Ziarah

ATTENTION : You will need to click on the title of each article to read the full post, yang mana rasa macam tergantung..

Ikat.

Tuesday, December 23, 2014





Ntah kenapa agaknya, saya sayang benar manusia-manusia atas ni. 

Sampai orang tanya tak boleh move on lagi ke? Dah lama dah projek tu. Dah lebih setahun.
Sampai mungkin orang lain rimas tengok bila kitorang bergambar sekali, once in a while. 
Ya iyalah, selalu saja tersama baju. Kalau tak sama pun, termatching here and there semua sekali.

Nak kata ke hulu ke hilir selalu, tak juga. Ada yang jauh di negeri lain, even.
Nak kata sentiasa agree on all things saja, tak juga. Tak. Ada juga bertelagah tak sependapat.
Nak kata selalu berkumpul cukup kuorum, tak juga. Lain bidang kerja.

Kalau ada rasa tak sedap hati siang tu, then bam something happens that very night. 
One after another akan open up dan cerita sesuatu.
Cerita sesuatu yang  secara tak langsung akan jadi peringatan untuk diri sendiri.
Cerita, dengan cara sendiri.

Siapa lagi tanya tujuan hidup jam 1 pagi? Saat hampir putus asa dengan final critic session, Allah hantar teguran terbias pada soalan seorang teman. 
Soalan yang selalunya cukup tak suka nak jawab, sebab kebiasaannya yang bertanya tu sebenarnya dah genggam satu skema jawapan, tunggu kita nak cakap dengan mulut kita sendiri. Buat kita jadi jelek nak jawab kalau tak de hati, kalau tak betul2 maknakan. 
Tapi kali ni bukan ditanya sebab protokol usrah sesi pertama, tapi betul-betul ingin bertanya. 
Maka kita pun betul-betul ambil masa sekejap untuk ponder dan tanya diri sendiri.

Siapa lagi yang patah depan kita tapi kita tak mampu buat apa?
Cuba itu ini, masih tak berhasil.  Sampai terpaksa berundur dan cuma mampu berharap. 
Sekadar mampu percaya Tuhan ada, mampu percaya dia boleh.
Kena percaya.  
At times like this, terasa diuji diri, sejauh mana kau benar-benar percaya?

Siapa lagi yang cuba kuat depan kita, walaupun kadang-kadang kita nampak dia dengan tisu di tangan. Walau kadang-kadang muka sembam menangis tapi katanya sebab tak cukup tidur. 
Yang hari-hari macam takde apa berlaku tapi kadang-kadang kita nampak dia tunduk, mampir, ada titis titis air mata pada cutting mat. 
Dan dia terus kuat. insist nak fokus pada kerja, cerita peribadi nanti akan dia ceritakan, katanya. 
"sambil gosok putty, gosok hati."

Siapa lagi yang buat kita berhati-hati dengan emosinya yang unpredictable? 
Yang sekali sekala secara kasarnya macam dia tengah marah kita tapi sebenarnya tengah push kita.
Yang buat kita sentap dengan statement-statement spontannya. 
Yang buat kita fikir.  
Yang selalu pilih untuk selesaikan hal sendiri tapi akan ada saja masanya broke down merengek. hee.

--
"Kenapa ya, selalu masa yang sama? 
Allah susun timing tu elok je, untuk akak pun cerita sama agaknya."
--
"Macam hati kita dekat aje."
--

Inner struggles. Each and everyone. 
Takde apa yang mampu saya tolong.
"I'll keep reminding, if that's the only thing I ever do."
But all of them have been reminding me every now and then, of life.

Setiap sorang ada cerita. 
Ada cerita patah yang menyembuhkan.
Ada cerita damai yang menguatkan. 

Allahu. 
Things aren't the same. Tapi sungguh, rindu sebenarnya.
Berharga sangat. Tak tahu nak cakap macam mana. 

Ntah kenapa agaknya, saya sayang benar manusia-manusia atas ni.

#np Song For a Friend

Climb up over the top.
Survey the state of the soul.
You've got to find out for yourself whether or not you're truly trying.

. . .

Sunday, September 14, 2014


"Ada amanah hanya pantas untuk dirimu. Yang jika dihimpunkan atas bahu manusia lain, bakal hancur menjadi serpih kecil di udara. Tak tertahankan untuk menanggung, meski di matamu kekuatan mereka kelihatan sekokoh pasakan gunung, berbeda jauh bbnding dirimu." TC.

Maka terpesan pada diri, jgn dilihat si polan itu "kuatnya dia, tak macam aku." Tahulah kita pun sama kuat. Ok mungkin tak. Kita mmg diciptakan lemah, tapi kita dikuatkan. Dan sumber kekuatan itu, akhirnya sama.

---



Bila berdepan dengan pilihan. Dan keputusan dibuat. 
Dan tak tahu apa benar tindakan yang diambil? Rasa dihantui.

Ada beberapa hal yang dahulunya kuat dibentak, beria-ia saya menolak. Tapi seiring masa, perlahan-lahan mula cuba untuk faham dan terima satu dua sisi, melalui sudut pandang yang berbeza drpd kebiasaan.

Justifikasi yang diberi pada diri, dahulunya sekadar teori, sekarang soalan dibentang depan mata menuntut amali, maka ada lainnya.
Yang kita ini hidup bersama-sama manusia, sebagai manusia,
bukan malaikat. bukan juga syaitan.

Tapi bimbang, kalau semuanya lebih kepada semata-mata mahu mengiakan emosi, memberatkan neraca empati.



tuhan, pandulah.


---

If you can't blow your own, don't go and burst others.



---

Been reminded of a fact, through so many random events and people, things, even - the fact that how highly people see us from afar while we ourselves know that we deserve much (much) lower expectation instead, is a gentle reminder of how immensely Allah hides our sins, way farther away from their view.

Kita sendiri tahu diri kita. Kan. We can be as humble as the lowly Earth and deny the praises totally but a friend once told me, we can always take the good words as a countless shower of du'aa. walaupun kita sedar tak layak.

Bottom line is how we perceive things.
Strive ahead, and shine our way."


---

"Kuatnya telehati."
Kuat.
"Soal hati ni hang jangan main-main."



-

Hati-hati, dengan hati. Niat kita dalam hati yang cuma Tuhan je tahu itu, terlalu seni sampai kita sendiri selalu terlepas pandang.


