(yang disampaikan) it also depends on how we see things. Tolerance. Win-win.


'Ala kulli hal, 
saying one is being judgemental somehow makes me one, no?
tugas kita tetap untuk menyampaikan, 
tapi ramai pilih untuk menghukum.

Till then.

Aah by the way, Lai lai lai~~~ 
Ayuh meriahkan SENI JALANAN, KAEDFEST'13 !

Ramai-ramai click 'going' yuk!
https://www.facebook.com/events/427983953989641/


and and and we're looking for wall artists untuk conteng dinding KAED. haha..
dan sesape yg berminat utk tunjuk live demo graffiti, nak share skill installation bertemakan pop-art, tafaddhol~!

Terbang, meredah langit memori.

Wednesday, August 21, 2013

 photo IMG_1445.jpg
Zaman testing 'colour splash' dalam kamera Lina.

Tangga Surau al-Ansori, siap-siap pakai stokin untuk sambung kelas hari tu.
"Awak."
"Hmm?"
"Bagi kita satu nasihat."
"Haaa?" Telan air liur. "Dah kenapa ni?"
"Antara hak seorang sahabat untuk ditunaikan - beri nasihat apabila diminta."
Dan sejak hari tu, perlu bersedia dengan at least sepotong quote.

Haven't done this in a while, I'm in need of one, maybe millions as well.

***
"Sila tulis lagi. I frankly love, really love your writing. really. Wa tak tipu."
"Lagi? Hahaha ok don't kill me."
"I will if you purposely stop writing. KL wa punya."
"You sure you didn't take any chocolate?"
"Baru minum susu cekelat. Haha, pandai awak!"
"Figured."
"Pandai telepathy. Wi-fi betul.."
"Telepathy? Ekhem, quote "Ini ladies and gentlemen, ukhuwwah lilllah" Unquote."
"Speechless." Jeda. "Awak, I can't recall if I've told you this, but while I'm alive and healthy, I want you to know that erm, I love you. Ok malu jap."
"You're freaking me out."
"But yeah, I do. Really."
"Hahah xdelah, it's a sunnah to tell your sahabat that you love them, therefore, I LOVE YOU."

***
"Haluu~~"
"Aloo~ :("
"Heyy kenapa sedih? Senyum, senyum :) "
"Sedihlah lama tak berjumpa.."
"InsyaAllah, lain kali boleh jumpa. Yang penting hati masih rindu.."
"Selalu."

***
"Ampun my darlings for not keeping in touch. I'll try to be better.."
"Life is busy, love is there. :)"

***
Random rambling copied. Sent from a friend to another dear friend, May this benefit others as well.

***
"Got not?"
"Got now. Tingkayu.."
"Tongbesi."

***
"You dapat?"
"Dapat kot, dia cakap 30 Apr ni ada taklimat.."
"Course apa?"
"Dentistry.."
"Wow Wow. I'm not going kot. Sebab dapat Pharmacy.. Ummi nak nak Medic.."
"You've reaaaaaally decided to take medic?"
"Ummi nak nak. I just do the best!"
"Must be hard kan, nak give up on your minat. Tapi berkat ibu penting. U will do your best, I trust you :) Go go!"

"So I'm going to Egypt. Jom laa jom laaaa"
"Hee.. tak pergi pun taklimat hari tu. But haTi ni rasa naaaak sangat for graphics and multimedia.."
"Good.. good! Banyakkan graphics untuk Islam, medan dakwah."

"I won't get to be there to send you off dekat airport but but but, i shall not send you with tears, insyaAllah kita hantar awak dengan doa. Jangan malu mintak nasihat untuk terus kuat kat tempat orang. Taman ilmu, tanah jihad. I pray that you will succeed in your hijrah to Egypt, and may you be the best muhajirah ilallah. "

***
"Tak sedih ka aku nak pi dah ni?"
"When your friends wanna leave, don't show your grief.. All the best dekat tempat baru :)"

***
"Bukan tak rindu, tapi lebih kepada percaya. Percaya Dia ada untuk jaga. Percaya kamu tu kuat."

***
"Memang membakar semangat tapi asyik menitik air mata.."
"Biar je menitik. Tanda hati masih ada. :)"


***
It has been a while. Semoga semuanya dalam lindungan Allah belaka. Mohon doa untuk yang di sini.

Tak, tak rindu pun. 

