Ziarah

ATTENTION : You will need to click on the title of each article to read the full post, yang mana rasa macam tergantung..

Melayu Malaysia beragama Islam.

Monday, August 26, 2013

Assalamualaikum.

Semester lepas, kelas UNGS - Islamic Worldview dengan  Dr. Salah Machouche. Tak sure mana satu nama depan mana satu nama belakang sebenarnya. Tapi saya panggil Ustaz Machouce je. Sem sebelumnya, kelas QSBE - Quran, Sunnah and Built Environment dengan Dr. Spahic Omer.

I have to say, these two classes were my favourite classes besides History of Arts and History of Islamic Arts dengan Madam Harlina (recently dapat Assoc. Prof, tapi sebab dah terbiasa sepanjang sem 1, dan rasa lebih mesra guna Madam..).. kenapa? Sebab lecturer-lecturer yang disebutkan ni, lain daripada yang lain. The way they make us think, the way they put things into perspectives.

Banyak kalau nak cerita satu-satu tapi ringkasnya ada pensyarah macam ni, khususnya pensyarah yang bukan dari Malaysia atau yang hidupnya bukan revolves around Malaysia semata-mata, selalunya berjaya bawak kita, well at least, saya, untuk berfikir tentang sesuatu isu harian, luar dari adat dan kebiasaan.

Reminds me of Fatih Seferagic when asked beliau ada sebarang food routine tak nak make sure hafalan tak hilang? He smiled and said "You know, I've never encountered this kind of question, until I came here."

Hehes.
"I love food. In fact I just had some pizza hut before I came here (the convention). If you ask me, I would say no. What food you eat does not really matter, what matter is that you keep on reviewing your memorisation."

***
Tawazun. Balance.

Ustaz Machouce pernah tanya, sambil lukis simbol dacing di papan putih.
"So we've heard a lot of people saying we must keep Dunya and Akhirah balanced. Now tell me, you know in order to make it balanced, it should be 50 on this side, another 50 on that side. Correct?"

Seimbangkan dunia akhirat, kata orang. Tapi kalau seimbang maksudnya kena sama berat. Kalau percent, maka 50% dunia dan 50% akhirat.

Angguk.

"Now tell me, is the value of Akhirah equal to the value of this Dunya?"

Sama ke nilainya? Semua senyap.

"You claim that Akhirat is a whole lot greater in value vis-a-vis Dunya, but why would you put them equally? Why would you give the same amount of effort in doing worldly things as you would in Akhirat matters?"

Wo ho.

Kalau ikut pemahaman kita tentang keseimbangan, maka benarlah, bahagikan sama rata. Dalam kes ni, dua benda - Dunia dan Akhirat.

Ceritanya, kalau saya beribadah dengan membaca al-Quran, bertasbih, tahmid dan tahlil, solat tanpa henti selama 12 jam atas alasan semua ini ibadah untuk saham akhirah, maka malamnya saya perlu ke kelab-kelab malam untuk enjoy, bekerja depan komputer kalau tak nanti takde duit nak sara hidup.
Kata balance, kan?

One of us said, "We should work 50% for Dunia and 100% for Akhirah.."
Ustaz replied, "That would be 150%.. Let us not run from the fact that 50:50 is a balanced ratio.."

Satu kelas diam lagi, tak tahu nak cakap apa. Hah selama ni kemain canang seimbang dunia akhirat, maka apa pemahaman kita sebenarnya?

The answer is, to make sure the Dunia thing we're doing is something that we can invest in the Akhirat.
Got it? Contoh, macam kita kerja pejabat 9-5. Ini benda dunia. Kita mesti kerja, kalau tak kerja nanti mana nak dapat gaji , macam mana nak sara hidup, macam mana nak terus hidup kat dunia ni? Tapi kalau kerja kita tu patuh syarak, kita buat apa yang Allah suruh (tutup aurat for example) dan tinggalkan benda yang Allah larang (mengumpat, ekhem) .. kerja duniawi kita tu boleh bawak kita ingat kat Allah then there you have it, ratio kekal mathematically balanced, tapi priority tetap dapat pada saham akhirat akhirnya. The end. :D

Senang kata, fahamkan bahawa setiap inci kehidupan kita adalah ibadah. :)

***
Jujurnya, saya tak faham dengan rasional membenci penggunaan kata ganti diri Ana-Enta/Enti dalam perbualan seharian, ATAS justifikasi kita orang Melayu, ada di Malaysia, cakap Melayu sudahlah.

Like, seriously?

I mean, I can understand kalau tak berapa gemar nak guna bahasa diri macam tu sebab rasa geli-geleman ke apa, just like I feel using I-You in a Malay conversation. Tapi just sebab tu - sebab kita ni orang Melayu dan kita sekarang ada dekat Malaysia maka penggunaan bahasa diri dalam Bahasa Arab cuma buat diri terasa Islamis? What's up with this?
Walaupun secara peribadi saya rasa janggal menggunakan bahasa diri I-You tapi takdelah sampai nak gi kat muka dia cakap "Guna Hamba-Tuan hamba lah saudara, kita kan Melayu." Ok exaggerating. I do have this problem, nak guna bahasa diri apa bila bercakap tapi let's put that aside dulu.