Lekat gambaq dan nota sikit dulu.

Wednesday, September 3, 2014

Emosi teruji sikit dua tiga menjak ni
Sebab dua benda ni lah.
Multidip and Heritage.
KAH.

hahah.
Ayuh. Gambar2 dulu. Cerita Semester Two pun belum menyempat lagi. *nangis sudut bilik*


Raya tahun ni, biru lagi. Mak pilih. Jangan salahkan ambe koleksi baju biru bertambah. Hewhew

Multidip:


panjat bumbung KAED hari final crit. sebab dah lebih 48 jam tak tidur and I had to tahan lagi beberapa jam sebelum shut down, so ikut manusia2 ni panjat rooftop KAED. jyeah.


Hari final presentation. Presented dengan Zikri our PM and Illy. Our company namanya Vector Associates. Busy tak busy jangan tanya. 
BESAAAAAQ TAU DAK DEPA PI PRINT 6 KEPING AO PORTRAIT SEAMLESS!!! hahah. 
boleh bentang buat solat jemaah 10 orang sekali.


Heritej:

\
Tak bawak kamera. Cuma guna fon yang gambar amek pegang sebelah tangan je. Rushing. Lepas tu gambar dengan kawan-kawan banyak menyelit selfie org je dan mengharapkan transfer atau whatsapp. huuu


Gambar Hakim ni boleh menang award yg paling banyak direpost, 
padahal hari tu tak cukup 5 org sbb sakit.






In between:

anyonyo. paradox?

finally got to meet Asma! ohhh ini panjang ceritanya!
Till then. ^^

To let go, or to lose.

Tuesday, July 29, 2014

CERAPEN.
quick punya:
Dingin hujan. Bacaan terhenti. Mata pandang redup kawan duduk semeja yang dari tadi asyik termenung. 
"Kau okay tak ni? Tak sentuh pun kopi tu. Baik takyah order kopi panas." Sambung baca. 
Tersentak dari lamunan. "To let go or to lose?" Tiba-tiba menyoal. 
'Dah agak dah. Ada lah tu benda dia fikir.' "How bout this - to let go 'and' to lose?" Senyum senget. Provok. 
"Oh." Gamam. "That would hurt too, even more." 
"Then pick." 
"At the moment, I don't even think I have a choice." Hirup sekali.
Buku ditelangkupkan. "I tell you what, you let go when you're ready. And losing, is when you least expected it to happen. It's a matter of heart, and don't burden yours." 
Diam. "Then I guess I've lost?" 
"How u see it." Shrugged. 
"Shish. At least some motivation, come on." Tangan tolak bahu kawan tadi. Tak sempat dia tepis. Gelak. Senafas.
"How you see things." Angkat bahu lagi. Smirked. Bangun. Cawan kertas yang cuma tinggal coffee stain diangkat dari meja. 
Termenung dalam-dalam sampai tembus cawan yang dah suam. Sipped. 
"Oi. I'm off now. You're coming along? Nak lebat dah ni." Sarung kot hujan. 
"Sure." Half a cuppa jet black coffee on the table. 
Dingin hujan dengan hangat kopi benar-benar buat perbualan hari tu tersemat elok dalam kepala otak dia. Ingat sangat.


  cred



***
"Ingat tak dulu...yang....." Faces. Puzzled."Tak ingatlah tu.. Nevermind." Sigh.

Sometimes it's hard for myself to be the only one who remembers. Well most of the time it's creepy enough for some people. Well I don't blame them , tho. mmg creepy pun. Till I decide to just.. pretend I don't remember. Bagi ruang untuk orang bercerita, or longgarkan sikit the creep I'm giving to other people walaupun sebenarnya masih terbayang jelas dan nyata visual satu-satu peristiwa tu berlaku.
-
"You will never forget this huh, Caje?"
"Em. People forget. Sooner or later."
"Nah, no not you."
Mungkin.
Mungkin tak.

Kadang-kadang takut andai ditakdirkan ada masalah memori dan lupa semuanya. Tapi fikir balik, do other people actually care if I .. forge(o)t?


---

Dulu dekat sekolah ambe ni pendiam orangnya dan jenis yg bottle up je. Tapi bottle up tu,dalam konteks sesama manusia berdepan depan.. kalau nk kata kategori byk cakap pun, sllnya among kawan2 yg ckp kl jugak. k. sedihkan. haha. but I have my other world. eh ye ye je other world. Tapi ye lah, bila nak cakap apa apa yang tak tahu nak cerita dekat sape, terus blog. Orang yang baca je tahu tapi followernya dulu bkan yang kita kenal betul pun in real life so xde lah rasa mcm memberatkan kepala dgn cerita kita. Terpulanglah nk kisah ke tak kan. Tapi sekarang rasa macam selalu je share dengan orang even the littlest thing. Selalunya bkan pasal diri sendirilah. Kalau pasal diri sendiri rasa mcm "Er. Korang nak tahu ke?" "Er, takde org nk tahu kot. Tak menarik" Leuls. Tapi kadang-kadang tak perasan, mungkin tercerita jugak.

Dari zaman sekolah lagi orang yg akn dtg dan bercerita. Even yang tak rapat langsng pun, they would come, and I would listen. and I feel honoured, alhamdlillah.
 Sebenarnya they are pouring into my bottle since it's not like I'm gonna tell other people pun. Sampai satu masa I guess, the bottle was almost full and I begin pouring some for other people around.. rasa nak share, sbb rasa mcm semua org boleh benefit. Might quench their thirst, who knows?

I'd say that would be masa dekat CFS. sebab apa? masa tu dah mula bizi sampai tak sempat nk blog, tapi rasa mcm nk cerita jgak so end up cerita saja pada orang terdekat. dan rasanya sebab lainnya sebab loghat. I'd rather diam daripada bersuara and tarik perhatian orang because of my 'alien' dialect. Tapi once dah masuk asasi, the barrier is gone dan rasanya masa tulah semakin selesa berkongsi cerita dengan orang. Not realising some of them too have bottles that were already almost full and didn't wish to get more from me.

Only when I found out the spilling got overboard, I told myself I need to stop. Don't spill too much, dear self. You could only find yourself having a hard time to clean the mess up if things went wrong, and things went wrong.

Well I guess until I find another empty bottle, I should just keep mine full, and sealed. Pandai-pandai cari ruang sendiri jangan banjirkan botol orang. 

