there were even points in her introduction! and i really liked when she said kita yang berkumpul kat surau untuk usrah diberi 1 nikmat oleh Allah.
"nikmat hati yang berhajat kepada tarbiyyah"
Katanya, kita kena yakin yang kita ni pilihan Allah, pilihan Allah untuk pandu kaki kita datang usrah. Y? Sbb kita insyaAllah tergolong dalam generasi GHURABA.

Kita datang usrah untuk satu tujuan, saling mengingatkan
Firman Allah *parafrasa* "Ingatlah kepadaKu dan Aku akan ingat kepadamu, bersyukurlah dan jangan kamu kufur"
So, itu baru intro.
Empat isi penting yg dapat hari tu..
1 - SEDAR DIRI AS HAMBA ALLAH.
regardless jawatan, regardless pangkat kita, KITA SEMUA HAMBA DIA.
xboleh rasa "siapalah aku ni nk buat sekian sekian sekian" sebab kita semua sama je, xde sapa yg lebih mulia dari org lain, kerana perhitungan Allah kita xtau siapa lebih mulia,hanya Dia yg Maha Mengetahui hamba2Nya yg bertakwa.
kita semua ada peluang dalam agama ni. bukan golongan2 tertentu je boleh dekatkan diri dengan Allah. nk buat benda baik, jgn sesekali ckp "sape la aku ni ann nk tegur org lain..." etc.
2 - KAITKAN SEMUA BENDA DENGAN ALLAH
seremeh2 perkara yg kita buat, cuba kaitkan dengan kehebatan Allah. dengan cara ni, kita akn selalu igt kat Allah. Nabi Muhammad pun sentiasa isi masa baginda dgn mengingati Allah.
Syariat Islam ada3 bahagian, Fikiran, Hati dan Amalan; mesti selari dengan ISLAM. Selalu tny pada diri, sejauh mana aku amalkan ISLAM dalam hidup aku?
Rasulullah yg dijamun syurga pon salu igt kan Allah...
"Ya Rasulallah, aku selalu tengok engkau bersolat, sedangkan engkau dijamin syurga. Buat apa engkau bersungguh2 dalam beribadah?" -mcm tu la lebih kurang.
"Mmg, mmg aku dijanjikan syurga, SALAH KE AKU NAK LAHIRKAN RASA SYUKUR DENGAN BERIBADAH?" alllaaah akbaar. malunyaaaa [>
3 - TUNAIKAN TANGGUNGJAWAB KEPADA ALLAH
Allah satu-satunya tempat pergantungan kita. Kita xpatut ada rasa xleh hidup tanpa benda atau orang lain kalau kita jadikan Allah as our one and only Saviour.
Then faizah cite pasal sorg budak beriman.. xigt the whole detail, tp sbb dia terlalu beriman, ada sorg laki nk amek dia jadik anak angkat. so ada la sesi interview antara dorg.
"kau boleh sediakan pakaian untuk aku?"
"jgn risau, kalo ko duk ngan aku, aku akn sentiasa pastikan ko ada baju nk pakai."
"ko boleh sediakan makan minum kalau aku lapar?"
"aku akn pastikan kau sentiasa kenyang!"
"ko boleh sembuhkan aku kalau aku sakit?"
"itu aku xboleh jamin.."
"ko boleh hidupkan aku kalau aku mati?"
"tak.. aku xboleh.."
"kalau macam tu, biarlah aku terus di sini, hanya Allah tempatku bergantung. aku yakin selama Dia masih ada, selagi itu aku boleh terus hidup tanpa jaminan mana2 manusia tentang makan pakai ku.." lebih kurang camtu la. nk cakap, betapa yakinnya dia dengan peliharaan di bawah Allah.
then
4 - MENANGIS KERANA ALLAH.
nnt kat sana, ada 1 api yg sangat besar kejar kita semua. sekalian ummat lari menyelamatkan diri!!
nabi2 lain ckp "nafsi!nafsi!" maksudnya, "aku! aku!" selamatkan diri aku! kata nabi2 lain, tp nabi muhammad s.a.w ckp "ummati ummati!" nabi muhammad panggil kita.....
Ketika mereka menghampiri neraka, mereka mendengar gemuruh api neraka yang suaranya sudah dapat mulai didengar sejarak 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang, bahkan para nabi sekalipun akan berucap, “Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah), kecuali hanya seorang nabi saja yang akan berkata, “Umatku, umatku.”
Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad berusaha menghalanginya dengan berkata, “Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali.”
Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak segera kembali, lalu malaikat Jibril berkata,
“Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad S.A.W”
Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah meraihnya. Berkata Jibril A.S. “Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya.” Lalu Baginda mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu.
Setelah itu Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada Jibril A.S. “Wahai Jibril, Apakah air itu?” Maka Jibril berkata, “Itulah air mata orang durhaka di kalangan umatmu yang menangis karena takut kepada Allah S.W.T. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu.” Maka padamlah api itu dengan izin Allah S.W.T.
Telah bersabda Rasulullah S.A.W, ” Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis karena takut kepada-Mu, sebelum tidak ada lagi air mata.”
That's all for today. 2 more recaps to go. :) Hope anyone gets benefit. :)
wassalam alayk, betulkan mana2 silap.
"TEGAKKAN ISLAM DALAM DIRI, NESCAYA TERTEGAK ISLAM DI MUKA BUMI."
0 org bernyanyi riang.:
Post a Comment