Grow up lah Malay Muslims living in Malaysia. Kita tak pernah habis masalah persepsi siapa lebih beriman dan siapa lebih banyak setannya, kan? Just by simply looking at how an individual brings themselves cepat cepat kita classify si polan ini kategori itu, si polan ini kategori ini, begitu dan begini.

Antara topik lain yang sangat popular dalam bab ni, is which tudung style signifies the wearer being in a holier position than the other?

Seolah-olah ada garis nombor.

Tudung labuh bulat berjahit tengah lebih baik daripada tudung labuh bidang 60 dipin terus atas bawah yang in turn lebih baik daripada yang dipin selempang, di akhirnya mungkin bidang tudung 45 atau shawl yang berusaha dililitkan bagi as labuh and as longgar as it can be.

"Oh dia ni tak istiqomah bertudung labuh bulat."
"Oh dulu dia pakai tudung bidang 60, sekarang tudung bidang 50 je.."
"Saya belum berani untuk pakai tudung labuh..."

Aiyayai.
As I constantly fikir pasal ni, then bamm I saw this post on Facebook. Thhhhank you sis Amena for the video and sis Aneesah for the review. Akhirnya. Kita tak pandai nak letak in words tu yang macam excited gila when someone else took everything right out of our mouths..!

Makes me wonder, dekat Malaysia je ke ada masalah persepsi macam ni, ke macam mana?

Masalah bahasa diri? Kiranya kalau guna Ana-Enta lebih tsiqohlah? Habis dah kalau dekat negara arab dan ustaznya bercakap bahasa Arab sepenuhnya, maka ana-antum lah jadinya. Dan kalau ustaz itu sheikh di negara barat dan berkomunikasi penuh dalam bahasa Inggeris maka I-You lah jadi bahasa dirinya.

Masalah style tudung? Sepertinya muslimah pakai shawl berlilit-lilit ini kurang tsiqohnya berbanding yang bertudung labuh bulat. Kalau negara lain yang memang hijabnya didefinisikan dengan shawl, maka seorang ustazah dengan ilmu agama yang terang-terang lebih mendalam pun kita akan nampak berhijab dengan pashmina. Kalau di negara itu hijabnya tudung Turki dan tiada style lain, maka tak dinafikan begitu jugalah gambaran figura yang beragama dekat kawasan tu. It's cultural.

Kisahnya this is what I think, dalam Al-Quran dan Hadith takde cerita macam mana nak jahit tudung instead, diberi panduan to fulfil a certain criteria. Tidak jarang, labuh melepasi dada, tidak menyerupai lelaki dan sebagainya. Panduan. Guide. Bukan macam answer scheme untuk soalan objektif. Sebab tu manusia diciptakan punya akal, untuk digunakan menimbang baik buruk, is it approved or is it not, and all that.

I see the problem. Kita banyak variasi, xde satu identiti yang signifikan macam tempat lain, barangkali. Let's not see this as a problem, though. Should be cherished but at the same time, tolong jangan sempitkan pemikiran.



Seolah-olah Islamophobic, 
walhal dikelilingi komuniti yang majoritinya Muslim.
Spesies nak manusia kalau satu rumpun itu biar sama saja patternnya, 
langsung tak boleh nak raikan perbezaan pun payah jugak.
Oh well.


Ah satu lagi tambahan alang-alang pasal tudung: Bila orang buat perbandingan orang yang bertudung dengan yang tak bertudung macam ayam yang ada bulu gebu dengan ayam togel. i was like, If I agree to this, am I actually saying that when I'm at home with my mahram and not wearing the hijab, I, also look like ayam togel? We are equally beautiful, physically. Cuma the hijabbed choose to whom dia nak bagi permission untuk tengok dia punya beauty. 

Yes, I understand tujuan that kind of post is to show how wearing the hijab protects the Muslimah, but
you know, when it comes to suruhan Allah, logical reasoning based on the surrounding may give some clues and enlightenment to some people, no doubt, but it alone is never adequate. Manusia, cara penerimaannya berbeza. Kenali mad'u.



Spreading dakwah is an art indeed. Sebagai dai'e (yang menyampaikan), tak guna syok sendiri dengan artpiece kita tapi orang tak faham mesej kita. But bila kita jadi mad'u(yang disampaikan) it also depends on how we see things. Tolerance. Win-win.


'Ala kulli hal, 
saying one is being judgemental somehow makes me one, no?
tugas kita tetap untuk menyampaikan, 
tapi ramai pilih untuk menghukum.

Till then.

Aah by the way, Lai lai lai~~~ 
Ayuh meriahkan SENI JALANAN, KAEDFEST'13 !

Ramai-ramai click 'going' yuk!
https://www.facebook.com/events/427983953989641/


and and and we're looking for wall artists untuk conteng dinding KAED. haha..
dan sesape yg berminat utk tunjuk live demo graffiti, nak share skill installation bertemakan pop-art, tafaddhol~!

2 org bernyanyi riang.:

A/p Zulkipli said...

la ni i tengah cari bakal somi yang tak kisah i pakai shawl ke tudung bulat ke tuala mandi ke karpet ke apa.

k tak ilmiah sangat komen ni. ksalam

Syaza Suraini said...

*bayang aina pakai karpet atas pala. nak karpet bawah keras ke yg lembut je? haha*

ahah maka dengan ini hamba selaku pemilik blog mendoakan yang baik-baik belaka. moga dipermudah segala urusan tuan hamba. :P

ahaks. kwsalam.

 
Design by Pocket