Ziarah

ATTENTION : You will need to click on the title of each article to read the full post, yang mana rasa macam tergantung..

Merdeka?

Monday, August 30, 2010

Salam.
EDITED: punya nk tulis, tp terlupa pulak. PESTA MENGAWAN, bak kata ustaz halim...
n rasanya xpayah tunggu 9 bulan, 4-5 bulan lagi meletup la~~~ huhu

Ok, post ni mungkin bakal mengganggu gugat kesejahteraan mereka yang berkenaan.

Ustaz Halim kata, kita belum merdeka. YES. belum . belum.

dlu masa F3, ada pertandingan wat sajak. i made one, LONG one, tp xhantar pun, sbb i knew i was so gonna get it. So, tersimpan je la dlm kenangan.

OK... senarnye..


dulu kecik2 semangat betol nak sambut merdeka..
siang malam nyanyi lagu sudirman 31 ogos.



tengok orang pasang bendera kat rumah, kat kereta.
kalau boleh kat kereta tu nak pasang penuh satu row bendera Malaysia.
kalau boleh nak pasang bendera kat atas bumbung rumah.
biar semua orang nampak.
tapi tu lah kecik lagi masa tu, nak panjat bumbung rumah mak tak bagi.
Panjat senyap2, mak jiran plak nampak repot dekat mak. Haih.

Sekarang... KLIK FOR MORE
So if u wanna know, that was how I celebrated merdeka dulu2. Ye lah, samalah ngan Yan. He's my BROTHER, mana lah xsama.. "-.- haha

Ok.
So. para pejuang kemerdekaan kat luar sana mungkin akan cakap "budak ni kufur nikmat. Negara aman dlu sebab prajurit negara weh, sedar diri sikit."
or, kalo bc blog ni slalu, senang2 je org akn label "bahasa Melayu pun xbetul, xheran lahh" .. "alah, budak ni mentah lagi."
atau apa2 yg sewaktu dengannya lah..

JAP. AMAN?
I DON'T THINK SO. APA KORANG BERANI KE KLUAR TENGAH2 MALAM ? BERANI JALAN SORANG2 KAT LORONG HAJI TAIB GELAP?

ok, org paham la kan, nk kenang jasa. BUT DENGAN CARA APA? terkinja2 melompat2 igt boleh bagi kebaikan kat dorg ke? Organize something useful lahh! Baca yaasiin ke, kenduri bukak puasa ke ape kan.. for the non-muslims, sketsa ke, buat la nk buat apa pun, tapi i don't understand WHY CONCERT? WHY FIREWORKS?
perlu ke? hmm.

kot la nk sambut dengan graduation some kind of military school ke kan, at least nnt bila negara kena serang, diorang xserah microphone kat pnjajah. oh ok, mungkin dorg boleh nyanyi utk dodoikan penjajah, n then kita BEBAS!! *note the sarcasm*

so my poem on Merdeka that ive made dulu tu.. er. nk post ke idakk.
heh.........

kang xpasal2 kn saman lak. HAHA.

p/s: korang jgn nk ckp budak ni xtau erti perjuangan. arwah atok amzahku jua seorang pejuang. and according to arwah atok amzah, moyang maut masa zaman jepun. adikku syafiq n 2 org sepupu punya darah askar membuak2 dlm diri dorg.. tp mcm yg da ckp kat atas tu, i don't agree with such celebration...

lg pun, apa erti merdeka sbg negara majmuk kalau masih bergaduh bangsa mana lebih mulia? merdeka ke kalau masih berebut tanah ni tanah siapa? nak tak nak, semua org mmg akn dapat tanah, tertanam 6kaki nun. apa erti merdeka kalau dengan bangsa sendiri pun nk berbunuh? apa erti merdeka kalau agama jadi mainan? bebas jajahan fizikal, jajahan rohani?
hmm.

Erm, 1/3 daripada my poem...

Kemerdekaan – 51 Tahun Kemudian

Bukanlah aku mendongak tinggi menghina bumi

Bukanlah aku tidak mahu menghargai mereka

Bukanlah aku memfanakan jasa mereka

Bukanlah aku menidakkan bakti mereka

Tidaklah aku berniat demikian

Tapi aku sendiri mahukan kepastian

Adakah dengan segala coretan penuh semangat cinta akan negara

Kami akan bangun berjuang?

Berjuang dek terpercik api perjuangan

Atau kami akan bosan?

Bosan mendengar benda yang kerap kali diulang

Aku tak mahu negara ini merdeka lebih setengah abad

Tapi adat dan ibadat tetap dicelarukan

Aku tak mahu negara ini merdeka lebih setengah abad

Tapi budaya dan agama diasingkan

Aku tak mahu negara ini merdeka lebih setengah abad

Tapi yang batil dijunjung, yang haq dilindung

Aku tak mahu kemerdekaan ini ibarat tin kosong

Dicanang-canang isi yang tiada

Aku mahukan kemerdekaan

Bukan kemerdekaan lampau

Tapi kemerdekaan masa hadapan

Salahlah mereka yang mendidik kami

Dididik menjadi seperti mereka di zaman mereka

Kerana kami ini

Dilahirkan

Dibesar

Diajar dan dididik

Untuk zaman yang mendatang

Bukan zaman ini, tapi zaman yang mendatang,

Zaman di mana kita tidak tahu jalan ceritanya.

Merdeka, merdeka dan merdekakanlah kami.

Nur Syazadiyanah binti Suraini

3 Al Farabi 2008

31 Ogos 2008 3.30 pm

I know this is nothing like a poetry.


ANYWAY, SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 53, PEOPLE.

2 org bernyanyi riang.:

YAN said...

plagiarism

Diyanah said...

cheh. mane ada, org quote je. HAHAH.
siap promote pe. :p

 
Design by Pocket