"Bila bercakap soal pasangan hidup, idaman aku sebenarnya seorang yang solehah tentunya. Sekurang-kurangnya seorang yang mengambil berat soal ibadah fardhunya, ada asas pengetahuan agama. Itu yang asas lah. Kalau bonus point untuk aku, yang mampu mengutamakan keluarga berbanding kerja, yang sedia untuk meninggalkan kerjayanya saat anak pertama dilahirkan untuk memberi lebih masa dan perhatian kepada keluarga. Lebih-lebih lagi bila difikirkan betapa hebatnya pengaruh persekitaran terhadap pembangunan diri dan semakin dahsyat gejala yang tidak sihat menyerang anak-anak muda zaman sekarang dari pelbagai arah.Sebagai seorang yang pola pemikirannya agak konservatif, aku lebih cenderung ke arah "established method" berbanding mencuba kaedah baru.
Dan "established method" yang aku maksudkan ialah kaedah yang diguna pakai keluargaku, pengorbanan yang dilakukan mak tersayang dalam mendidik kami, sepanjang 22 tahun perkahwinan, 21 tahun diluangkan untuk membesarkan anak-anak mak ni di rumah saat abah keluar mencari rezqi. Walaupun menuntut ilmu hingga ke United States dan beroleh segulung ijazah bidang IT, mak memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa. Harapnya pengorbanan yang mak lakukan ni bukan hanya dapat membantu along dan adik-adik berjaya di dunia, di akhirat juga.
Dedikasi khas daripada anak sulung mak ni buat ibunda tersayang (Sabariah Amzah) tanggal 14 Februari 2012 ini.
Selamat Ulangtahun Kelahiran, mak! Semoga mak diberi kekuatan untuk terus mendidik along dan adik-adik menjadi insan-insan yang dapat memberi manfaat kepada semua orang.
P/S: Sebagai seorang muslim, katakan tidak pada Valentine's Day, jayakan Hari Menutup Aurat Sedunia! Heheh n_n"
"Banyak sungguh khabar pernikahan yang aku dengar semenjak awal cuti musim panas ni. Berbondong-bondong, bertali arus, bertubi-tubi~ lepas satu, satu lagi khabar datang. Malang sekali bagi aku, satu pun aku tak dapat hadir... Sayang sekali bila memikirkan berapa pinggan nasi minyak yang tak dapat aku santap~ T_TBila berkata soal perkahwinan ni, suka aku rujuk kembali kepada ibu dan ayahku. Jika sebelum ini aku sudah berbicara tentang ibuku, jadi hari ini, ingin pula aku berkongsi sepatah dua kata untuk ayahku pula. :)
Teman-teman yang bakal (dan sudah) bernikah, muda-muda belaka. Semua berita perkahwinan yang aku terima baru-baru ini adalah daripada teman-teman yang sebaya denganku atau setahun lebih tua daripadaku. Bila disebut "nikah", sudah tentu bermain dikepalaku soal tanggungjawab yang perlu dilaksanakan sebagai seorang suami jika aku yang ingin bernikah. Nah, itu yang buat aku terhenti daripada memanjangkan bicara. Melihatkan keadaanku sekarang, mana mungkin aku dapat memikul amanah seberat itu bila diriku ini tidak teruruskan. Tetapi mereka baru memulakan keluarga, maka kagumku pada ayahku juga~ :D
Abah dan mak melangsungkan akad nikah semasa mereka berdua berusia 24 tahun. Semenjak itu juga abah sudah bekerja keras mencari nafkah buat keluarga. Lebih-lebih lagi apabila keluarga semakin membesar. Setahun selepas dinikahkan, aku dilahirkan. Setahun selepas itu, adikkku pula. Dua tahun selepas itu, seorang lagi ahli keluarga meramaikan keluarga. Dua tahun kemudian, lagi ahli baru hadir dan lima tahun kemudian, seorang lagi dilahirkan melengkapkan keluarga hari ini. Sehingga ke hari ini, abah gigih bekerja menyara hidup keluarga ini demi keselesaan hidup kami. Sepanjang aku di rumah, aku selalu melihat abah di hadapan komputer melakukan tugas syarikat sehingga lewat malam atau seawal pagi. Selalu berulang alik ke Alor Setar, Lumut, Batu Caves, untuk menyelia projek. Pejabat pula di Kulim. Oh, abah bekerja di syarikat sendiri, dinamakan sempena nama adikku QIFAYS Enterprise. Walaupun abah kuat bekerja, alhamdulillah, anak-anak abah ni dibesarkan dalam suasana yang baik, aqidah dan akhlaq kami terjaga, insyaAllah.
