"i'am a Digital Pen with Pixel Ink."
ntah knpe tiba2 came up with that...last year.
Salam..
cuaca xmenentu.
kejap hujan,
kejap panas.
kalo hujan, lebat..... then ilang. then lebatttt balik, ilang.
i don't think ive seen any rainbows this year. oh wait, i think i had. hahaha
this is something i would like to share.
baca from komik POW kisas Yan bawak balik thn lps.
ini jmpe kat internet. da pnah post da kat blog lama. sje nk refresh balik kan.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
sekadar ingin berkongsi… sayu je hati bile membaca cerpen ni…
alangkah indahnya dunia jika ada yang mengamalkan pemerintahan Islam
secara total…
DATUK DR JOHAR DAN DARUL TAQWA.
Digosok-gosok lagi matanya. Dia
seakan-akan tidak percaya apa yang dilihatnya. Apakah aku kembali ke
zaman unta, ke zaman kolot dan purba? Begitulah detik hatinya. Dikesat
hidungnya yang berair dengan kertas tisu. Kertas itu kemudiannya
dicampakkannya ke tepi jalan.
"Assalamualaikum, pakcik.. tolong kutip kertas itu. Nanti pakcik rugi di
Akhirat. Kebersihan itu separuh daripada iman."
Bunyi satu suara di belakangnya. Ia bingkas berpaling. Siapa berani menegurku? Aku Datuk Dr.Johar, orang besar negara ini.
"Pakcik, biarlah saya tolong kutip,sebelum Penguatkuasa Iman dan Islam
datang. Nanti didendanya pakcik," kata budak kecil berpakaian putih dengan serban yang melilit kepalanya.
Datuk Dr. Johar membetulkan tali lehernya. Ah, kalau dia dating biar aku
sogok
dengan duit ini. Siapa yang tak kelabu tengok duit merah, biru
berlapis-lapis. Namun, Datuk Dr. Johar terus hairan. Bangunan pencakar
langit dengan wajah pembangunan yang sofistikated. Ada helikopter
bersimpang-siur bergerak di udara. Railbus bercerakah ke sana sini.
Bullet train meluncur bagaikan panah dilepaskan dari busurnya.
Kesibukan yang layak dipikul oleh manusia-manusia moden.
Namun peliknya, pakaian mereka, tingkah-laku mereka…Ah, di mana
aku sekarang ini, gerutu hati Datuk Dr.Johar.
"Hoi budak, Aku dimana sekarang ?" soalnya kepada budak yang menegurnya tadi.
Budak itu tersenyum. Mukanya cerah dan indah. Tenang dan bersuara lunak.
Apakah
ini Aladin, budak Arab dengan lampu ajaibnya: teka-teki itu terus
menerjah kepala dan kotak fikir Datuk Dr. Johar. Budak itu membuka
mulut hendak menjawab. Belum sempat,tiba-tiba datang sebuah kereta
jenis Ferrari, merah dan bercahaya. Keluar dua orang lelaki dengan
pakaian yang hebat dan segak. Serban mereka berwarna hitam berjalur
biru.
"Assalamualaikum….Maaf, pakcik. Kami terpaksa mendenda
pakcik. Kesalahan membuang sampah ini sudah belasan tahun tidak berlaku
di Darul Taqwa ini. Kami terpaksa mendenda pakcik. Kebersihan itu
lambang iman. Negara ini menitikberatkan iman…. Pakcik didenda, 30
kali subhanallah, 30 kali astaghfirullah dan selawat 100 kali."
Kata
pegawai penguatkuasa itu dengan lembut. Datuk Dr. Johar tersentak. Apa
namanya undang-undang ini. Tak ada dewan bandaraya di seluruh pelusuk
dunia mengamalkannya. Dia tercengang-cengang. Namun egonya membumbung
tinggi. Apa? Dia nak marahkan aku?
