dulu kecik2 semangat betol nak sambut merdeka..
siang malam nyanyi lagu sudirman 31 ogos.So if u wanna know, that was how I celebrated merdeka dulu2. Ye lah, samalah ngan Yan. He's my BROTHER, mana lah xsama.. "-.- haha
tengok orang pasang bendera kat rumah, kat kereta.
kalau boleh kat kereta tu nak pasang penuh satu row bendera Malaysia.
kalau boleh nak pasang bendera kat atas bumbung rumah.
biar semua orang nampak.
tapi tu lah kecik lagi masa tu, nak panjat bumbung rumah mak tak bagi.
Panjat senyap2, mak jiran plak nampak repot dekat mak. Haih.
Sekarang... KLIK FOR MORE
Erm, 1/3 daripada my poem...
Kemerdekaan – 51 Tahun Kemudian
Bukanlah aku mendongak tinggi menghina bumi
Bukanlah aku tidak mahu menghargai mereka
Bukanlah aku memfanakan jasa mereka
Bukanlah aku menidakkan bakti mereka
Tidaklah aku berniat demikian
Tapi aku sendiri mahukan kepastian
Adakah dengan segala coretan penuh semangat cinta akan negara
Kami akan bangun berjuang?
Berjuang dek terpercik api perjuangan
Atau kami akan bosan?
Bosan mendengar benda yang kerap kali diulang
Aku tak mahu negara ini merdeka lebih setengah abad
Tapi adat dan ibadat tetap dicelarukan
Aku tak mahu negara ini merdeka lebih setengah abad
Tapi budaya dan agama diasingkan
Aku tak mahu negara ini merdeka lebih setengah abad
Tapi yang batil dijunjung, yang haq dilindung
Aku tak mahu kemerdekaan ini ibarat tin kosong
Dicanang-canang isi yang tiada
Aku mahukan kemerdekaan
Bukan kemerdekaan lampau
Tapi kemerdekaan masa hadapan
Salahlah mereka yang mendidik kami
Dididik menjadi seperti mereka di zaman mereka
Kerana kami ini
Dilahirkan
Dibesar
Diajar dan dididik
Untuk zaman yang mendatang
Bukan zaman ini, tapi zaman yang mendatang,
Zaman di mana kita tidak tahu jalan ceritanya.
Merdeka, merdeka dan merdekakanlah kami.
Nur Syazadiyanah binti Suraini
3 Al Farabi 2008
31 Ogos 2008 3.30 pm
I know this is nothing like a poetry.
ANYWAY, SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 53, PEOPLE.