Sedangkan bintang pun mandi.

Tuesday, August 13, 2013

Ceritanya tidur awal tadi. Dan tak boleh tidur balik. Hailoh.

Before I slept tadi ada terbaca bising2 katanya ada meteor shower malam ni. Tapi dah mengantuk sangat, so tak peduli, terus tidur. Couple of hours later terjaga. oh room mates semua dah balik, by the way :D

Antara benda yang dibuat ialah scroll news feed dan timeline to kill the time.

and I saw a tweet, cakap something like "Meteor shower kemain nak cari, masa lailatul qadar tak pulak macam ni?" .. memula macam "BUUURRNN"...

pastu makin ramai orang buat statement mcm tu.
People start comparing the enthusiasm to look out for a meteor shower and lailatul qadar.

I don't know.

Macam, orang tu minat baca buku dan dia ulas begitu dan begini tentang buku tu, then some people would go "Al Quran ko taknak pulak tadabbur macam ni?"

Or dia minat bola sepak, tennis ke apa kan, disuruh berenang, memanah dan berkuda, sahaja.

Sad?

I don't know.
I don't fancy those statements yang you know, discouraging. Yang buat Islam tu cuma praktikal dengan ibadah-ibadah khusus.

I mean, kata way of life. Just do what you want to do, what you love, as long as it is syariah-compliance, takde masalah, niatkan as ibadah and voila! Dah kenapa nak suruh semua orang sama je karekternya. Dah mana pergi kepelbagaian untuk dirai? Appreciate varieties lah. Come on lah pipol~~

Oh and I just find it funny when ada orang tweet pasal harapan nak bertemu lailatul qadar then some people go "Diam-diam sudahlah, tak payah bagitau satu dunia" and when people tweet pasal meteor shower that same bunch of people go "Masa lailatul qadar tak pulak beria-ia macam ni." .. Pft. I didn't know we can tell other people's intentions just by reading their status updates and tweets and what not.

Takkan boleh pun tau niat orang.

Anyway meteor shower and lailatul qadar, 2-2 jadi dengan izin Allah jugak sebenarnya.

Since I don't want people to focus on the bad and just focus on the good, I should then again, assume the ones tweeting sebenarnya nak muhasabah diri and didn't mean to provoke ke apa. Oh well. :)

Aina came up with another thought to ponder upon,
"Jadahnya nak compare benda yang tak sama level pun." :)

Here comes the berapa kurun punya cerita untuk dipublish. Time nak exam ni lah semangat nak cerita semua benda kan. Hmm.

***

.. Kisahnya dalam lif tadi;

"Level 2?" beliau tekan level 2.

"umm, no." yakin. diam jap then, "oh rite, the main entrance is at level 2.."

"haha yeah, are you new here?"

"hahah no.." sengih. tahan gelak.

"you just don't go to the library that much..."

"haha yeah." kantoi.

"just like me. U have finals? Goodluck with that. :)"

"yup. Thank you :)" Keluar lif, level 2.

walaupun bkn itu sbb ke library sbnrnya.
And i thought kos ni xpayah membaca. I thought wrong.

Pinjam satu lagi buku and beg putus. Berat I tell you. Patah bahu cheque.


Sempatlah ceroboh studio awal-awal sem hari tu. Ni hasil lepas portfolio day hari tu, board semua dah letak tepi. Plannya memanglah setiap hari nak ke studio buat sketching and rendering practice alih-alih pintu belakang dah dibaiki and tak boleh masuk dah. dah berkunci. Terpaksa ke library to work in peace.



***

Semester tiga, is almost coming to its end.
Tapi ada je yang dah balik for good, i mean, balik sebab exam diorang sebelum raya n dorang tak payah datang balik untuk amik exam. Kiranya boleh cuti terus sampai masuk tahun depan.

I still have BM paper to sit for.

Semester pendek ni, seronok. Tapi pejam celik pejam celik dah nak habis dah pun.

luls i don't always publish my camwhoring moments although i do that very, often. bahah. tapi untuk kelas BM yang cuma ada kita 4 orang je sisters, maka, nahlah. ada banyak lagi sebenarnya. hahah.

