Ziarah

ATTENTION : You will need to click on the title of each article to read the full post, yang mana rasa macam tergantung..

Qowiey.

Sunday, October 13, 2013


Allahu Allah.
Untuk pertemuan yang tak dirancang,
untuk rasa yang tak pernah terlintas
meninggalkan bekas.
Rasa amanah, rasa perlu peduli.

Peduli yang asalnya kami khuatir
cuma akan buat kamu sesak
rupanya dihargai, malah bikin kamu rasa kuat.

Moga terus kuat walau sendiri,
Kerana kuat kami juga dari Dia.
Dan, kerana antara kita
punya jarak
Ada garis halus yang perlu dijaga.

Tapi bila keterbatasan itu berlaku,
asal kamu tahu,
doa kami, tetap berpanjangan.

Buat permulaan, saya bahagia.
Sepertinya kita semua sedang berkongsi rasa.
Buat saya tambah bahagia.

Jujur, rasa takut itu ada.
Perjalanan masih panjang.
Bimbang tersalah langkah
tak kena cara,
tersilap bicara dan percaturan,
semua jadi berantakan.

Mohon dijauhkan semua yang buruk,
Moga dipermudah segala urusan mendatang.
Urusan kita.
InsyaAllah.

Maka untuk pertemuan dan rasa ini,
Terima kasih, Tuhan.

#np These Broken Hands of Mine - Joe Brooks

0 org bernyanyi riang.:

 
Design by Pocket