Ziarah

ATTENTION : You will need to click on the title of each article to read the full post, yang mana rasa macam tergantung..

Sangka

Monday, November 14, 2011

‎" Jangan kau sangka kawanmu yang sering menegurmu itu adalah orang yang paling bertaqwa.

Jangan kau fikir kawanmu yang sering menasihatimu itu adalah manusia yang tak diuji. Jangan kau

ingat kawanmu yang tegas beragama itu adalah manusia yang paling sempurna.


Hakikatnya, dia menegurmu untuk mengingatkan dirinya jua. Dia menasihatimu untuk dirinya turut

berjaga-jaga. Dan dia bertegas dalam hal-hal agama kerana risaukan bahang api neraka. Kawanmu

itu bukanlah MALAIKAT. Dia juga MANUSIA. Bersangka baiklah, dia sebenarnya mahu

memimpinmu masuk ke syurga bersama-sama."


sering khuatir akan diri yang bisa rebah
kerana padanya letak hati yang rapuh
amat.

Allah.
aku rindu saat itu
saat lidah mampu bersuara mencegah
bibir mudah menutur ma'ruf.

bila hanya hati mampu berbisik
tangan kuseluk dalam-dalam
mulut terkunci rapat
astaghfirullah, lemahnya iman

Allah.
Mudahnya syaitan menghantar panah
tika hijab hati ditiup angin dunia.

Allah.
give me strength
guide me still

1700 14.11.11 -247-

0 org bernyanyi riang.:

 
Design by Pocket