Ziarah

ATTENTION : You will need to click on the title of each article to read the full post, yang mana rasa macam tergantung..

Ikat.

Tuesday, December 23, 2014





Ntah kenapa agaknya, saya sayang benar manusia-manusia atas ni. 

Sampai orang tanya tak boleh move on lagi ke? Dah lama dah projek tu. Dah lebih setahun.
Sampai mungkin orang lain rimas tengok bila kitorang bergambar sekali, once in a while. 
Ya iyalah, selalu saja tersama baju. Kalau tak sama pun, termatching here and there semua sekali.

Nak kata ke hulu ke hilir selalu, tak juga. Ada yang jauh di negeri lain, even.
Nak kata sentiasa agree on all things saja, tak juga. Tak. Ada juga bertelagah tak sependapat.
Nak kata selalu berkumpul cukup kuorum, tak juga. Lain bidang kerja.

Kalau ada rasa tak sedap hati siang tu, then bam something happens that very night. 
One after another akan open up dan cerita sesuatu.
Cerita sesuatu yang  secara tak langsung akan jadi peringatan untuk diri sendiri.
Cerita, dengan cara sendiri.

Siapa lagi tanya tujuan hidup jam 1 pagi? Saat hampir putus asa dengan final critic session, Allah hantar teguran terbias pada soalan seorang teman. 
Soalan yang selalunya cukup tak suka nak jawab, sebab kebiasaannya yang bertanya tu sebenarnya dah genggam satu skema jawapan, tunggu kita nak cakap dengan mulut kita sendiri. Buat kita jadi jelek nak jawab kalau tak de hati, kalau tak betul2 maknakan. 
Tapi kali ni bukan ditanya sebab protokol usrah sesi pertama, tapi betul-betul ingin bertanya. 
Maka kita pun betul-betul ambil masa sekejap untuk ponder dan tanya diri sendiri.

Siapa lagi yang patah depan kita tapi kita tak mampu buat apa?
Cuba itu ini, masih tak berhasil.  Sampai terpaksa berundur dan cuma mampu berharap. 
Sekadar mampu percaya Tuhan ada, mampu percaya dia boleh.
Kena percaya.  
At times like this, terasa diuji diri, sejauh mana kau benar-benar percaya?

Siapa lagi yang cuba kuat depan kita, walaupun kadang-kadang kita nampak dia dengan tisu di tangan. Walau kadang-kadang muka sembam menangis tapi katanya sebab tak cukup tidur. 
Yang hari-hari macam takde apa berlaku tapi kadang-kadang kita nampak dia tunduk, mampir, ada titis titis air mata pada cutting mat. 
Dan dia terus kuat. insist nak fokus pada kerja, cerita peribadi nanti akan dia ceritakan, katanya. 
"sambil gosok putty, gosok hati."

Siapa lagi yang buat kita berhati-hati dengan emosinya yang unpredictable? 
Yang sekali sekala secara kasarnya macam dia tengah marah kita tapi sebenarnya tengah push kita.
Yang buat kita sentap dengan statement-statement spontannya. 
Yang buat kita fikir.  
Yang selalu pilih untuk selesaikan hal sendiri tapi akan ada saja masanya broke down merengek. hee.

--
"Kenapa ya, selalu masa yang sama? 
Allah susun timing tu elok je, untuk akak pun cerita sama agaknya."
--
"Macam hati kita dekat aje."
--

Inner struggles. Each and everyone. 
Takde apa yang mampu saya tolong.
"I'll keep reminding, if that's the only thing I ever do."
But all of them have been reminding me every now and then, of life.

Setiap sorang ada cerita. 
Ada cerita patah yang menyembuhkan.
Ada cerita damai yang menguatkan. 

Allahu. 
Things aren't the same. Tapi sungguh, rindu sebenarnya.
Berharga sangat. Tak tahu nak cakap macam mana. 

Ntah kenapa agaknya, saya sayang benar manusia-manusia atas ni.

#np Song For a Friend

Climb up over the top.
Survey the state of the soul.
You've got to find out for yourself whether or not you're truly trying.

. . .

Sunday, September 14, 2014


"Ada amanah hanya pantas untuk dirimu. Yang jika dihimpunkan atas bahu manusia lain, bakal hancur menjadi serpih kecil di udara. Tak tertahankan untuk menanggung, meski di matamu kekuatan mereka kelihatan sekokoh pasakan gunung, berbeda jauh bbnding dirimu." TC.

Maka terpesan pada diri, jgn dilihat si polan itu "kuatnya dia, tak macam aku." Tahulah kita pun sama kuat. Ok mungkin tak. Kita mmg diciptakan lemah, tapi kita dikuatkan. Dan sumber kekuatan itu, akhirnya sama.

---



Bila berdepan dengan pilihan. Dan keputusan dibuat. 
Dan tak tahu apa benar tindakan yang diambil? Rasa dihantui.

Ada beberapa hal yang dahulunya kuat dibentak, beria-ia saya menolak. Tapi seiring masa, perlahan-lahan mula cuba untuk faham dan terima satu dua sisi, melalui sudut pandang yang berbeza drpd kebiasaan.

Justifikasi yang diberi pada diri, dahulunya sekadar teori, sekarang soalan dibentang depan mata menuntut amali, maka ada lainnya.
Yang kita ini hidup bersama-sama manusia, sebagai manusia,
bukan malaikat. bukan juga syaitan.

Tapi bimbang, kalau semuanya lebih kepada semata-mata mahu mengiakan emosi, memberatkan neraca empati.



tuhan, pandulah.


---

If you can't blow your own, don't go and burst others.



---

Been reminded of a fact, through so many random events and people, things, even - the fact that how highly people see us from afar while we ourselves know that we deserve much (much) lower expectation instead, is a gentle reminder of how immensely Allah hides our sins, way farther away from their view.

Kita sendiri tahu diri kita. Kan. We can be as humble as the lowly Earth and deny the praises totally but a friend once told me, we can always take the good words as a countless shower of du'aa. walaupun kita sedar tak layak.

Bottom line is how we perceive things.
Strive ahead, and shine our way."


---

"Kuatnya telehati."
Kuat.
"Soal hati ni hang jangan main-main."



-

Hati-hati, dengan hati. Niat kita dalam hati yang cuma Tuhan je tahu itu, terlalu seni sampai kita sendiri selalu terlepas pandang.


 
Design by Pocket