Tiba-tiba
terdengar suara orang memberi salam dari jauh. Nyaring dan jelas.
Seorang lelaki pertengahan umur berlari kepada seorang pegawai
penguatkuasa.
"Tuan, hukumlah saya. Saya mengumpat tadi. Ya
Allah! seksa Neraka amat pedih.. Tolonglah tuan. Hukum saya di dunia
sebelum saya dihukum di Akhirat!" rayu lelaki itu.
Pegawai tadi
berpaling ke arah lelaki yang baru datang, dan kesempatan itu diambil
oleh Datuk Dr. Johar. Ia lari sekuat-kuat hati. Peliknya mereka tidak
mengejarnya. Ia terlepas ….Lega. Dahaga, lapar mula menggigit tekak
dan perutnya. Dia mesti makan. Dia perlu minum. Tapi di mana? Tiba-tiba
ia terdengar suara komputer dari sound system di tepi-tepi jalan :
"Assalamualaikum..
kepada seluruh penduduk Kota Mutmainnah, Syed AlAbrar, hartawan besar
berada di jalan Uwais Al Qarni. Dia merayu fakir miskin supaya sudi
menerima sedekahnya. Hari ini ia menjamu nasi dan minuman.Sila datang!"
Datuk
Dr. Johar orang besar Darul Ghurur itu tidak akan mencemar duli menagih
nasi. Dia ada duit, mampu membelinya sendiri. Dia pun masuk ke sebuah
restoran di tepi jalan. Di situ penuh dengan pelanggan. Semuanya
berserban dan berjubah. Matanya tak betah lagi melihat semua itu.Tapi
kerana lapar ia masuk juga.
"Maaf tuan, itu pintu masuk untuk wanita. Di sini untuk lelaki."
"Ceh!
Diskriminasi, doubel-standard, lelaki dipisahkan daripada perempuan.
"Mukanya dicemekkan kepada tuan kedai yang menegurnya.
"Ada restoran lain yang mengamalkan persamaan taraf antara lelaki dan perempuan? Saya tak suka pemisahan-pemisahan macam ni!".
Lelaki
itu tersenyum. "Empat puluh tahun yang lalu adalah. Sekarang ni kita
sudah bebas dan merdeka. Zaman penjajahan fikiran dan jiwa sudah
berlalu. Tak ada diskriminasi wanita di sini, tuan. Amir Muhammad,
pemimpin Darul Taqwa telah menaikkan taraf wanita tanpa Women’s Libs.
Kalau tuan ada isteri dan membawanya bersama, sila masuk ke sana. Di
sana ada tempat khusus untuk makan bersama isteri dan anak perempuan,"
terangnya. Mukanya jernih. Serban dan jubahnya serba putih.
"Ini
bertentangan dengan prinsip demokrasi. Sistem pemerintahan kapitalis,
sosialis, nasionalis malah komunis sekalipun tak macam ni…"
"Masya-Allah
pakcik, jangan disebut lagi nama-nama ideologi tu. Semuanya telah
termaktub sebagai ajaran-ajaran sesat dalam perlembagaan Darul Taqwa
ini. Tak ada orang lagi yang berpegang dengan fahaman jahiliyyah tu…
Subhanallah…." Keluh tuan restoran itu sambil mengurut-ngurut
dadanya. Ekor serbannya bergoyang-goyang ketika ia menggeleng
–gelengkan kepalanya.
Ah! Persetankan semua itu. Perut aku lapar. Datuk Dr. Johar pun duduk.
"Nasi beriani sepinggan!"ujarnya kepada pelayan.
"Dalam pinggan, tuan?" tanya pelayan itu kehairanan.
"Ya! Apa peliknya?",
"Baik tuan.Tapi semua orang berebut-rebut pahala makan berjamaah. Tuan makan seorang ?" Tanya pelayan berkulit hitam itu.
