Ziarah

ATTENTION : You will need to click on the title of each article to read the full post, yang mana rasa macam tergantung..

Selamat Hari Raya

Wednesday, July 5, 2017

A year of hiatus, can you believe it? Blogging since 2008, (2004 to be exact)... Lepas tu setahun privatekan blog. Ye ye je macam ada orang perasan je. 😂

I haven't stopped, of course. I still write every now and then, dalam phone punya notes, instagram essays...huhuhuhuhdie.

Selamat Hari Raya. This is one of the notes I kept last puasa.

Cerita iftorrrr:

I was at work. 5pm. Dpt mesej mak suruh goreng mee balik kerja nnt. Mak nak pergi kedai ambil kereta baru servis. Mak dah nak keluar tapi duk fikir juadah lagi. Nampak ye di situ mem tengah kalut.

So I got home, mak belum balik lagi, abah dah balik.

Abah mintak siapkan lauk nak hantar ke atok dan wan. Sambil menggoreng mi dan memanaskan lauk, dengar pintu terbuka, mak balik.

"Buat kuih apa harini?" abah tny mak yang baru masuk rumah.
"Tak ada buat kuih pun..." mak jwb slow.. Abah suka makan kuih utk berbuka.

"Eiiihh.. Tak buat kuih...?!" abah cuba annoy mak, dari meja makan. They weren't facing each other.

"Saya ni keluar masuk keluar masuk harini... Mana sempat nak buat blabla.." mak tgh bkk tdg, dkt ruang lain.

"Alah... Abah nak jugak makan kuih..." second successful attempt to annoy.
"Mana sempat singgah mana2 tadi, terus balik rumah..." mak cuba tenang tp dpt rasa aura fed up tu ye.

Masa yang sama I saw abah put something on the table. Bawah tudung.

Dah siap bungkus lauk untuk atok. Hulur bekal ke abah. Nampak abah tambah something dan tahan senyum. Abah keluar.

Mak kembali join di dapur nak siap2 meja. Bukak tudung saji.

Ada tepung bungkus, lompang dan seri muka.

Mak takleh tahan senyum "Eiiihhh. Saja je lah nak buat orang marah."

😂😂😂😂

0 org bernyanyi riang.:

 
Design by Pocket