" Ni duit lima ratus. Saya
tak mahu buat apa yang kamu minta. Kita selesaikan di sini saja. Berapa
gaji yang kamu dapat sebulan ? " tanyanya angkuh.
"Pakcik, kita
bekerja kerana Allah, bukan kerana gaji. Lagipun duit bukan ada harga
lagi di zaman ini. Semuanya dipandang sebagai alat, bukan matlamat,"
kata pegawai berjanggut dan berjambang itu dengan tenang.
"Oh, oh …. maafkan kami, pakcik. Kami nak tanya sikit,kenapa pakcik
pakai pakaian zaman dulu? Mana pakcik dapat pakaian macam itu ?" Tanya pegawai itu pula.
Aku
yang gila, atau dia yang gila? Detak hati Datuk Dr. Johar. Dia berjalan
ke arah kereta Ferrari yang berkilat itu. Melalui cerminnya dia nampak
perawakannya dengan jelas. Tak ada yang salah. Tali leher, kemeja dan
kotnya masih kemas dan segak. Daripada jenama yang mahal pula – Pierre
Cardin. Kasutnya hitam berkilat daripada jenis Bally. Ah! Aku masih
unggul. Lelaki tampan,lambang status dan kejayaan. Dia yang kolot, dia
yang ketinggalan zaman.
"Anak muda, pakaian pakcik ni pakaian pemimpin. Pakcik orang besar di negara ini. Pakcik dah keliling dunia dengan pakaian ni. "
"Pakcik,
itu pakaian puluhan tahun yang lampau. Ketika Islam belum berdaulat di
Darul Taqwa ni. Moyang-moyang kami dulu saja yang pertahankan pakaian
macam itu. Itu pakaian orang kuno di Barat. Sekarang, kami hanya dapat
lihat gambar-gambarnya saja. Itu pun dalam buku sejarah zaman peralihan
Islam. Orang Barat zaman moden ini dah berpakaian macam yang kami
pakai. Tak ada orang yang pakai macam tu kecuali orang-orang bukan
Islam yang dijamin kebebasannya dalam sebuah negara Islam seperti Darul
Taqwa."
Datuk Dr. Johar termangu-mangu kebingungan. "Di mana aku sebenarnya ni?"
Dia
bertanya lagi kepada pegawai penguatkuasa dan budak kecil di tepi
jalan. Dia masih kenal. Ini Jalan Chow Kit di tengah bandar Kuala
lumpur. Masih ada Masjid Pakistan dan Masjid Kampung Baru di sebelah
sana. Tetapi itu sahaja, yang lain tak ada.
"Pakcik di bandar
Mutmainnah. Ini jalan Mujahadah, namanya. Saya Haji Din, Pegawai
Penguatkuasa Iman dan Islam. Diberi amanah untuk memastikan kebersihan
lahir batin bandar ini."
Apa? Bandaraya Kuala Lumpur dah jadi
Bandaraya Mutmainnah? Jalan Chow Kit dah jadi jalan Mujahadah? Apa dia
mutmainnah? Apa dia mujahadah tu? Apa yang terjadi ni? Soalan-soalan
itu terus menyerang benak Datuk Dr.Johar.
"Pakcik, kami rayu
pakcik membayar denda tadi.Kalau tak boleh sekarang, lepas sembahyang
nanti pakcik laksanakanlah.Demi kebaikan pakcik dunia dan Akhirat…"
Tiba-tiba
terdengar suara orang memberi salam dari jauh. Nyaring dan jelas.
Seorang lelaki pertengahan umur berlari kepada seorang pegawai
penguatkuasa.
"Tuan, hukumlah saya. Saya mengumpat tadi. Ya
Allah! seksa Neraka amat pedih.. Tolonglah tuan. Hukum saya di dunia
sebelum saya dihukum di Akhirat!" rayu lelaki itu.
nk continue?
Ziarah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 org bernyanyi riang.:
im looking forward untuk smbungannya!
Post a Comment