Sudah hampir 22 tahun aku memandang abah sebagai contoh seorang suami dan seorang ayah yang paling hampir denganku, bagaimana pula bila sampai giliranku nanti, ya? ^_^"
Dedikasi ini ditujukan khas buat abah tersayang, Suraini Ramli, bersempena ulangtahun kelahiran beliau yang ke-47 tahun ini, 27 Jun 2012.
Semoga abah dipanjangkan umur dalam keberkatan dan keredhaan Allah sentiasa mengiringi setiap amalan yang abah laksanakan.
Maaf abah, tahun ni tak dapat beli kek untuk abah macam tahun lepas~ :p"
- Along, 2012.
(Along start dua-dua dengan hal jodoh. ekhem. hahaha.)
So today , er, yesterday.. Abah's birthday! My first superhero! nak cakap banyak2 pun along da buat karangan. xreti nk jiwang2, so, yeah. haha.
Aaanyway. Layan je kalau orang bukak topik jodoh2 ni, but i won't go that far. Being me, mesti masuk lawak2 bodoh yang menyebabkan perbualan terbantut dan mood nak kawen terspoil. bahaha. Cakap pasal orang seronok lah, tapi kalau kena kat diri sendiri cepat2 cari topik lain. haha.
"Instead of looking for the other “half of your deen", focus on the first half first - yourself.."
As I said earlier I don't dare to even imagine myself being in that situation sbb i'm focusing on myself. hahah, kelakar bila orang ingat all those 'problems', 'happy phase' and 'happy place', benda2 yang berkaitan, dlm blog ni, are about love between men n women. aiyaaak.
im a true mood spoiler.
By the way, ada yang bawak isu: dah terlalu banyak cite2 cinta islamik, quote2 sehidup semati bersalut islami, "aku mujahidah yang diciptakan untuk membantu perjuanganmu, duhai mujahid agama" thing.
tidaklah menyokong, tidaklah membantah. gotta admit at some points benda2 macam ni mmg cepat tarik hati anak2 muda (ckp mcm dah tua) .. but at the same time, banyak lagi isu lain sebenarnya..
memang teman hidup untuk perjuangan agama tu satu benda besar sebab itu antara langkah terawal dalam 7 tangga maratib amal..
tapi the focus has been given way too much on baitul muslim - the second step. in my humble opinion, we shud focus on what comes before (ourselves) oh and AFTER nikah .. jgn la buat mcm getting married to a very good Muslim is the final destination. it's a part of something big, it's undeniably sweet and all, but too much can cause diabetes you know. u get my point lah.
tapi tapi tapi sangat lah x sabar nak tau sape yg kawen dlu dalam family kembangan and dalam batch kita! hahaha.
oh wait, there's one thing yg sepatutnya kita aware jugak. who's gonna be the first among us to leave this world, forever?
i read this somewhere tapi x igt kat mana, rasanya facebook, one of my friends xigtla pulak sapa (u know, the rutine. scrolling the feed and liking things) wrote something like this
"rasanya dalam quran ada sebut yang setiap insan pasti merasai maut.. tapi xde la pulak pasal setiap manusia pasti akan merasai saat2 pernikahan"
and this one agak popular "ramai orang bercakap pasal kahwin muda, tapi xramai orang yang nk bercakap pasal mati muda."
Photo by mariaelenazarul@instag ..
hohoho. since talking about marriage is too mainstream,
jom ckp pasal cucu-cicit.
btw tengah track hutang ni. sangat x suka pegang duit. kadang2 x igt dari mana datang duit tu. sama ada it's in my hand because somebody gave it to me, or because i am suppose to give it to someone. derita.
kemas2 buku, jumpa fail kelab. dalam tu ada name list ahli, plan dan budjet untuk hari kantin daaaaaaaaaaan dlm rm34 ringgit kot dalam fail tu. OIII mana datang duit ni. what should i do? ergh. kena bagi dkt current guru penasihat ke?
ya Allah korang.. kalau kte ada hutang pa pe cakap lah.. xkisahla hutang monetari ke hutang amal ke.. banyak benda yang tak tercapai. if i accidentally or willingly promise to do something but i havent, do tell.
if if korang ada x puas hari dengan apa2 , cakap lah. and forgive me if i had done something bad to you, something that made you hurt by any means. oh lari topik ke? eh, ni suma kira hutang la yeh.
0 org bernyanyi riang.:
Post a Comment