---
"Lamanya tak duduk dengan korang macam ni. Korang, sometimes I wonder, what if I go back to becoming the reserved one yg xbyk cakap, yg prefer diam je..?"
Qila pandang. Faham. Ayu dah buat muka. Qila cakap,
 "You know Ayu..Caje and I, we actually share a pretty similar high school experience.."
"Tapi kitorang tak tahu pun cerita masing-masing into the details, sebenarnya, but we understand pretty much how both of us are feeling."

Diam lagi tunggu Qila. Rasa macam tak perlu cerita apa-apa, I think she knew what to say.
"Caje. Saya pun dulu remember everything but overtime I choose to forget. Sometimes what happened that very minute is meant to be on that very minute je. Kholas. Tutup cerita..."
But I don't wanna forget. Dalam hati.
"At some points you have to discard things.."
Separa akur.
"It's much better to forget and smile, than to remember and be sad." Ye?

---
"Akak tahu tak haritu measuring tape Syaza tak lepas security Penang Airport!! Sedih!! Serius, sedih tahap boleh menangis, Syaza rasa."
"Mesti sentimental value kan..."
"Ha ahh.. Dahlah kena paksa beli dlu dengan Bro Ariff. Syaza tengok measuring tape tu, terus terimbau2 masa kita kena measure KAED dulu, kenangan kot..."
"Syaza ni,akak rasa kena buang sikit sentimental tu.. Hahah." Kak Hawa berseloroh, tapi tetap sentap sebab lately asyik fikir pasal being sentimental.
"Kan? Rasanyalah.
Kak hawa, kalau Syaza cakap Syaza ni pendiam dekat sekolah, akak percaya?" Pandang bawah. Main tudung.
"Percaya.." Kak hawa senyum. Damainya tengok.
"Eh?rasa mcm dah byk cakap sangat sekarang.." Pandang bangunan seberang. Takreti cakap benda-benda gini depan2..  kang okwed. Hahah k.
"Syaza,bila bercerita,Syaza share pasal orang, Syaza happy pasal orang. Tapi jaranglah akak rasa, Syaza share pasal Syaza sendiri."
Oh. Terharu jap sebenarnya sbb tu bnda kecik2, I seldom got people telling me macam mana saya sebenarnya di mata diorang. haha.
"Itulah. Tapi lately macam apa Syaza share, bebankan orang tanpa sedar."
"Takde apalah Syaza. Kan Syaza cakap, bergantung pada kita sendiri bila tengok satu2 benda. Macam kalau Syaza cerita dekat akak, tanggungjawab akaklah untuk ambik sisi baik dari cerita tu, buat pengajaran."

Sayang kakak saya seorang ni. Masa tengah rasa serabut dia boleh tenang lagi nasihatkan orang. Tenang je.


---
Tapi ntahlah. I guess I should, slow down dlu? Kembali kurangkan bercakap dan lebihkan mendengar je. Macam dlu.
Sebab perspektif semua orang berbeza.
Sedihlah kalau what seems to be a blisful blessing to me somehow jadi burden untuk orang lain.
benda yang kita ingat normal je, rupanya ada orang rasa tak senang hati,
benda yang kita tak terlintas nak ckp inilah yang terbaik, rupanya ada org fikir macam tu,
Taknaklah macam tu..
Ya iyalah.
Maybe listeners, are born to be, listeners. Not to be listened.
Or maybe that would be applicable to just, me.

Mungkin perlu kembali berbicara sama cermin.
Mirror on the wall, here we are again 
Through my rise and fall 
You've been my only friend 
You told me that they can understand the man I am 
So why are we here 
talkin' to each other again?

Tapi kan sebenarnya, susah nak buat-buat lupa when I can clearly replay the visual bila sesuatu perkara tu berlaku. kbai. lalala~ kbai. 

Harapan.

Sunday, June 29, 2014

"The past matters, but only as a reference point untuk tengok sejauh mana kita dah berubah." Tak perlu buang jauh-jauh, takut nanti kalau terbuang terus, kita lupa benda tu salah, dan kita asyik ulang balik... Tapi macam mana pun sebenarnya, memang kita takkan kebal daripada dosa.

Cuma asasnya yang kita selalu lupa, our sins can never be greater than Allah's mercy.
Minta.
Seek.
"When God puts you in a situation where no one can help, He really means business - one on One."
***

"Kekadang kita rasa benda tu musibah, tp benda tu sbenarnya perancangan Allah, kan? Nak ajar kita something untuk... get better."
"..untuk luruskan niat..untuk baiki diri.."
"..untuk bersihkan hati.. untuk menjadi seorang insan, individu muslim yang lebih baik.."
Kerana akhirnya menjadi baik itu fitrah.

***
"Hidup, kalau takde masalah, takdelah muhasabah."

***
"Datang talk semua ni, tapi sentap masa tu je lah. Lepas tu lupa balik. Muhasabah, lepas tu menangis sekejap lah.. then you know lah.."
"We human, we forget. We need to always be reminded. Keep me in your du'aa."
"Keep me in yours."

 --- note to self, and whoever is reading. Ramadhan kareem, Allahu akram. :)


kasut ambe jangan dibuang.

Saturday, June 21, 2014

Segala pengalaman hidup, segala ceritera suka duka,
mahu saja dikongsikan dengan teman-teman seperjuangan di sekolah dahulu.
mahu saja diluahkan segala persoalan, segala rasa khuatir, rasa bersalah.
i wanna meet them so so badly, dan ceritakan semuanya.

tapi, kalian.. tahu? I'm still so afraid that you'd too, be among the... judges.
kerana akhirnya, environment kita, tetap berbeza.

ntah. tak tahu kalau nk cerita, nak cerita dekat siapa.
in the end, cerita-cerita, luah-meluah dengan diorang, yang at least berkongsi 'saiz' kasut yang sama,
walaupun tak kongsi kasut tu sndiri.
at least they know, a tiiiiny bit of what it's like to walk in this particular size of shoes.

daripada yang tengok kasut dari balik tingkap kaca.
atau yang sekadar tengok kita beli kasut.
atau yang sempat tengok kita pakai, sampai melecet sekalipun.

ntahlah.
kawan, sungguh, saya mahu percaya kalian tak akan mengecewakan saya andai saya ceritakan segalanya.
sungguh, saya tahu teman-teman saya bukan jenisnya suka menghukum itu dan ini.
tapi sungguh yang sedikit pasti, kalian tetap takkan faham sepenuhnya.

tapi tetap saya risau benda yang saya takut, jadi jugak.
saya tak mahu jadinya nanti, saya pinjamkan kasut saya pada kalian,
kalian cuba .
dan kalian lihat kondisinya, lusuh amat barangkali, dan kalian terus buang jauh. tinggalkan saya tak berkasut.
nak cari balik kasut tu satu hal. nak beli kasut baru satu hal.

kasut kecik ni, jumpa tepi jalan. tak bertuan. 
. . .

amende ambe merepek ni.
kbai.

