Salam..
"Batalkan saja oder saya tadi, banyak sangat
cakap, boring. Saya perlu hiburan sekarang …Di mana boleh saya dapati
?" tanyanya.
"Di sana tuan. Melalui butang pada sistem komputer di sebelah sana, tuan
boleh dapat apa saja hiburan yang menyegarkan. Tak payah risau pasal bil. Percuma.ïÂ&iqu est;½
Datuk
Dr. Johar, orang besar negara, melangkah hebat ke tempat yang
ditunjukkan. Berbagai-bagai butang dengan bermacam warna
berkelip-kelip. Sangat rumit tapi kekeliruan itu dapat
disembunyikannya. Dia malu kalau-kalau dengan pakaian jenama Pierre
Cardinnya ia masih kelihatan kolot.. Entah di mana falsafah moden Datuk
Dr. Johar. Pada pakaiannyakah atau otaknya? Diberanikan hatinya; satu
butang warna hitam ditekan. Dalam skrin timbul tajuk besar- KHAUF. Apa
bendanya ni? Kemudian menyusul nama-nama lagu: MATI ITU TERLALU SAKIT,
ALAM BARZAKH YANG PASTI, MIZAN NOKTAH PENYESALAN ,IZRAEL DATANG
TIBA-TIBA Oh…Oh … seram sejuk tubuhnya. Apa nama lagu macam ini?
Biarlah menaruh harapan sikit.
Hatiku macam kristal, boleh pecah dengan lagu-lagu macam tu. aku belum nakmati lagi, protes hati Datuk Dr.Johar.
Dia
beralih ke butang hijau tanpa lengah terus menekannya. Tertera di atas
skrin komputer: RAJA’.kemudian tersembul tajuk-tajuk lagu.
Dibacanya dengan teliti… FIRDAUSI MELAMBAIMU, DEMI CINTA DAN
RAHMAT-NYA,
KEINDAHAN JANNAH YANG ABADI ïÂ&iqu est;½.. Kepala Datuk Dr. Johar
makin pusing. Semuanya tentang Akhirat. Apa nak jadi ni?
"Tak ada lagu yang hot sikit ke?" tanyanya kepada seorang anak muda berjubah coklat di sebelahnya.
"Nanti ya pakcik. Saya pilihkan lagu yang paling hot sekarang ni. Top-hit
anak-anak muda sekarang…"
"Ya, ya saya setuju," balas Datuk Dr. Johar. Telinganya dihalakan kepada
sistem suara di dinding restoran itu. Dia ingin dengar lagu-lagu kegemaran
muda-mudi daerah asing itu.
Ayat suci Al-Quran a… "Eh …ni suara orang mengaji,"
"Nanti
dulu pakcik, selepas ni ada terjemahannya kemudian baru menyusul
lagunya," kata pemuda berjubah cokat itu sambil matanya di tutup
rapat-rapat. Asyik sekali dia.
Kemudian getaran suara bergema
…. Cintaku berlabuh di persada rahmat-Mu
mendamba kasih yang tidak berhujung
mengutip saying di hamparan cinta suci.
Inilah getaran hatiku memburu cinta…….
stanza hati merindu Ilahi!"
Datuk Dr. Johar tak tahan lagi. Ia merengus dan pergi ke kaunter bayaran.
"Maaf tuan, duit ini duit lama. Kalau tuan tak mampu bayar kami halalkan sajalah …"
Datuk
Dr. Johar makin geram. Dia menderam dan berkata " Saya bayar dengan kad
kredit saja!" Dia hulurkan kad kredit warna keemasannya.
"Maaf sekali lagi, tuan. Kad kredit ini bukan yang boleh kami terima, kami
halalkan sajalah."
"Tak.
Pantang saya minta sedekah. Saya ada harta simpanan berbungkal-bungkal
emas di bank. Takkan saya nak bawa, nanti disambar pencuri."
"
Darul Taqwa tak ada pencuri, tuan. Pencuri terakhir telah dipotong
tangannya 30 tahun yang lalu ketika minta dihukum di hadapan hakim
kerana takutkan seksa Neraka."
"Ah, aku tak nak dengar semuanya.
Makin gila aku dibuatnya," pekik Datuk Dr. Johar lantas meluru keluar
dari restoran itu. Di luar,semua pandangan menyakitkan hati. Mengapa
orang kolot ini mentadbir teknologi begini tinggi.
Pemandu
bullet train berserban merah tersenyum kepadanya. Pilot helicopter
dengan tulisan ‘MAKRUFAT AIRTRANSPORT’ sibuk dengan urusannya.
Di
seberang jalan tertegak papan iklan dengan tulisan yang jelas :"
KELUARGA BAHAGIA GEMBIRA DENGAN SUNNAH ". Di papan itu terpampang
gambar seorang lelaki dan perempuan berserta anak-anakmeraka. Semuanya
berserban, berjubah dan berpurdah.
Isy, meluatnya! Di
jalan-jalan raya suasana meriah dengan salam dan senyum. Baginya,semua
itu seolah-olah menyindir dan mengejek. Kenapa jadi begini? Kenapa?
Kenapa? Kenapa? Mengapa? Mengapa? Mengapa? Datuk Dr. Johar tiba-tiba
menjerit. Tekanan dalam jiwanya yang kian tersumbat itu tiba-tiba
meletus.
"Datuk..!Datuk..! Bangun, Datuk. Ada berita buruk !"
Datuk Dr. Johar bangun. Ia tertidur sewaktu menunggu keputusan pilihanraya hari itu.
"Kenapa? Parti kita kalah? Aku kalah? "tanya Datuk Dr.Johar.
"Tidak, Tuk. Rakyat bangun memprotes. Mereka tak mahu demokrasi. Mereka tak mahu pilihanraya…"
"Habis, mereka mahu apa?"
"Mereka mahu Islam, Datuk!"
"Islam ? " keluh Datuk Dr. Johar. Digosok-gosok lagi matanya.
"ISLAM KAN TETAP DIJULANG WALAUPUN IA DITENTANG..ITULAH JANJI ILAHI"
"Pasakkan Sabat Teguhkan Istiqamah"
Ziarah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 org bernyanyi riang.:
sekeping hati sedang menyanyi riang!
thanx charger!!!!
cerita yg sangat uhhhh...
Post a Comment