Dia
tambah geram. Direnung ke hadapan, iaitu ke tempat orang menikmati
makanan. Tidak ada meja makan hanya hamparan permaidani tebal dengan
dulang-dulang indah yang tersusun rapi. Mereka makan satu dulang. Yek!
Jijiknya. Ah! Aku tetap aku. Aku ada pendirian! Nasi beriani dengan
ayam goreng kegemarannya terhidang di atas kain putih khas.
"Jemput makan dengan nama Allah yang memberi rezeki," kata pelayan itu dengan sopan.
Datuk
Dr.Johar makan dengan seleranya. Dewan makan itu berhawa dingin lengkap
dengan alat TV dan pita videonya sekali. Dia makan seorang diri bagai
kera sumbang.
" Ya Allah, apa musibah yang menimpa ana Subuh
tadi. Ana masbuk dalam sembahyang jemaah Subuh, " ujar seorang lelaki
muda dengan wajah yang kecewa. Suapnya perlahan. Macam tak lalu makan
saja
"Anta tak cuba tampung dengan amal makrufat yang lain?" tanya sahabatnya
di sebelah. Dia nampak simpati.
Datuk
Dr. Johar pasang telinga saja. "Ana nak sedekahkan lima ribu ringgit…
malang nasib ana. Ana tunggu lima jam di tepi jalan tadi, seorang pun
tak mahu terima sedekah ana " Keluhnya."Susah kita sekarang. Orang
miskin yang bolot pahala redha, pahala sabar. Mereka patutnya bantulah
kita. Tolonglah terima sedekah kita.Ah, susahnya jadi orang kaya macam
kita ini. Dahlah nanti di Akhirat banyak hisabnya, Di dunia orang tak
sudi pula terima sedekah kita.ïÂ&iqu est;½
ïÂ&iqu est;½Oh…!ïÂ&iq uest;½. keluh seorang yang sama-sama makan dengan lelaki muda
tadi.
"Kalaulah
kita hidup zaman moyang kita dulu, kan dapat kita korbankan harta yang
banyak ini. Saya pun dapat harta ni melalui warisan daripada bapa, yang
diwarisi oleh datuk saya daripada moyangnya. Kita tunggulah bila
kerajaan nak bangunkan projek negara atau nak gunakan duit untuk
kemaskinikan kementerian-kementerianny a…. saya nak labor
habis-habisan. Biar jadi saham Akhirat," kata pemuda itu menutup
perbualan. Mereka pun makan dengan perlahan -lahan.
Datuk Dr. Johar makin pelik. "Tambah nasi sepinggan lagi!"ujarnya kepada
pelayan restoran.
"Demi
kesihatan tuan, saya nasihatkan ….berhentilah sebelum kenyang. Maaf
tuan saya terpaksa mengatakan demikian. Saya pelayan kedai merangkap
pegawai perubatan ….," kata pelayan itu lagi.
"Apa? Awak
pegawai perubatan? Seorang doktor ke? Kelulusan luar negeri atau dalam
negeri? Awak sepatutnya bertugas di hospital,bukan di restoran!"
bentaknya. Marah campur geram.
"Tuan, mana ada hospital
sekarang.Yang ada khusus untuk bayi, kanak-kanak dan wanita, juga para
mubaligh dan mujahid yang cedera ketika berjuang. Tuan, kalau tuan
amalkan makan hanya bila lapar dan berhenti sebelum kenyang, tuan akan
sihat, Insya-Allah. Kita tak perlu hospital!ï&A circ;¿Â&frac
12;
"Bodoh, kalau macam tu, macam mana nak rawat pesakit kencing manis macam aku ini ?" leternya perlahan-lahan.
"Penyakit
kencing manis? Tuan menghidapnya? Saya ada baca buku perubatan edisi
tahun 1990 dulu. Sekarang penyakit tu dah tak ada siapa
menghidapnya….."
2 b continued
Ziarah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 org bernyanyi riang.:
Post a Comment