Of Semester 2...Year 2... eh tak.... belum, belum lagi.

Saturday, June 7, 2014

Sebenarnya dah seminggu cuti, qadha tidoq, makan dan makan mengumpul kembali lemak-lemak yang hilang. Eh.
Leuls.
Esok. Esok. Esokkk is the day~~! InsyaAllahhh
Akhirnyaaa the first one in the batch to get married~~~
Barakallahulahuma Ilah dan pasangan~~ 

Status  muka buku untuk ditempek buat sementara waktu, till then!

Hiks. Dah habis exam. 
Ethics and Fiqh for Everyday Life. 
Hihi yep no kulliyah-required final paper this semester~~~ 

***
Ramadhan's coming insyaAllah, lebih kurang sebulan lagi. Moga berkesempatan.

Once, dalam salah satu kelas ni, Dr Abbas pernah cakap;
"Ramadhan is where people somehow transformed into angelic beings,
and there's nothing wrong with that..
As long as we are still breathing, we still have the time to clean, to purify ourselves." Paraphrased.

kan. 
"Don't try to stop someone who is so enthusiastic for their deen."
Don't mock a person's effort to become their better selves, bila-bila pun, mana-mana pun. Kalau nak menegur, biarlah kena caranya. Just, don't ridicule, drop the sarcasm. Let's not be cynical and skeptical in this.
"When akhlak is missing, it causes arrogance. That's when we act as if we're the only one entering Jannah. The Prophet s.a.w, was not like that."

"Know what being conceited is? It's when someone's head is expanding while the brain is shrinking."

Surround ourselves with positive people, or be the positive one.
Dah namanya hati, susceptible to changes.
Sentiasa berbolak-balik.
Be it a change for the better, or even for the worse, it's still a change.
Maka doa, dan terus doa moga terus-terusan terarah kepada kebaikan. Untuk diri sendiri, dan untuk yang dicintai.
Untuk semua.

***
Orang selalu ingat soal hati ni benda remeh, benda leleh je.
"A la wa inna fil jasadi mudhghatan.."
Bahawa di dalam tubuh itu ada seketul daging..
"..iza solahat, solahal jasadu kulluhu"
Bila ia elok, maka eloklah seluruh tubuh.
"..wa iza fasadat, fasadal jasadu kulluhu,"
Jika ia binasa, binasalah satu jasad.
a la wa hiya, al Qalb."
Truly it is the heart.

***
End, of Semester 2, Year 2.
Alhamdulillah 'ala kulli hal.



From my doodle account, duudle @ instagram

O The Turner of hearts, make my heart steadfast and firm upon your deen. || 
Wahai (Tuhan) yang membolak-balikkan hati, teguhkan hati kami pada agamamu

The Fault In Our Stars - Troye Sivan (Official Music Video)

Tuesday, May 27, 2014





Bak kata Aliaa dan Makcik Azian dulu, (when he was around 12-13 back then) 

beliau ni ala-ala michael buble..

Orang tamak tak selalunya rugi.

Thursday, May 22, 2014

Nak cerita satu:

A friend said, "Orang tamak selalu rugi. Bagai anjing dan bayang-bayang..." "Buku cerita waktu tadika."

Then another friend, "Zaman sekarang orang tamak untung besar."

One of us then replied "I setuju."

The first one then said, "Saya perlukan contoh bagaimana orang tamak untung besar."

I was about to reply based on the typical tamak dengki mendengki sesama kawan, mungkin untung besar tapi untung tu sementara je yadda yadda when this friend of mine went,
"Tamak melakukan kebajikan?"

oh wow. just, wow.
what a perspective.

***
Terima kasih kalian untuk malam tadi.
Untuk hari-hari sebelumnya.
Untuk hari-hari mendatang, insyaAllah.

The phrase 'Jauh takpe doa tu sampai' means a lot more after last night pny unintended muhasabah moment.
When you look at it dari sudut yang sangat berbeza.
When it's not just jauh sekadar jauh dari mata tapi tahu masih ada.
When you merge, yang hidup dan yang dah pergi.
Isk. Nak nangis. Terus mesej mak abah..

Ya Allah. Entahlah. Nak cerita semua rasa macam kena buat buku je. Haha.
Berterabur gelong macam mana pun tapi ada je the wisdom behind every word.
Konversasi yang pasti akan berakhir dengan doa dan harapan.
Yang bermadah, yang direct, yang berdiam..
Saling belajar, saling mengajar.

Embedded image permalink

Kawan-kawan saya kuat. Saya kena kuat jugak.

I feel so blessed to have our paths crossed. You guys are awesome.

Now tell me how can I ever, move on?
How can I ever, forget those lovely souls Allah let me meet?
Nauzubillahiminzalik, dah cakap kan, tak nak lupa..

"Selagi ada hayat, selagi kepala boleh ingat, kenangan akan kekal terpahat."

Tentang hidup dan mati. Tentang jiwa. (uuu k.)

Saturday, April 19, 2014



AlHaqq. Talent by Aaminah F. Leulz. Kebenaran. Semua org tgh mencari2. Ok ada bbrp benda nak cakap yg mgkin xberkait pun antara satu sama lain. Here goes.

Nah. Calon penghuni neraka yang mungkin secara sedar atau tidak, pernah kita senaraikan, sekarang seronok berbicara tentang cinta dan kasih Tuhan. Penghujung cerita kita, baikkah atau burukkah, cuma akan kita tahu bila ia akhirnya tiba.

***
Dah namanya hati, susceptible to changes. Sentiasa berbolak balik. Changing for the better or even for the worse, it's still a change. Maka doa, dan terus doa moga terus-terusan terarah kepada kebaikan. Untuk diri sendiri, dan untuk yang dicintai.