Kelas tilawah satu kelas dengan Kak Dena.. Ceh masa tak kenal suka hati je panggil Denabahrin. and Izzat Zaid, kawan Wani yang Wani pernah cerita pasal kisah antara diorang berdua dekat PLKN sebab nama. Pass 'Izzat loves Wani' and cikgu baca. Pastu ada brother nama Izzat dalam kelas tu. Hahah. How cute!... and yes, Izzat perempuan :)

And Amalina Rahim, kawan Aina yang pernah tanya macam-macam pasal mahallah ameenah masa nak masuk gombak dulu and I even sketched the floor plan to explain. HAHA



***

Keluar iftar dengan room mates and Izzati Mustaza.. Ceritanya nak gi makan burger bakar tapi tak bukak pulak time maghrib. So we ended up pergi KL Fest. Mula2 sampai ada orang bagi flyer Little Taiwan tapi tak terasa nak pergi pun. Hehs sekali semua kedai makan yang biasa pergi fully reserved. Alih2 lagi lebih kurang setengah jam nak berbuka kitorang ke Little Taiwan jugak akhirnya. ahaha. Not bad, kenyang lah. Chinese food, i like chinese. food. and look. eh. Pergi terawih dekat surau yang betul2 depan burger bakar luls keji terasa hahaha. Tp akhirnya dapatlah jugak merasa burger bakar. :P

 

Oh annnd annd annd buat Iftar Kejora!! Memula ingatkot macam kecil-kecilan lah, macam last year, among muslimat je sekali nak dekat 120 orang join! Syamil being the bilal, Amir Hamzah and Syahir Zul jadi imam for maghrib n tarawih prayers and Salam pulak bagi tazkirah after terawih. Free of charge, dewan makan sekolah, surau sekolah, those familiar faces,
It was a reunion sekolah indeed! :D

Annd andd I volunteered to prepare the door gifts kononnya dah cukup simple nak guna paperbag je buat door gifts sekali punyalah susah nak cari! Kat kawasan Gombak ni xjumpa, kat Penang pun tak de. Baca kat blog orang semua orang beli kat Mydin USJ. Dah tak larat nak main terjah-terjah setiap kedai yang probability nak ada tak tentu, I decided to just go there. Subang. Alone. My parents bukan jenis yang bagi keluar jalan sorang-sorang. Safety reason. I myself grew up to believe I must have a mahram with me kalau nak berjalan. Tp dah tak de orang available semua bizi, pergilah jugak. Nebes gak ah.

Tak sangka sampai malam. Went out after Zohor and took the public... Pukul 5 lebih baru sampai. Bapak ah macam balik Penang..! Disebabkan I do not know where to stop sbb tak familiar (LANGSUNG) bukak Waze sambil atas bas nak bajet berhenti dekat mana. LULS.

Waited at the wrong bus stop, jumpa orang tah sape baru bersembang sikit dah mintak no fon ohoh ampun mister, I don't give out numbers that easily to just random stranger espeseli guys walaupun you seem like a nice person. 

Dah malam. Batteri sangat low and I was about 40km away from my lihtehrahl comfort zone. Alone. wohoh. Personal achievement. *Pats own back*
Tapi kena selalu report dekat Mak lah. :D
Alhamdulillah ala kulli hal. Paperbags FOUUUNND~~~~


The event went well, alhamdulillah. Mula dengan retaaruf and usrah kejoraaa~~~! Tak prepare pun tapi, bantai je lah kan.

I love it that yang keluar after PMR pun join, iftar SixTens indeed. Taaruf sekali, Retaaruf buat yang dah kenal.. and I love that you don't really need to spend hours of catching up to feel reconnected, what matters is that they're in front of you and sihat, walafiat. :)

Antara tiga makhluk Allah, yang saya cinta. Completely different personalities and background. Sorang bakal ke UK, sorang sudah di Mesir, dua lagi di UIA tapi jarang beno berjumpanyaa.. 

"You know what I like about us four? We don't really have to macam, jerit-jerit bila berjumpa, it makes me feel like we've never been away pun, it felt just like yesterday je kita last jumpa." pp Aliaa.
In fact we have private fb group dulu buat sebab nak video conference.. and it stays sampai sekarang :)


Ihihi. Maryam didn't recognise me at first and took some time before she actually went  "Ya Allah Caje! Kami tak cam ampaa! Serious tadi kami tak cam!" and Aufa dengan Dayah Don was like, "Caje tak makan kaaaaa?" ekeke. What design did to people. 