***
Rindukan suasana dalam lingkungan manusia yang sentiasa nampak harapan dalam diri dan orang lain.

***
Penatlah cakap-cakap belakang. Kawan, kan?

***
Though broken, a thing may still grow. as long as it's still alive. a heart, for example.

***
Kirimkan pada Tuhan air mata, saat mulut tak mampu lagi berbicara.

***

Ok. Quick post. Tapi bakal panjang. Oh well. May it benefit.

Kisahnya merempat luar computer lab untuk kelas pagi tadi, lecturer tak datang lagi. 
Sembang random stuff dgn a very good friend of mine sambil prepare presentation untuk kelas 
malam ni.

Then another friend came, "Korang sembang pasal apa?"
"Haaa. Pasal hidup dan mati. Hidup untuk mati ke, mati untuk hidup..?" Spontan, tetiba terkeluar. Padahal tak intended pun topik tu. Saje je main-main.

"Ish korang ni.. Fikir mcm ni can drive someone crazy, tahu? That's why I refuse to think about it." He said.

Perasan mood dah serius. "Biasalah tu. Benda2 ni kita xtahu, benda limited.." I said.

but then he continued and it gets deeper. "I once read, kita semua kan tgh phase mencari, tgh searching, they say it's when you've found the meaning of life, that's when you die."

"Uuu. Deep. Kan. Macam, THAT is the beginning of life." Diam.

"Penatlah hidup mcm ni." Beliau meluah. Kerja. Kerja. Kerja. Puaskan hati orang.




"Nnt nak kerja dlm bidang ni?" I asked.

"Ntahlah. Ramai je yg berjaya, bkn dgn degree diorg pun. Kita boleh je kerja jadi apa-apa, boleh je apply apa yg kita belajar dalam whatever field."

"Yelah. Org kata, fikir mcm tulah kalau xnak stress. Kalau fikir aku nk kerja apa yg ada dlm bidang ni whatever, stress. Shift the education paradigm! Tak semestinya kita akan kerja dalam bidang yang kita belajar."

Dan belajar pun, bukan mesti dari silibus semata-mata. Belajar memaknakan kehidupan tak ada dalam mana-mana course outline. Experience. There's no certificate to verify you've gone through this and that, no one deserves the right to say you're not qualified to do smtg just because you had a different endeavor..
Everyone's trying hard to live life..

Pastu datang lg sorg. Interview beliau pulak, apa maksud hidup..?
"Bagi ambe, hidup itu maksudnya, mencari erti ketuhanan. Sebab semua orang Tuhan ciptakan kita dengan tujuan sama."

Betul. Dan kadang-kadang dalam kita sibuk cari arah, kita rasa macam makin jauh tapi Dia xpernah jauh. Dia, dekat. 2:186
Kita hidup, dengan rahmat dan kasih sayang Dia.
Moga nanti kita pulang, dengan curahan yang sama.

Then drag another guy friend masuk sekali.
"Hidup..? Is a test. For the believers, as we know lah, it's always a test from God. For those yg x share the belief maybe lain sikitlah, it may be a test to prove their worth. To prove themselves to the world. But ultimately, it's a test lah."

Indeed. Kita pun, mmg perlu prove our worth, aim for the eternal happiness.
And may we pass, dgn cemerlang. Bak kata ostat, test kita ni, test yang takde skema jawapan tapi ada contoh Past Years, soalan-soalan bocor. By looking back at history. Hasil tadabbur, hasil tafakur.

Ringkasnya, just, live this life, and prepare for the next one.




"Hidup tu, anugerah." Seorang lagi, tutup topik. 
Sekian, diskusi kaki lima. 

Tapi sebenarnya, bila diskusi soal hidup, memang takkan pernah habis.

***
"Apa erti hidup?"
"Tak jumpa lagi." Sambung "Life. You just can't help but get hurt."

***
Konversasi tiga penjuru.
A: "Get busy living. Or get busy dying."

Jeda.

B: "Hidup untuk mati. Sebab in the end, mati tu sebenarnya hidup."
C:"Get busy dying, to live."

Serentak.


***
Banyak benda berlaku. Nantilah..kot. hee.



KJCup :)


Annual Grand Dinner 2014. Special Task.

Iftar dan Solat Hajat


Klang Bus Station Runtuh. Eh.

"Of GABAK, of hearts" - SAMF, 2013

Friday, March 7, 2014

I feel like letting it out..

People were talking. We've been expecting. We all did sense it, didn't we? But didn't know it will be this impacting once it's confirmed. Well, at least that much impacting to me. I expected it to happen but I definitely didn't expect myself to feel this sad. Macam, ye lah, ingatkot dah habis hati batu dah after all this while.

Semua setuju rasanya tindakan paling baik was, beri ruang untuk sendiri dan tak berani nak menyoal bertubi-tubi. Tapi orang asyik bertanya, seolah-olah kitorang ada jawapan walhal tak pun. And as the news spread, gagahkan diri bertanya direct akhirnya.

"Heard the news. Benar belaka? Dah memang.. official ke..?"
"Dah confirm, cuma tinggal nak setelkan dengan UIA.."

Kali ni betul-betul dari tuan punya badan.
Bukan dengar-dengar lagi.

"...jangan lupa kitorang lah..."
"....akan sentiasa ingat korang. dah macam adik-adik sendiri dah korang ni sebenarnya..." AASB

Sekali lagi,
Heart, sunken.
Tears, flowed.

Group conversation some time ago:
"Elemen GABAK ada lima. Satu takde, bukan GABAK namanya." 1935
"Jadi GABA" 1937
"Atau ABAK" 1937 "Or ABAK" 1938 Serentak. "Lambat.." 1938
"GAAK" 1938
"KABA" 1938
"Takkan jadi GABAK." 1939

Hari ini, GABAK lost an element, secara fizikal.
No more GABAK.
Sentap je bila lecturer keluarkan ayat "Form a group of five."

Sentimental. Beginilah. Sedangkan resit-resit lusuh pun ada saja alasan mahu disimpan untuk kenangan, inikan pula satu jasad dengan jiwa yang hidup. You saw the flowers started to bloom, and the joy was truly yours. You begin to start and understand, to appreciate the hidden beauty.

Dah lama tak rasa perpisahan, dan ya, ini perit. I mean, yes, memang expected lah that sooner or later a friendship and this includes GABAK, will remain just a memory, a fond memory indeed, but this seems to be happening too soon. Dan serius tak sangka dengan perkenalan yang sekejap ni, boleh buat hati ni betul-betul terusik.

"Of GABAK, of hearts" "Lekat (gambar) tang sini (softboard). Lekat kat hati" - SAMF

Tapi insyaAllah, setiap pilihan yang kita buat memang akan buat jalan cerita kita berbeza, untuk mengajar dan belajar.
"We pray for everyone in GABAK jumpa hikmah sebalik bonggol-bonggol dalam hidup memasing. Lambat atau cepat, selagi napas masih ada." 1906, 11/10/2013 - AZZ
Ameen to that, sister.

Terlalu banyak perbualan yang mungkin tak intended pun untuk sentuh hati tapi memang menusuk tembus terus dalam hati, yang thought-provocative, yang mampu buat, at least, saya, berfikir dan lihat hidup dari sudut yang berbeza. and these are just a tiny wee bit of it. The rest shall stay, a memory, yang bakal terimbas, bakal diimbau balik secara tak langsung, as we go through this life. It all depends on how we see it, ey. Kalau boleh rasa nak replay balik je segala konversasi. Sangat, meaningful.

"Terlalu sayang untuk berpecah dengan group ni lepas habis project. Akak belajar banyak benda dari GABAK... Macam-macam. " HSNA

Devastating. Ini baru sorang. I don't know how am I gonna handle it if any of us ada lagi yang nak keluar sebelum I am ready for it. Ready kat sini bimakna, a time where we're all tgh tunggu masa nak keluar, that is, tengah menghitung hari untuk graduasi.

"Ini baru keluar UIA, belum keluar dunia." Allah. Allah.

Taktahu nak explain macam mana, maybe it's just me, but then again, knowing that I'm not the only one who feels the loss, GABAK really is something. I know that I've always said this,but seriously, GABAK is indeed, a memory, I treasure, I cherish.

Semester lepas Balang Bahagia penuh dengan momen GABAK, semester ni.. not anymore. It's gonna take some time to let go, but I believe semua elemen kuat. Kuat untuk terus cari makna hidup, sama ada sendiri atau dengan kawan-kawan sekeliling, dengan segala God knows apa lagi cabaran hidup.
"The fact that takde benda kekal. Tak boleh get too attached, nanti bila lost, sakit." 2355
Semua kalau masa berfikir, masa berkongsi rasa, deep-deep belaka. 
Dan ya, masing-masing dengan ragam sendiri. 
Antara pengalaman hidup paling bermakna. There I said it. Ini, memang personal, I know.
Tapi segala intipati yang terextract tu kalau boleh nak aja dikongsikan dengan dunia.
But you just can't. Kena rasa sendiri.

Moga dalam lindungan, semuanya.

The playlist:
One Last Chance - James Morrison 
93 Million Miles - Jason Mraz
Unintended - Muse
Mirror - Bruno Mars ft. Lil Wayne
Please Don't Stop the Rain - James Morrison
These Broken Hands of Mine - Joe Brooks
Holes Inside - Joe Brooks
Tell Your World - Livetune ft. Hatsune Miku
See You When I See You - Jason Aldean
Never Alone - Lady Antebellum
Invisible - Hunter Hayes



"Nah, untuk korang.." HSNA (gambar kakwe susun bunga hilang)








Everyone in GABAK owns this, as a present.
"Sempena apa?"
"Sempena kita.. berkawan?"AZZ
Awh. :'D

Candid shots tu, feveret ambe.


The little things. Belajar. Persepsi. Toyogo. Makan. Masalah dan muhasabah. Hidup dan mati. Kelisa dan hujan. Salah faham. Sudu. Kain batik. Kek. Iras mak. Celak. Family root tunggang terbalik. Ayah. Ibu. Anak. Adik. Abam. Sudi. Kambing. B dan V typos. Kuih yang sangat Hawa. Zombie. Badak sumbu. Helang. Kiosk.  Lastik. Apek. Golek. Lemak. Montet. Getah pahit dan 'penyakit hati'. Rambut. Mimpi. Kuat. Terima kasih. Krik krik. Kbai. Seru. Morning. Malam. Jaga diri. Jabbar. Gabak.

Oneness. Bonding. Skeletal. Responsibility. Engineering.






oh. I found a scribble, conteng2, unintended akronim dekat butter paper dalam kotak GABAK,
.
charGer, Aa, aBrar, Aina, hawa syaKirah/ Kakwe.

GABAK, secara fizikalnya dah takde, 

even the rest of the family masih berjumpa hari-hari,
tapi masing2 ada kerja sendiri.
takde lagi nk kena duduk n buat sekali..

but the memories stay.



And to you leaving, I doubt you'd read this but in case u stumbled upon this blog, know that everyone loves you. Love yourself, believe in yourself, stay strong and motivated. You are a great person and you'd do just great, apapun lps ni. If you need anything, Gabak is always open. 


Moga terus dalam rahmat, dalam lindungan. All the best.



"Jauh takpe, doa tu sampai." AASB, 2014
"May the Force be with us, each of us." SAMF, 2014



Biar orang yang kita kenal, yang kita kenal.
Bukan yang orang lain kenal.
Terima kasih, Tuhan.

Chin up, buttercup.

Sunday, February 2, 2014

Semester Two.
Year Two.

Taknak.
Taknak balik UIA lagi.
Taknak balik KAED lagi.
:'(

Setiap kali nak mula sem mesti takut.
Penatkan? Nak rasa macam ni.

Kali ni tak tahu kenapa tapi rasa sangat tak bersedia untuk teruskan semester ni.
Bak kata Aa, rasa nak cari invisible cloak.
Dulu hari yang taknak sangat-sangat pergi tadika bolehlah tidur (baca: buat-buat tidur) dalam kereta. Sekarang mana boleh dah. :'(





Main thing about design is to be able to please other people, that's sad. and tiresome. I know. Everybody knows that. Tapi yang sedihnya bila takmampu nak elak. It's always about the client, always about expectations. Always about the clash(es) of perspectives.

Takboleh nak lari, walaupun kita kata nak design untuk ummah, nak design untuk universal users, for the betterment of the world and what not, tapi tapi before anything nak kena lalu lecturer dulu. Ye ye o je cakap "You are the designer, I can only assist."