Still, long way to go, long way to go.

DAAAAN. KAD RAYAAS!! Tahun ni tak sempat langsung nak hantar kad raya. But my studiomates buat projek kad raya and dorang buat.. HANDMADE! k rasa bersalah kalau x balas. I'll try my best walaupun nanti dah basi. hahah.

Sempat wish kat alam maya je. TK Atiqah cakap "aawh kalau tak mesti dapat kad awak kan. Takpe, nanti dah kerja hantar hamper raya sekali." hahah. pun bolehh. :D Anis Raihanah: "Eii Syaza! Every year awak tak pernah lupa wish Selamat Hari Raya!" hihi. Since 2002.

Kak fizah! Book mark raya!

Aina! Seriously beliau buat felt craft!

Kakem!! LOL at the statement.

Tahun ni first time beraya kat Melaka sampai lebih 4 hari and 2 kereta. Semua dah besar2. Haha. oh and ada BBQ lagi. :D
Baru perasan sebenarnya my cousins sebelah Melaka semua muka cina. Pfft after all these years.

Hari Raya first hari tu call Atok Ali and Wan Timah (Ali and Fatimah. Hiks) dekat penang, loud speaker satu kereta dengan Along, Yan and Adik. Apiq naik kereta dengan Mak, Abah and Wan Hasnah, wan Melaka.. You can tell from their voices how happy they were to receive that call :') Bagilah peluang anak-anak beraya suasana berbeza, say YES to nikah orang jauh-jauh. HAHAHA. k.
Kesian Along asyik kena attack dengan soalan pasal kawen sejak balik Malaysia. bahah. Takdelah kesian sangat, adik dia ni pun suka menyakat. What, I've always wanted to have a sister. :P

Ohh and Alooong is back for goodd and he gave gadgets to my other brothers and as for me Wacom Bamboo tablet and and andddd what I never thought I will evaaa own, Inkling!!! I'm a happy girl! hik2.
And guitar beliau otw untuk diship ke Malaysia. Goodness. Havaaanah~~

Tak terus balik Penang ikut family, I decided to balik UIA terus from Melaka.. Bolehlah nak buat some more sketching practices and uhuk uhuk study uhuk uhuk sikit for BM paper this thursday...

Zaty brought this! 

***

I actually miss spending hours and hours and hours and , hours on the computer, messing with the HTML codes, menghabiskan masa depan photoshop edit gambar orang, tshirt and button designing, ulang-ulang video clipping in making sure the audio fits perfectly. Lukis potret masa orang tengah tidur, just simply amek pensel, observe and start drawing real life image.
That, kind of stuff. Stuff yang kita ingat boleh buat bila-bila rasa nak buat.
To think of it memang my school life penuh dengan buat menda alah ni pun.
Benda yang kita willing nak spend masa, yang takde submission dateline. Oh wait, ada sebenarnya. Bila klien mintak untuk certain event, tapi, ni lain dengan bila lecturer mintak. 

Tak tahu nak salahkan masa.
Atau projek.
Atau pensyarah.

Atau bangau.

***

Dia yang selamba badak redah lopak lecak hujan
dengan kasut tak kira kasut kanvas sukan,
atau kasut kulit sekolah,
bila orang lain semua cari jalan jauh elak kebasahan.

Dia yang berani bertarung (pfft) dengan serangga terbang,
yang watlek watkul watpis nampak ulat atau ular sekalipun
bila orang lain semua menjerit-jerit mintak tolong macam dunia nak kiamat.

Dia yang orang tegur tak reti nak marah ke,
bila orang lain dah menggelegak.

Dia yang selalu ke depan bersuara
bila orang lain rasa mulut terkunci lidah terkelu minda tersekat.

Dia yang bila dihadapkan dengan pilihan urgensi,
yang suka buat kerja gila tanpa sedar atau sebenarnya sedar,
suka sangat ambil keputusan yang lebih berisiko,
berkeras mencuba saat orang lain dah mula putus harap.

Dia yang sama,
takut kucing.
dan masih belum berani putar stereng kereta.

Till then. 
 
Design by Pocket