The truth is nak kena hadap critic session(s) dulu. Lecturer, manusia, ada hati. Kalau dah namanya hati, susceptible to changes. Hari ni cakap lain esok cakap lain. Hari ni paham macam lain design kita, assist bagi idea macam lain, esok faham lain, tukar lagi idea. Tah apa yang diorang faham tu sama ke tidak dengan yang kita faham pun tak tahu, dah namanya main dengan hati, main dengan akal, dengan persepsi.. benda-benda subjektif, bukan boleh dapat 100% macam skema jawapan. Salah faham, benda biasa.

Selalu mesti end up akan meroyan tetengah design stage: perah otak sampai kering,
"Apa yang brother nak sebenarnya???"
"Madam paham macam manaaaaaaa????"
"Tell me what else madam nak?"
"Brother bukan taknak macam ni ke?"


I can only achieve satisfaction when I get to see my design, my own objectives fulfilled. Kalau sesuatu design tu mainly semata-mata "layankan je lah" lecturer nak apa, memang takkan ada soul pun. Kalau ada pun cinonet je. Even the lecturers boleh perasan. Arts kan. It deals with your expression of intangible aspects, unto tangible medium. It deals with how you make other people see things.

One project,
"You punya progress sketch dah ok dah, I suka.. tapi bila final presentation, macam, tak bestlah, sister.. macam, lacking."
"Lacking macam mana tu, brother?"
"Dia macam, xde soul."
'Memang pun.' Angguk iakan. Betul pun. Bukan tak betul. My heart was not there.

Another one,
"You punya marker stroke dah ok dah, dah boleh guna dah. Tapi macam kurenng lah soul dia, sister.."
"Soul dah balik Penang dah, brother.." T.T yes i said that out loud. Final project kan. Soul balik dulu.

Masa portfolio day, lecturer yang tak mengajar kitorang akan datang assess projek2 sepanjang satu-satu sem tu, and one of them cakap, sambil lagi dua tiga orang angguk-angguk;
"Between these two, I can see you like this one better. It seems like you have more understanding and indulged into the concept better on this project compared to that one.."
"Well yeah, I actually did like that one better, madam.." Angguk. Walaupun mula-mula rasa macam yang dimaksudkan tu lagi payah nak derive a design solution, tapi yes, akhir-akhir tu kalau nak suruh present and justify the design, i'd be more comfortable to talk about it, kalau bandingkan dengan the other project.
Post-portfolio deliberation. Hm. Spot meh.

Pengajarannya, nak tak nak, live with it. The lecturers ada lagi banyak pengalaman, ye diorang bukan dewa tapi to some points layankan jelah, tapi jangan sampai tenggelam hati sebab in the end ada hati ke tak ada hati yang akan affect design kita. Tajdid niat, orang kata. Always.



Tapi setiap kali mula sem I have this one particular friend yang akan mesej panjang-panjang takut sama-sama tapi lepas tu sama-sama bagi kata-kata semangat untuk teruskan hidup 'macam ni.'

Since CFS.

Walaupun beliau ke Architecture, saya ke Applied Arts and Design.

Tapi sama-sama rasa lelah dia, sama-sama rasa penat dan malas dia,
sama-sama rasa bersyukur mampu survive setiap kali habis semester. Rasa tak percaya we went through all that bila pandang belakang.



"We'll get through this together, okay? 
Tapi nanti awak grad dulu.. Kbai."

"Takpe, awak sentiasa dalam doa kita. InshaAllah.:)"


Mohon doa berpanjangan.
Semester Two.
Year Two.

Purata.

Monday, January 27, 2014


 


 
Surah Hud, 88.
"Aku hanya bertujuan hendak memperbaiki sedaya upayaku; dan tiadalah aku akan beroleh taufik untuk menjayakannya melainkan dengan pertolongan Allah. Kepada Allah jualah aku berserah diri dan kepadaNyalah aku kembali."


***


Sometimes it's better to be alone than to be in a bad company.
Well, sometimes.

Most of the time we just have to be the good company.

He did not shoo away those who didn't follow his way, did he?
Dakwah wouldn't have spread if it was a work of a single man.
It started from one man but grew until Makkah became the oasis in the Arabian dessert.
Islam is not a religion of solitude, Rasulullah went out, he did not isolate himself and do good all by himself. He spread. He taught.

He was sent down to perfect good manners.
Have we tried to follow his way?
The last Prophet's, s.a.w. 

Sometimes it's the little things that matter. Jihad is big, but everyone's mujahadah is definitely different from one another.

Notetoself, and those reading. :) | 14

This was meant to post for MaulidurRasul sebenarnya.

Sesetengah orang rasa untuk bermanfaat kepada ummah tu, adalah dengan mengangkat senjata, join demo sini sana, itu dan ini. Tapi in actual fact, apa apa pun yang kita buat, sentiasa ada peluang untuk bermanfaat. Dan kalau dah namanya untuk bermanfaat, haruslah buat yang terbaik. Note to self. Note to self. Remind, for I forget.


***

Ini kesinambungan pengakhiran post "Mortal, Rizak dan Rizqi"

Results in a couple of days. I'm nervous. Ho yeah.
and mulalah post-post
"Ilmu bukan pada pointer"
That, is true.
"Allah tengok usaha, bukan tengok natijah"
That, is also true.

But. Before we quickly comfort ourselves, just, ask, banyak mana usaha tu?
You know, "to excel, is a Muslim." Dr Spahic Omer. but did we really try to excel?

Kalau result tak seberapa, nak biar je ke berterusan macam tu? Of course we should work harder, aim higher.

"Buat apa nak kejar pangkat tinggi-tinggi?"
"Tak bawak ke kubur pun pointer tinggi.."


To be average. To be among the typical. Is it really what is taught in our religion?

Watch this:

Rasa macam nak buat transcript penuh je..: 

 “The strong believer is greater to Allah, is closer to Allah, is more beloved to Allah than the weak believer (Hadith). And here, 'strength' is not only strength in imaan, in dakwah, 'ibadah, taqwa, but strength in ALL aspects of life, and that includes your education! That includes you seeking education. Whether you're taking syariah or engineering or pharmaceutical or medical sciences or whatever field that you're in, Islam wants you to be the BEST!” 

 “Always aim high. Look for what is beneficial for you. It is the advice of our beloved teacher Muhammad s.a.w. What’s the passing mark out of a 100? 51? Then you aim for 51? NO!” *Ouch*

 “It’s not wrong in getting the best in a position, Yusuf a.s asked to be a treasurer of Egypt during his time. Aim to be the best! You follow the best, you believe in the best (the prophets), so why don’t you follow TO BE the best?!”

"Ihris ‘ala ma yanfa’uk! Work hard for what benefits you."

"Let’s learn from our beloved Prophet s.a.w, with ONE MAN, ONE MAN ALONE IN MAKKAH, when Allah s.w.t asked for him to get up and call people to Allah, bring people to Islam, invite people to Laa Ilaha Illallah, what did the Prophet s.a.w said? Did he say 
“I want all man in Makkah to be Muslim.” or 
“I want the whole Arabian Peninsular to be Muslim.” Or 
“I want Asia to be Muslim” ? 
NO! He says I want Islam to reach everywhere, the way day and night had reached everywhere. Look at this high objective! That was the achievement of Prophet Muhammad s.a.w. He aimed for it. He set it as a goal. And he worked for it.” 

“You don’t have to be a sheikh or a’limm. You could be whoever you are, whatever you are and whatever you are in, you aim high to achieve and become the best of Muslim.

"When you ask for Jannah, don’t just say Oh Allah, grant me your Jannah, don’t just ask to be in just any level of Jannah.. don’t just ask to be amongst those who just enter the Jannah, who just smell the fragrance of Jannah. No! No! If you ask Allah for his Jannah, ask for the Firdaus, aim to be in the Firdaus, the highest level of Jannah! This is the character or a Muslim, the character or the believer that makes us different – when we aim, we aim high, and when we achieve, we achieve the best!"

“The best of you, are the most beneficial to others (Hadith).. Achieve the highest in life. Be the best of example. Be the best of engineer, be the best of Imam, be the best of teachers, the best of doctors…” 

“Aim high, and depend on Allah s.w.t. Depend on The One that lives for another day, depend on The One that says “Be! And it happens” (kun fayakun). How could you aim low and depend on Allah? If you really wanna depend on Allah, then aim for the best in life. Depend on Allah and know that Allah with always be with you. Don’t be lazy! Don’t be reluctant!” 

 *tampo tampo tampo*

Only after that we have the right to say, "Usaha kerja kita, natijah kerja Allah."

فَإِذَا عَزَمْتَ فَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ
Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah.

All the best.
Till then.


***

So my blog was set to private a few days ago, if any of you noticed. *krik krik krik*

It was the usual "I should stop. Tulis tah pa pe je, macam xde manfaat je." phase.
That feeling, rasa macam nak shut down semua akaun dekat alam maya ni.
But I know that is just impossible.
Well, at least for me.

Kadang-kadang terfikir jugak untuk delete all those nonsense, tinggalkan yang (rasa-rasa) ada manfaatnya je. Tapi fikir balik, tak boleh jugak, kadang-kadang manfaat bukanlah dari post yang ilmiah, yang ada selit ayat quran atau hadith.

Kita tak tahu how our words may affect other people kan.
Like I myself, bila dengar kisah orang, sometimes it's the tiniest bit of what they said tu yang struck me. Sometimes it's a sentence bukan the whole story. Sometimes it's the subject matter not the language.
Kadang-kadang dia cakap pasal ayam ke itik ke tapi kalau kita boleh relate dengan hidup kita, apa salahnya kan.

"Kadang2 kita tak tahu macam mana words kita boleh affect orang lain. 

Pemahaman semua orang berbeza, but if it could benefit, especially on the way we see things around us, then it's a yay.

Malam ni was, something. It was very deep, so deep I could cry, tambah deep. Dan lemas.

Allahurobbana.
Tsabbit qulubana.
'Ala diinik.
Wa to'atik." 16 Sept 2013.

Besides, my blog dah macam my memory back-up dah.
Yelah, zaman blog cakap hari ni bosan tak buat apa sampai zaman blog berjela-jela satu hari tu buat apa sampai, sekarang. Zaman ana antum to zaman kita korang zaman tak tahu nak bahasa diri apa *major problem*...zaman copy paste artikel tak tengok sumber. zaman zaman tu.

It feels great to see the changes. Malu memanglah malu tengok ya Allah tak matangnya, pft macam sekarang matang lah sangat kan, tapi hey, it was me.

Those were the days and those were my stories that became a part of me.
Even though there's so much more I hide in the closet but everything I put in this blog is a part of me that I choose to share with people. Though, I don't really tell people my blog link. It's like kalau jumpa, jumpalah. :P

buat buat kental 
menahan airmatamu jatuh 
agar kau terlihat kuat 
penat juga ya 
lepaskan rasa 
biar airmatamu jatuh 
biar kau lega. ~ ismisyahida; 280114

Semalam, ada diskusi sikit dengan my dear schoolmates bila Tasha post pasal 'To be or not to be in a relationship...".. Teringat zaman sekolah.
To sit down and have our own extended discussion in the musolla after usrah. i miss u guys.

nak duduk dekat surau al-ansori. atau teratak ilmuwan. atau astaka.
dengan angin. dengan daun kering. dengan nasihat.
dengan, sahabat.
Teratak ilmuwan.

Bila Tasha keluarkan statement, "Rindu-rindu cenggini baiklah kita patri dalam doa. Biar tsabat sesama. Ohoho" NAS

It's just that, I don't know. We're taking different paths.
Things aren't the same.
Things are scarier.
And your know what, I don't know if i'm becoming part of it.

now playing: "Will you hate me?" Dawud Warnsby Ali.

i don't know. how would you guys react if u see the live i'm living?
would you guys be among those yang ada that stereotype towards design students jugak?

would you guys call me a hypocrite, a liar?
would you damn me to fire?

i feel like running away from people. escaping.
but running away isn't gonna solve anything. AQ 33:16.

This is gonna be awkward but, permintaan:
I'm not gonna delete anything from the past but,
Mohon, andai satu masa nanti penulis blog ni tak lagi bernyawa,
Mohon doakan blog ni ada manfaatnya.
Mohon apa saja yang baik dapat dimanfaatkan.
dan tentu tentunya,
apa saja yang buruk mohon buat jadi pengajaran.

kehidupan realiti, luar blog jugak. Sama.
Even if yang negatifnya mungkin, oklah confirm lagi banyak dari yang positif,
Mohon doa berterusan.
kbai.


 
Design by Pocket